TALIAN HOTLINE : 06-282 4859
  • Soalan Lazim
  • Hubungi Kami
  • Aduan
  • Peta Laman

PERPUSTAM

  • UTAMA
  • Info Korporat
    • Perutusan Pengarah
    • Ahli Lembaga Pengarah
    • Profil Pengurusan
    • Carta Organisasi
    • Kronologi
    • MS ISO 9001:2015
      • Perutusan Pengarah
      • Dasar Kualiti & Objektif Kualiti
    • MS ISO 37001:2016
    • Enakmen PERPUSTAM 75
    • Enakmen PERPUSTAM 93
  • Perkhidmatan
    • Perkhidmatan Perpustakaan
    • Peraturan Perpustakaan
    • Waktu Perkhidmatan
    • Syarat Keahlian
    • Kadar Sewa
    • Rangkaian Perpustakaan
      • Komuniti
      • Zon Merlimau
      • Zon Masjid Tanah
      • Zon Jasin
      • Zon Melaka Tengah
      • Zon Alor Gajah
      • Bas Bergerak / E-Pustaka
  • Bahagian Koleksi
    • Bahagian Koleksi Rujukan
    • Bahagian Koleksi Terbitan
    • Bahagian Koleksi Pinjaman
    • Bahagian Koleksi Peperiksaan
    • Bahagian Koleksi Melaka
    • Bahagian Koleksi Lincoln
  • Piagam
  • Aktiviti
  • Sebut Harga
  • Berita
  • Hubungi Kami
    • Lokasi
    • Soalan Lazim
    • Maklum Balas

Program Cakna Sains Bersama Perpustakaan @ WRUR DUN Duyong

Tuesday, 2025 by perpustam
Program Cakna Sains Bersama Perpustakaan @ WRUR DUN Duyong 3
Perpustakaan Desa PNM Taman Seri Duyong
13 Julai 2025 | Ahad
Program Komuniti Cakna Sains Bersama Perpustakaan sempena Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) DUN Duyong berlangsung dengan penuh warna-warni dan sambutan hangat daripada komuniti setempat!
PERPUSTAM selaku penyelaras utama bersama Perpustakaan Desa PNM Taman Seri Duyong bawakan pelbagai aktiviti best untuk semua peringkat umur dari pertandingan, bengkel, pameran hingga ke zon santai & kreatif!
Paling best, YB Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman, EXCO Pelancongan, Warisan, Seni & Budaya Negeri Melaka turut menceriakan suasana dengan mencuba sendiri pelbagai aktiviti menarik yang disediakan!
Antara pengisian program :-
✅ Pertandingan Kraft Kreatif (Tadika)
✅ Reka Cipta Bahan Terbuang (Tahap 1 & 2)
✅ Inovasi STEM (Belia)
✅ Bengkel Sains & Kreativiti
✅ Zon Kreatif Bersama PERPUSTAM
✅ Aktiviti santai & interaktif
Saksikan sendiri kemeriahannya dari lensa kamera kami senyuman, ilmu dan semangat komuniti semuanya bersatu
Program Cakna Sains Bersama Perpustakaan @ WRUR DUN Duyong 2 Program Cakna Sains Bersama Perpustakaan @ WRUR DUN DuyongProgram Cakna Sains Bersama Perpustakaan @ WRUR DUN Duyong 4
Read more
  • Published in Aktiviti, Aktiviti 2025, Arkib Aktiviti
No Comments

Program Cakna Sains Bersama Perpustakaan

Tuesday, 2025 by perpustam
Program Cakna Sains Bersama Perpustakaan 2
Sempena Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) DUN #DUYONGkita yang berlangsung pada 13 Julai 2025. Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka (PERPUSTAM) turut serta membawa pelbagai aktiviti menarik dan inovatif untuk komuniti setempat!

Promosi perkhidmatan baharu perpustakaan seperti:
Permainan Robotics
️ Virtual Reality interaktif
Jualan buku menarik
Hebahan Anugerah Melaka Membaca 2025

…dan pelbagai lagi!
Program Cakna Sains Bersama Perpustakaan 4Program Cakna Sains Bersama Perpustakaan 3 Program Cakna Sains Bersama Perpustakaan
Read more
  • Published in Aktiviti, Aktiviti 2025, Arkib Aktiviti
No Comments

