PERPUSTAM telah mengadakan Program Pembudayaan Perkhidmatan Cemerlang pada 01 Julai 2025 bertempat di Dewan Tuah, PERPUSTAM. Program ini dimulakan dengan bacaan Ikrar Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Ikrar Bebas Rasuah oleh semua kakitangan PERPUSTAM.
Pelaksanaan bacaan ikrar ini merupakan manifestasi komitmen berterusan kakitangan dalam memelihara kerahsiaan maklumat rasmi kerajaan serta menzahirkan iltizam tinggi untuk menolak sebarang bentuk rasuah dan salah guna kuasa.
Inisiatif ini juga selaras dengan usaha berterusan jabatan dalam memperkukuh nilai integriti, amanah, dan akauntabiliti dalam penyampaian perkhidmatan awam yang cemerlang dan beretika.
Program telah disempurnakan oleh YBrs Encik Mohamed Aizammuddy bin Mohamed Idris, Pengarah PERPUSTAM.
Semoga program ini mampu menjadi penghubung dan merapatkan jalinan Ukhwah seluruh warga kerja dari seluruh rangkaian perpustakaan.








