Pada 26 Jun 2025 telah berlangsung Program Komuniti PERPUSTAM sempena Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bemban, bertemakan “Sentuhan Ilmu, Jalinan Komuniti”. Program ini telah diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Bemban.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Haji Rosli bin Abdullah, Timbalan Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama Negeri Melaka merangkap Pengerusi Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka (PERPUSTAM).
Turut hadir memeriahkan majlis ialah :-
Program ini dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti interaktif dan bermanfaat, disambut hangat oleh para pelajar dengan sokongan padu daripada pihak guru dan warga sekolah. Suasana ceria ini memperlihatkan komitmen semua pihak dalam menjayakan inisiatif membudayakan ilmu dan minat membaca dalam kalangan komuniti.
Semoga usaha murni ini menjadi titik tolak kepada pengukuhan budaya ilmu serta menjadikan perpustakaan sebagai tempat yang mesra, dekat di hati masyarakat dan terus relevan dalam era digital.
Terima Kasih Kepada Semua Yang Terlibat.








