PERTANDINGAN BERCERITA:CERITA RAKYAT TEMPATAN 2026
Tuesday, 2026
Adakah anda mempunyai bakat bercerita yang mampu memukau penonton?
Tampilkan kreativiti, ekspresi dan semangat anda dalam mengangkat khazanah cerita rakyat tempatan ke pentas digital!
“Satu cerita mampu menghidupkan seribu imaginasi. Kini tiba masanya cerita itu datang daripada anda!” 



- Published in Arkib Pengumuman, Pengumuman
No Comments
PERPUSTAM mengucapkan Selamat Menyambut Awal Muharram
Tuesday, 2026
PERPUSTAM 

Semoga tahun baharu ini membawa sinar baharu, kejayaan, dan keberkatan yang melimpah buat kita sekeluarga. Mari kita jadikan hijrah Nabi Muhammad SAW sebagai inspirasi untuk terus memperbaiki diri, menjaga ukhuwah, dan meningkatkan amal ibadah.

- Published in Arkib Pengumuman, Pengumuman
Majlis Perasmian Sambutan Hari Pustakawan Kebangsaan dan Hari Arkib Antarabangsa Peringkat Negeri Melaka 2026
Thursday, 2026
Majlis Perasmian Sambutan Hari Pustakawan Kebangsaan dan Hari Arkib Antarabangsa Peringkat Negeri Melaka 2026 telah disempurnakan oleh YB Datuk Haji Rosli Bin Abdullah, Timbalan EXCO Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama Negeri Melaka merangkap Pengerusi Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka (PERPUSTAM), yang berlangsung di Dewan Lekir, PERPUSTAM.
Terima kasih kepada semua tetamu, rakan strategik, peserta dan warga kerja yang hadir bagi memeriahkan sambutan ini. Semoga program yang dianjurkan dapat terus memperkasakan peranan pustakawan dan arkib sebagai pemangkin masyarakat berilmu serta menyokong pembangunan negeri yang berteraskan ilmu dan maklumat.

- Published in Aktiviti, Aktiviti 2026, Arkib Aktiviti
Terima kasih kepada semua yang hadir dan mengikuti Forum Hari Pustakawan Kebangsaan dan Hari Arkib Antarabangsa Peringkat Negeri Melaka 2026 yang telah berlangsung di Dewan Lekir PERPUSTAM pada 9 Jun 2026
Pelbagai perkongsian menarik, pandangan bernas dan pengalaman berharga telah dikongsikan oleh para panel jemputan sepanjang forum berlangsung. Semoga sesi ini memberi manfaat dan inspirasi kepada semua yang terlibat dalam dunia kepustakawanan, pengurusan maklumat dan kearkiban.
Jom layan beberapa gambar sekitar program yang sempat dirakamkan.

- Published in Aktiviti, Aktiviti 2026, Arkib Aktiviti
HOLIDAY MANIA @ PERPUSTAM : AKTIVITI CUTI SEKOLAH
Thursday, 2026
JUMAAT 5 JUN 2026
PERMAINAN INTERAKTIF BERSAMA KAKITANGAN PERKHIDMATAN 

Aktiviti terakhir hari ini, adik-adik berpeluang merasai pengalaman pembelajaran interaktif melalui permainan dan teknologi seperti ClassVR, Wall@Live, Matt@Live dan Robotik. Aktiviti yang menggabungkan unsur pembelajaran yang menyeronokkan, malah membantu meningkatkan kreativiti, kemahiran berfikir serta minat terhadap teknologi.
Pihak PERPUSTAM merakamkan ucapan terima kasih kepada semua adik-adik dan peserta yang telah menyertaiaktiviti Cuti Sekolah PERPUSTAM kali ini. Semoga segala pengalaman, ilmu, kenangan yang diperoleh dapat membantu membina keyakinan diri, memupuk semangat kerjasama serta membentuk jati diri yang positif.
Jumpa lagi pada cuti sekolah yang akan datang. Teruskan belajar, berkreativiti dan mencipta pengalaman baharu! 