Lawatan Sambil Belajar Daripada Tadika Sri Prisma

Friday, 2025 by perpustam
Lawatan Sambil Belajar Daripada Tadika Sri Prisma
10 JULAI 2025 (KHAMIS)
Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka, Bukit Baru.
17 Murid & 3 Guru Pengiring
Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka (PERPUSTAM) diserikan dengan kehadiran adik-adik ceria dari Tadika Sri Prisma. Seawal pagi, ruang bacaan yang biasanya tenang bertukar menjadi meriah dengan gelak tawa dan wajah-wajah penuh keterujaan adik-adik.
Pelbagai aktiviti minda diadakan khas untuk adik-adik. antaranya ialah :
Jom jelajah Perpustakaan kanak-kanak bersama Team PERPUSTAM
Sesi bercerita bersama Kak Hana
Permainan “Cup Challenge”
Explorasi bersama AR & VR
Kami percaya pengalaman seperti ini mampu menanamkan minat membaca sejak kecil dan mencetus rasa cinta terhadap ilmu. Semoga kunjungan ini menjadi kenangan manis dan titik permulaan kepada perjalanan ilmu yang penuh warna dan keceriaan.
Terima kasih kepada guru-guru Tadika Sri Prisma yang sentiasa menyokong pendidikan luar bilik darjah.
Lawatan Sambil Belajar Daripada Tadika Sri Prisma 2 Lawatan Sambil Belajar Daripada Tadika Sri Prisma 3 Lawatan Sambil Belajar Daripada Tadika Sri Prisma 4
Read more
  • Published in Aktiviti, Aktiviti 2025, Arkib Aktiviti
No Comments

Lawatan Sambil Belajar Dari SMK Dato’ Bendahara CM Yusuf

Monday, 2025 by perpustam
Lawatan Sambil Belajar Dari SMK Dato' Bendahara CM Yusuf
6 JULAI 2025 (AHAD)
Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka, Bukit Baru.
80 Pelajar & 8 Guru
Hari ini, Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka telah menerima kunjungan istimewa daripada 80 orang pelajar dan 8 orang guru pengiring dari SMK Dato’ Bendahara C.M Yusuf, Perak. Lawatan ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar mengenai kemudahan perpustakaan moden serta kepentingan budaya membaca dalam era digital.
Sepanjang lawatan, para pelajar berpeluang mengikuti sesi taklimat, lawatan berpandu, serta aktiviti interaktif yang menyeronokkan. Diharapkan lawatan ini memberi inspirasi kepada semua pelajar untuk terus menjadikan ilmu pengetahuan sebagai asas kejayaan.
Terima kasih atas kunjungan – semoga berjumpa lagi!
Lawatan Sambil Belajar Dari SMK Dato' Bendahara CM Yusuf 2 Lawatan Sambil Belajar Dari SMK Dato' Bendahara CM Yusuf 4 Lawatan Sambil Belajar Dari SMK Dato' Bendahara CM Yusuf 3 Lawatan Sambil Belajar Dari SMK Dato' Bendahara CM Yusuf 5
Read more
  • Published in Aktiviti, Aktiviti 2025, Arkib Aktiviti
No Comments

Bengkel Transformasi Keterampilan Dan Personaliti Diri Penjawat Awam 2025

Monday, 2025 by perpustam
Bengkel Transformasi Keterampilan Dan Personaliti Diri Penjawat Awam 2025
Satu Bengkel Transformasi Keterampilan dan Personaliti Diri Penjawat Awam 2025 telah diadakan pada 02 Julai 2025 bertempat di Dewan Lekir. Satu inisiatif pembangunan modal insan yang dirangka khusus bagi memperkasa imej, integriti serta profesionalisme penjawat awam dalam mendepani cabaran perkhidmatan masa kini.
Bengkel ini memberi fokus utama kepada aspek keterampilan luaran dan dalaman penjawat awam yang merangkumi penampilan profesional, komunikasi efektif, pembentukan sahsiah diri serta pengukuhan nilai etika dan integriti dalam tugasan seharian.
Bengkel ini telah disampaikan oleh Encik Mohd Noor Azmin bin Mazhuki dari Pesona Karisma Event Planner yang berpengalaman dalam bidang pembangunan personaliti, komunikasi korporat dan kepimpinan organisasi. Para peserta telah terlibat secara aktif dalam sesi latihan interaktif, simulasi, aktiviti kumpulan serta perkongsian ilmu yang memberi impak langsung kepada pembangunan peribadi dan kerjaya mereka.
Diharapkan segala ilmu, pengalaman serta nilai yang diperoleh menerusi bengkel ini dapat dimanfaatkan sebaiknya dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai penjawat awam yang berintegriti, berkredibiliti dan berorientasikan perkhidmatan kepada rakyat.
Bengkel Transformasi Keterampilan Dan Personaliti Diri Penjawat Awam 2025 2 Bengkel Transformasi Keterampilan Dan Personaliti Diri Penjawat Awam 2025 3
Read more
  • Published in Aktiviti, Aktiviti 2025, Arkib Aktiviti
No Comments

