13 JUN 2025 | JUMAAT
PERPUSTAM telah menyertai pameran bersempena sambutan Hari Pustakawan dan Hari Arkib Antarabangsa peringkat UiTM Cawangan Melaka bertempat di UiTM Lendu Alor Gajah, Melaka.
Pelbagai pengisian menarik dijalankan antaranya :
Terima kasih kepada rakan kerjasama PTAR UiTM Cawangan Melaka atas jalinan kerjasama ini

- Published in Aktiviti, Aktiviti 2025, Arkib Aktiviti
No Comments
Lawatan Penanda Aras Dari UiTM Bandaraya Melaka
Friday, 2025
PERPUSTAM menerima kunjungan para pelajar bersama seorang pensyarah daripada jurusan Sarjana Muda Pengurusan Teknologi Perniagaan, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Bandaraya Melaka. Lawatan ini diadakan bagi memenuhi keperluan kursus Management of Digital Transformation, yang bertujuan memberi peluang bagi pelajar melihat secara langsung aplikasi teknologi terkini dan mempelajari bagaimana cabaran dalam proses transformasi digital.
Program lawatan dimulakan dengan sesi taklimat yang disampaikan oleh Ketua Bahagian Pengurusan Koleksi dan Perkhidmatan Perpustakaan yang merangkumi pengenalan kepada struktur organisasi, rangkaian perpustakaan serta pendekatan teknologi yang digunakan dalam penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat.
Seterusnya, para pelajar telah mengikuti sesi lawatan berpandu ke seluruh ruang dan fasiliti perpustakaan. Hal ini memberi peluang kepada mereka untuk melihat secara langsung operasi perkhidmatan pelanggan, ruang teknologi maklumat, serta kemudahan digital yang disediakan untuk menyokong pembelajaran kendiri dan literasi maklumat.
Lawatan diakhiri dengan sesi soal jawab yang berlangsung dalam suasana interaktif dan ilmiah. Pelajar mengambil peluang untuk bertanya mengenai aspek strategik dan operasional transformasi digital yang sedang dilaksanakan oleh perpustakaan.
Pihak PERPUSTAM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pelajar jurusan Sarjana Muda Pengurusan Teknologi Perniagaan Universiti Teknologi MARA (UiTM) Bandaraya Melaka kerana sudi berkunjung kesini.
Semoga kunjungan ini memberi manfaat serta menjadi pemangkin kepada perkongsian ilmu dan kerjasama strategik yang berterusan pada masa akan datang.

- Published in Aktiviti, Aktiviti 2025, Arkib Aktiviti
DUNIA KHAYALAN DUNIA IMPIAN #6
Thursday, 2025
09 JUN 2025 (ISNIN)
Masa cemburui kita, apakan daya masa berlalu begitu pantas. Aktiviti cuti sekolah telah melabuhkan tirainya harini dengan penuh keceriaan, pembelajaran dan kenangan manis.
Sebagai penutup yang istimewa, sesi pagi dimulakan dengan aktiviti menarik bertajuk “Jom Rasa Cornflakes Madu” yang dikendalikan dengan penuh semangat oleh Miss Ling Ling dan Kak Nanad.
Kanak-kanak bukan sahaja berpeluang mencuba resipi mudah dan lazat yang menggunakan cornflakes dan madu, malah mereka juga dapat merasai hasilnya. Sungguh sedap kan. Haa..Lepasni boleh buat sendiri di rumah ya.
Aktiviti sesi petang bertambah meriah dengan kehadiran Team Perkhidmatan yang membawakan aktiviti yang penuh gelak tawa dan keseronokan.
Terima kasih yang tidak terhingga kepada adik-adik dan juga ibubapa yang sudi hadir dan memeriahkan setiap aktiviti dengan semangat dan senyuman manis anda. Kehadiran anda adalah hadiah paling berharga buat kami.
Jumpa lagi pada cuti sekolah akan datang.

- Published in Aktiviti, Aktiviti 2025, Arkib Aktiviti
Nyanyian Lagu Negaraku dan Lagu Melaka Maju Jaya
Thursday, 2025
Warga PERPUSTAM dan pengunjung perpustakaan berdiri tegak bagi menghormati nyanyian Lagu Negaraku dan Lagu Melaka Maju Jaya yang dikumandangkan pada setiap hari Isnin jam 10.00 pagi. Hal ini bagi menyemarakkan semangat patriotisme dikalangan warga penjawat awam seiring dengan aspirasi YAB Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, Ketua Menteri Melaka.
Ab Rauf Yusoh
Kerajaan Negeri Melaka

- Published in Aktiviti, Aktiviti 2025, Arkib Aktiviti
DUNIA KHAYALAN DUNIA IMPIAN #5
Wednesday, 2025
Hari Khamis adik-adik diceriakan dengan aktiviti DIY bersama Kak Nasha yang sangat kreatif dan menyeronokkan. Adik-adik diberi peluang untuk menghasilkan kipas tangan mereka sendiri menggunakan pelbagai bahan seni. Masing-masing begitu teruja memilih warna, melukis corak, dan menghias kipas mengikut cita rasa sendiri. Hasilnya? Kipas yang unik dan penuh warna-warni, sama seperti senyuman di wajah mereka.
Sesi petang pula, suasana menjadi lebih gempak apabila tiba giliran Abang Adi mengendalikan aktiviti yang mengeluarkan peluh. Aktiviti ini bukan sahaja mencabar keseimbangan dan fokus, tapi juga mengajar adik-adik bersaing secara sihat. Sorakan, gelak tawa dan semangat berkumpulan menjadikan permainan ini antara yang paling menyeronokkan hari ini!
Ayuh adik-adik kita manfaatkan masa terluang sepanjang cuti sekolah ini di Perpustakaan.
Penyertaan adalah PERCUMA! Maghi Lerr…