- Published in Aktiviti, Aktiviti 2026, Arkib Aktiviti, Uncategorised
HOLIDAY MANIA @ PERPUSTAM : AKTIVITI CUTI SEKOLAH
Thursday, 2026
HOLIDAY MANIA @ PERPUSTAM : AKTIVITI CUTI SEKOLAH
KHAMIS 4 JUN 2026
Aktiviti hari ini berlangsung dengan lebih meriah apabila penyertaan turut dibuka kepada ibu bapa. Pada sesi pagi, para peserta menyertai cabaran membina menara menggunakan cawan dan seterusnya membawa menara tersebut ke lokasi yang ditetapkan tanpa roboh atau musnah.
Pada sebelah petang pula, adik-adik berpeluang menghasilkan keychain mengikut kreativiti masing-masing menggunakan bahan-bahan yang disediakan. Aktiviti ini memberi ruang kepada mereka untuk berkarya sambil mengasah kemahiran dan imaginasi.

- Published in Aktiviti, Aktiviti 2026, Arkib Aktiviti
HOLIDAY MANIA @ PERPUSTAM: : AKTIVITI CUTI SEKOLAH
Thursday, 2026
Rabu 03 MEI 2026
Aktiviti cuti sekolah diteruskan lagi dengan aktiviti menarik dan menyeronokkan untuk adik-adik. Pada sesi pagi, adik-adik menyertai aktiviti mewarna gambar kucing comel yang sedang membaca buku.
Sebelah petang pula, suasana menjadi lebih meriah dengan aktiviti bowling padang. Adik-adik berpeluang menguji kemahiran membaling bola sambil memupuk semangat kesukanan, kerjasama dan keyakinan diri. Gelak tawa serta sorakan semangat daripada rakan-rakan menjadikan aktiviti ini lebih menyeronokkan.

- Published in Aktiviti, Aktiviti 2026, Arkib Aktiviti
HOLIDAY MANIA @ PERPUSTAM : AKTIVITI CUTI SEKOLAH
Thursday, 2026
JUMAAT 29 MEI 2026
Aktiviti menyeronokkan kali ini adik-adik diberikan peluang bermain dengan tanah liat. Aktiviti merupakan terapi yang baik untuk membantu perkembangan minda, emosi dan fizikal mereka.
Pada sebelah petang pula, adik-adik bermain “Radio Rosak”. Permainan ini dapat melatih kemahiran mendengar secara aktif, menguji ketepatan penyampaian maklumat dan pendedahan tentang bagaimana sesuatu mesej boleh berubah akibat salah tafsir atau salah faham.

- Published in Aktiviti, Aktiviti 2026, Arkib Aktiviti
Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2026!
Thursday, 2026
Kami membawakan keunikan dan pesona Ala Melaka khas untuk pengunjung di Kuala Lumpur! 

Ayuh datang memeriahkan reruai kami dan rasai sendiri suasana Melaka tanpa perlu menyeberangi Selat Melaka! 

- Published in Aktiviti, Aktiviti 2026, Arkib Aktiviti, Uncategorised
HOLIDAY MANIA @ PERPUSTAM : AKTIVITI CUTI SEKOLAH
Monday, 2026
![]()
@ : AKTIVITI CUTI SEKOLAH![]()
![]()
KHAMIS 28 MEI 2026
HELLO TEXT
Aktiviti cuti sekolah diteruskan lagi dengan pelbagai pengisian kreatif yang memberi peluang kepada kanak-kanak menonjolkan imaginasi dan bakat masing-masing. Mewarna dan melukis, yang bukan sahaja menyeronokkan malah membantu perkembangan kanak-kanak dari segi kemahiran motor halus, koordinasi tangan dan mata, keyakinan diri dan ekspresi emosi.
Pada sebelah petang pula, suasana menjadi lebih meriah dengan pelbagai aktiviti santai dan mencabar. Permainan Bawa Bola Dalam Sudu yang menguji fokus dan keseimbangan, serta permainan Rebut Kerusi yang menceriakan suasana dengan gelak tawa dan semangat kesukanan dalam kalangan peserta.

- Published in Aktiviti, Aktiviti 2026, Arkib Aktiviti