Program Pembudayaan Perkhidmatan Cemerlang

Monday, 2025 by perpustam
Program Pembudayaan Perkhidmatan Cemerlang
PERPUSTAM telah mengadakan Program Pembudayaan Perkhidmatan Cemerlang pada 01 Julai 2025 bertempat di Dewan Tuah, PERPUSTAM. Program ini dimulakan dengan bacaan Ikrar Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Ikrar Bebas Rasuah oleh semua kakitangan PERPUSTAM.
Pelaksanaan bacaan ikrar ini merupakan manifestasi komitmen berterusan kakitangan dalam memelihara kerahsiaan maklumat rasmi kerajaan serta menzahirkan iltizam tinggi untuk menolak sebarang bentuk rasuah dan salah guna kuasa.
Inisiatif ini juga selaras dengan usaha berterusan jabatan dalam memperkukuh nilai integriti, amanah, dan akauntabiliti dalam penyampaian perkhidmatan awam yang cemerlang dan beretika.
Program telah disempurnakan oleh YBrs Encik Mohamed Aizammuddy bin Mohamed Idris, Pengarah PERPUSTAM.
Semoga program ini mampu menjadi penghubung dan merapatkan jalinan Ukhwah seluruh warga kerja dari seluruh rangkaian perpustakaan.
Program Pembudayaan Perkhidmatan Cemerlang 2 Program Pembudayaan Perkhidmatan Cemerlang 3 Program Pembudayaan Perkhidmatan Cemerlang 4
Read more
  • Published in Aktiviti, Aktiviti 2025, Arkib Aktiviti
No Comments

Program Komuniti PERPUSTAM WRUR DUN Bemban Berlangsung dengan jayanya

Monday, 2025 by perpustam
Program Komuniti PERPUSTAM WRUR DUN Bemban Berlangsung dengan jayanya
Pada 26 Jun 2025 telah berlangsung Program Komuniti PERPUSTAM sempena Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bemban, bertemakan “Sentuhan Ilmu, Jalinan Komuniti”. Program ini telah diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Bemban.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Haji Rosli bin Abdullah, Timbalan Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama Negeri Melaka merangkap Pengerusi Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka (PERPUSTAM).
Turut hadir memeriahkan majlis ialah :-
YBrs. Encik Mohd Raziff bin Haji Yakop, Penyelaras DUN Bemban
YBrs. Encik Mohamed Aizammuddy bin Mohamed Idris, Pengarah PERPUSTAM
YBrs. Encik Mohd Yusof bin Said, Pegawai Pendidikan Daerah Jasin
YBrs. Datuk Rahizi bin Ranom, Pegawai Daerah Jasin
YBrs. Encik Shahar bin Bakar, Pengetua SMK Seri Bemban
Program ini dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti interaktif dan bermanfaat, disambut hangat oleh para pelajar dengan sokongan padu daripada pihak guru dan warga sekolah. Suasana ceria ini memperlihatkan komitmen semua pihak dalam menjayakan inisiatif membudayakan ilmu dan minat membaca dalam kalangan komuniti.
Semoga usaha murni ini menjadi titik tolak kepada pengukuhan budaya ilmu serta menjadikan perpustakaan sebagai tempat yang mesra, dekat di hati masyarakat dan terus relevan dalam era digital.
Terima Kasih Kepada Semua Yang Terlibat.
Program Komuniti PERPUSTAM WRUR DUN Bemban Berlangsung dengan jayanya 2 Program Komuniti PERPUSTAM WRUR DUN Bemban Berlangsung dengan jayanya 3 Program Komuniti PERPUSTAM WRUR DUN Bemban Berlangsung dengan jayanya 4 Program Komuniti PERPUSTAM WRUR DUN Bemban Berlangsung dengan jayanya 5 Program Komuniti PERPUSTAM WRUR DUN Bemban Berlangsung dengan jayanya 6
Read more
  • Published in Aktiviti, Aktiviti 2025, Arkib Aktiviti
No Comments

Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR): Sentuhan Ilmu Jalinan Komuniti @ SMK Seri Bemban

