Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka (PERPUSTAM) diserikan dengan kehadiran adik-adik ceria dari Tadika Sri Prisma. Seawal pagi, ruang bacaan yang biasanya tenang bertukar menjadi meriah dengan gelak tawa dan wajah-wajah penuh keterujaan adik-adik.
Pelbagai aktiviti minda diadakan khas untuk adik-adik. antaranya ialah :
Kami percaya pengalaman seperti ini mampu menanamkan minat membaca sejak kecil dan mencetus rasa cinta terhadap ilmu. Semoga kunjungan ini menjadi kenangan manis dan titik permulaan kepada perjalanan ilmu yang penuh warna dan keceriaan.
Terima kasih kepada guru-guru Tadika Sri Prisma yang sentiasa menyokong pendidikan luar bilik darjah.