- Published in Aktiviti, Aktiviti 2025, Arkib Aktiviti
DUNIA KHAYALAN DUNIA IMPIAN #4
Wednesday, 2025
Sesi pagi dimulakan dengan aktiviti bersama Kak Maryam. Aktiviti ini bukan sahaja menguji minda, tetapi turut membantu peserta mengukuhkan pemahaman konsep-konsep asas Matematik dengan cara yang menyeronokkan. Suasana penuh tumpuan dan semangat ingin tahu menjadikan sesi ini sangat bermakna.
Sesi petang pula diteruskan dengan aktiviti bersama Abang Amir yang cukup menghiburkan dan mencabar. Para peserta menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi sambil mengasah kemahiran motor halus dan fokus mereka semasa melontarkan bola pingpong ke sasaran. Sorakan dan gelak tawa jelas menunjukkan betapa semua orang teruja dan terlibat sepenuhnya.
Syabas dan tahniah kepada semua peserta atas penyertaan yang aktif dan positif sepanjang cuti sekolah ini.
Ayuh adik-adik kita manfaatkan masa terluang sepanjang cuti sekolah ini di Perpustakaan.
Penyertaan adalah PERCUMA! Maghi Lerr…

- Published in Aktiviti, Aktiviti 2025, Arkib Aktiviti
Sesi Perbincangan Bersama Duta Anugerah Melaka Membaca 2025
Wednesday, 2025
Satu sesi perbincangan eksklusif bersama Duta Anugerah Melaka Membaca 2025, Encik Ahmad Fedtri Yahya, telah diadakan bagi membincangkan peranan strategik beliau dalam menjayakan kempen membaca peringkat negeri.
Perbincangan ini turut menyentuh pelbagai inisiatif yang bakal dilaksanakan sepanjang tahun 2025 dalam usaha memperkasakan budaya membaca dalam kalangan rakyat Melaka dan seterusnya mempromosi Anugerah Melaka Membaca yang kini penyertaan masih dibuka.

- Published in Aktiviti, Aktiviti 2025, Arkib Aktiviti
DUNIA KHAYALAN DUNIA IMPIAN #3
Wednesday, 2025
Aktiviti cuti sekolah pada minggu ini dimulakan dengan aktiviti santai dan penuh gelak ketawa bersama Abang Lokman dan Izzwan. Suasana pagi adik-adik disinari dengan permainan boling padang, yang bukan sahaja mencabar kemahiran fizikal dan koordinasi mata serta tangan, malah turut menguji daya fokus adik-adik ketika melontar bola ke arah sasaran.
Suasana petang pula menjadi lebih terhibur dan mencuit hati dengan permainan makan biskut di atas dahi tanpa menggunakan tangan. Walaupun kelihatan mudah, permainan ini memerlukan fokus, kesabaran, dan ketangkasan wajah. Gelak tawa tidak putus sepanjang aktiviti berlangsung, menandakan betapa semua peserta benar-benar menikmati masa bersama.
Aktiviti seperti ini bukan sahaja mengisi masa cuti adik-adik dengan cara yang sihat dan menyeronokkan, tetapi juga mengeratkan hubungan silaturahim sesama rakan-rakan baru.
Ayuh adik-adik kita manfaatkan masa terluang sepanjang cuti sekolah ini di Perpustakaan.
Penyertaan adalah PERCUMA! Maghi Lerr…

- Published in Aktiviti, Aktiviti 2025, Arkib Aktiviti
DUNIA KHAYALAN DUNIA IMPIAN #2
Wednesday, 2025
Keseronokan adik-adik diteruskan lagi dengan aktiviti bersama Abang Asri dan Kak Farhanah. Pada sesi pagi, Abang Asri telah membimbing adik-adik dalam aktiviti kraf tangan bertemakan lebah, yang bukan sahaja mengasah kreativiti tetapi juga memberi pengetahuan tentang serangga tersebut.
Manakala pada sesi petang, Kak Farhanah telah mengendalikan aktiviti teka silang kata menggunakan puzzle, yang mencabar minda dan menggalakkan semangat kerjasama dalam kalangan peserta.
Kedua-dua sesi telah berlangsung dengan jayanya dan memberi pengalaman yang bermakna kepada semua peserta.
Ayuh adik-adik kita manfaatkan masa terluang sepanjang cuti sekolah ini di Perpustakaan.
Penyertaan adalah PERCUMA! Maghi Lerr…

- Published in Aktiviti, Aktiviti 2025, Arkib Aktiviti
Membaca dan membuat NILAM
Friday, 2025
Cuti sekolah menjadikan perpustakaan lebih meriah daripada biasa. Dipenuhi wajah-wajah teruja yang datang mencari ilmu dan keseronokan. Cuti sekolah dimanfaatkan sepenuhnya oleh adik-adik yang membaca dan membuat NILAM . Terbaik adik-adik

- Published in Aktiviti, Aktiviti 2025, Arkib Aktiviti