Monday, 2025 by perpustam
Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR): Sentuhan Ilmu Jalinan Komuniti @ SMK Seri Bemban
26 JUN 2025 | KHAMIS
Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka (PERPUSTAM) telah menyajikan pelbagai pengisian dan aktiviti menarik di dalam Program WRUR : Sentuhan Ilmu Jalinan Komuniti seperti :
✅ Kaunter Hari Bertemu Pelanggan PERPUSTAM
✅Zon Bacaan Digital & Pangkalan Data PERPUSTAM
✅ Perkhidmatan u-Pustaka : u-Library
✅ Virtual Reality (VR)
✅ Augmented Reality (AR)
✅ Permainan Interaktif
✅ Pameran dan Jualan Buku
✅ Pendaftaran Keahlian Percuma
✅ Aktiviti Santai
✅ Pengunjung bertuah
✅ dan pelbagai lagi aktiviti menarik
Semoga pengisian sempena program ini dapat mempromosikan segala perkhidmatan yang disediakan di perpustakaan serta mengeratkan lagi jalinan ukhwah antara warga PERPUSTAM dengan rakyat khususnya diperingkat komuniti.
Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR): Sentuhan Ilmu Jalinan Komuniti @ SMK Seri Bemban 2 Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR): Sentuhan Ilmu Jalinan Komuniti @ SMK Seri Bemban 3 Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR): Sentuhan Ilmu Jalinan Komuniti @ SMK Seri Bemban 4
Read more
  • Published in Aktiviti, Aktiviti 2025, Arkib Aktiviti
No Comments

Bengkel Bercerita

Thursday, 2025 by perpustam
Bengkel Bercerita
Pada 23 dan 24 Jun 2025, satu Bengkel Bercerita telah berjaya dianjurkan dengan jayanya bertempat di Dewan Tuah, Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka (PERPUSTAM). Bengkel selama dua hari ini telah menghimpunkan penyertaan daripada kakitangan perpustakaan seluruh negeri Melaka, termasuk wakil dari Perpustakaan Negeri, Perpustakaan Cawangan, Perpustakaan Komuniti dan Perpustakaan Desa.
Bengkel ini dikendalikan oleh Puan Suraya binti Ariffin dari Perbadanan Perpustakaan Awam Perak. Program ini bertujuan untuk memperkasakan kemahiran bercerita kakitangan pembantu pustakawan sebagai satu medium penyampaian ilmu yang berkesan, khususnya dalam menarik minat kanak-kanak dan golongan muda untuk mendekati bahan bacaan dan budaya membaca.
Sepanjang bengkel ini, para peserta telah didedahkan kepada teknik-teknik bercerita yang interaktif, penggunaan intonasi suara, bahasa tubuh, serta kreativiti dalam menyampaikan cerita secara berkesan dan menghiburkan.
Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada semua peserta yang telah memberikan komitmen sepenuhnya sepanjang program berlangsung. Semoga ilmu dan pengalaman yang diperoleh dapat dimanfaatkan dalam pelaksanaan aktiviti-aktiviti bercerita di perpustakaan masing-masing, demi menyemarakkan budaya membaca dalam kalangan masyarakat.
Bengkel Bercerita 2 Bengkel Bercerita 3 Bengkel Bercerita 4
Read more
  • Published in Aktiviti, Aktiviti 2025, Arkib Aktiviti
No Comments

Lawatan Dari Tadika JAIM Al-Hira

Thursday, 2025 by perpustam
Lawatan Dari Tadika JAIM Al-Hira
17 JUN 2025 SELASA)
Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka, Bukit Baru.
44 Pelajar & 6 Guru Pengiring
Hari yang penuh warna-warni dan keceriaan di perpustakaan hari ini. PERPUSTAM menerima lawatan istimewa daripada adik-adik comel dari Tadika JAIM yang sudi membuat lawatan sambil belajar. Dengan perasaan ingin tahu dan senyuman yang tidak lekang di bibir, mereka meneroka dunia buku, mendengar cerita menarik, serta berkenalan dengan pelbagai bahan bacaan yang menyeronokkan✨
Adik-adik disajikan dengan pelbagai aktiviti yang merangsang minda antaranya :
Lawatan sekitar Perpustakaan kanak-kanak
.Persembahan Boneka bertajuk ‘Monyet yang Nakal’
Sesi membaca bersama
Sesi tarian bersama
Sesi kuiz spontan
Pemainan interaktif
Sesi bergambar kenang-kenangan
Seronok tengok wajah-wajah ceria mereka yang tak sabar nak belajar dan meneroka dunia sekeliling mereka.
Semoga lawatan ini menanamkan minat membaca dan cintakan ilmu sejak dari kecil lagi. Terima kasih kepada guru-guru dan pihak tadika atas kerjasama dan sokongan. Jumpa lagi di lawatan akan datang❤️
Lawatan Dari Tadika JAIM Al-Hira 2 Lawatan Dari Tadika JAIM Al-Hira 3 Lawatan Dari Tadika JAIM Al-Hira 4
Read more
  • Published in Aktiviti, Aktiviti 2025, Arkib Aktiviti
No Comments
  • 25
  • 26
  • 27
  • 28
  • 29

