Majlis Perasmian Sambutan Hari Pustakawan Kebangsaan dan Hari Arkib Antarabangsa Peringkat Negeri Melaka 2026 telah disempurnakan oleh YB Datuk Haji Rosli Bin Abdullah, Timbalan EXCO Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama Negeri Melaka merangkap Pengerusi Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka (PERPUSTAM), yang berlangsung di Dewan Lekir, PERPUSTAM.
Terima kasih kepada semua tetamu, rakan strategik, peserta dan warga kerja yang hadir bagi memeriahkan sambutan ini. Semoga program yang dianjurkan dapat terus memperkasakan peranan pustakawan dan arkib sebagai pemangkin masyarakat berilmu serta menyokong pembangunan negeri yang berteraskan ilmu dan maklumat.








