Satu Bengkel Transformasi Keterampilan dan Personaliti Diri Penjawat Awam 2025 telah diadakan pada 02 Julai 2025 bertempat di Dewan Lekir. Satu inisiatif pembangunan modal insan yang dirangka khusus bagi memperkasa imej, integriti serta profesionalisme penjawat awam dalam mendepani cabaran perkhidmatan masa kini.
Bengkel ini memberi fokus utama kepada aspek keterampilan luaran dan dalaman penjawat awam yang merangkumi penampilan profesional, komunikasi efektif, pembentukan sahsiah diri serta pengukuhan nilai etika dan integriti dalam tugasan seharian.
Bengkel ini telah disampaikan oleh Encik Mohd Noor Azmin bin Mazhuki dari Pesona Karisma Event Planner yang berpengalaman dalam bidang pembangunan personaliti, komunikasi korporat dan kepimpinan organisasi. Para peserta telah terlibat secara aktif dalam sesi latihan interaktif, simulasi, aktiviti kumpulan serta perkongsian ilmu yang memberi impak langsung kepada pembangunan peribadi dan kerjaya mereka.
Diharapkan segala ilmu, pengalaman serta nilai yang diperoleh menerusi bengkel ini dapat dimanfaatkan sebaiknya dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai penjawat awam yang berintegriti, berkredibiliti dan berorientasikan perkhidmatan kepada rakyat.








