Hari ini, Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka telah menerima kunjungan istimewa daripada 80 orang pelajar dan 8 orang guru pengiring dari SMK Dato’ Bendahara C.M Yusuf, Perak. Lawatan ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar mengenai kemudahan perpustakaan moden serta kepentingan budaya membaca dalam era digital.
Sepanjang lawatan, para pelajar berpeluang mengikuti sesi taklimat, lawatan berpandu, serta aktiviti interaktif yang menyeronokkan. Diharapkan lawatan ini memberi inspirasi kepada semua pelajar untuk terus menjadikan ilmu pengetahuan sebagai asas kejayaan.
Terima kasih atas kunjungan – semoga berjumpa lagi!