PERPUSTAM

Recent Posts

  • Majlis Perasmian Sambutan Hari Pustakawan Kebangsaan dan Hari Arkib Antarabangsa Peringkat Negeri Melaka 2026

    Majlis Perasmian Sambutan Hari Pustakawan Kebangsaan dan Hari Arkib Antarabangsa Peringkat Negeri Melaka 2026

    Majlis Perasmian Sambutan Hari Pustakawan Keban...
  • Sorotan forum Hari Pustakawan Kebangsaan & Hari Arkib Antarabangsa

    Sorotan forum Hari Pustakawan Kebangsaan & Hari Arkib Antarabangsa

    Sorotan forum Hari Pustakawan Kebangsaan & ...
  • HOLIDAY MANIA @ PERPUSTAM : AKTIVITI CUTI SEKOLAH

    HOLIDAY MANIA @ PERPUSTAM : AKTIVITI CUTI SEKOLAH

    HOLIDAY MANIA @ PERPUSTAM : AKTIVITI CUTI SEKOL...
  • HOLIDAY MANIA @ PERPUSTAM : SCHOOL HOLIDAYS ACTIVITIES

    HOLIDAY MANIA @ PERPUSTAM : AKTIVITI CUTI SEKOLAH

    HOLIDAY MANIA @ PERPUSTAM : AKTIVITI CUTI SEKOL...
  • HOLIDAY MANIA @ PERPUSTAM: : AKTIVITI CUTI SEKOLAH

    HOLIDAY MANIA @ PERPUSTAM: : AKTIVITI CUTI SEKOLAH

    @ : AKTIVITI CUTI SEKOLAH Rabu 03 MEI 2026 : SE...

Recent Comments

    Archives

    • June 2026
    • May 2026
    • April 2026
    • March 2026
    • February 2026
    • January 2026
    • December 2025
    • November 2025
    • October 2025
    • September 2025
    • August 2025
    • July 2025
    • June 2025
    • May 2025
    • April 2025
    • March 2025
    • February 2025
    • January 2025
    • December 2024
    • November 2024
    • October 2024
    • September 2024
    • August 2024
    • July 2024
    • June 2024
    • May 2024
    • April 2024
    • March 2024
    • February 2024
    • January 2024
    • December 2023
    • November 2023
    • October 2023
    • September 2023
    • August 2023
    • July 2023
    • June 2023
    • May 2023
    • April 2023
    • March 2023
    • January 2023
    • October 2022
    • September 2022
    • August 2022
    • July 2022
    • June 2022
    • May 2022
    • April 2022
    • March 2022
    • January 2022
    • December 2021
    • November 2021
    • September 2021
    • June 2021
    • April 2021
    • March 2021
    • January 2021
    • December 2020
    • September 2020
    • June 2020
    • May 2020
    • April 2020
    • March 2020
    • December 2019
    • October 2019
    • May 2019
    • April 2019
    • March 2019
    • February 2019
    • January 2019
    • July 2018
    • June 2018
    • May 2018
    • April 2018
    • January 2018
    • December 2017
    • November 2017

    Categories

    • Aktiviti
    • Aktiviti 2017
    • Aktiviti 2019
    • Aktiviti 2020
    • Aktiviti 2021
    • Aktiviti 2022
    • Aktiviti 2023
    • Aktiviti 2024
    • Aktiviti 2025
    • Aktiviti 2026
    • aktivti 2018
    • Arkib Aktiviti
    • Arkib Pengumuman
    • Berita
    • Pengumuman
    • Uncategorised

    PERPUSTAM

    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org

    (T)06-282 4859

    PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM MELAKA
    (PERPUSTAM)
    242-1 Jalan Bukit Baru
    75150 Melaka

    Visitor Counter

    4946567
    Users Today : 377
    Users Yesterday : 295
    Users This Month : 2234
    Users This Year : 11850
    Total Users : 4946567

    Total Visitor 2025: 1,765,800 Hits

    Total Visitor 2024: 1,534,614 Hits

    Total Visitor 2023: 961,000 Hits

    • Privasi Polisi
    • MyGovPenawaran Unit Kediaman Mengikut Jenis Di MelakaMelakaPay
    • GET SOCIAL

    © 2019 All rights reserved. Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka.

    TOP