Lawatan Dari Tabika Country Kidz
Friday, 2025
Suasana PERPUSTAM menjadi ceria dan menyeronokkan dengan kehadiran adik-adik dari Tabika Country Kidz yang aktif. Kehadiran mereka disambut baik dan disajikan pelbagai aktiviti celik minda seperti:
Semoga adik-adik gembira dan belajar sesuatu tentang segala pengisian aktiviti hari ini. Usah malu dan segan untuk datang lagi kesini. Terima kasih untuk senyuman dan tawa anda semua.

- Published in Aktiviti, Aktiviti 2025, Arkib Aktiviti
No Comments
A Visit From SMK(P) Methodist
Friday, 2025
SMK (P) Methodist has conducted an academic visit to PERPUSTAM as one of the efforts to strengthen students’ exposure to the sources of knowledge, modern facilities and the role of modern libraries.
Throughout the trip, the students were exposed to :
The LIBRARY Authority hopes that this visit will encourage students to make use of the library as a space for research, reading and self-development.


- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Children’s Day SK Krubong 2025
Friday, 2025
PERPUSTAM has been invited to hold a Doll Show and Library Exhibition in conjunction with Children’s Day Celebration at SK Krubong 2. Through this organization, the students had the opportunity to enjoy educational entertainment as well as explore various materials and information prepared in the respective exhibition.
To liven up the program, PERPUSTAM also brought some additional activities aimed at enriching the learning experience of the students, among them:
May this collaboration provide continuous benefits to the citizens of SK Krubong 2 and strengthen the relationship between the library and the school community.

- Published in Aktiviti, Aktiviti 2025, Arkib Aktiviti
Pustaka Mini Masjid An Nasuha
Friday, 2025
Pada tahun ini, Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka (PERPUSTAM) telah membuka sebuah lagi Perpustakaan Masjid dengan menjalin kerjasama bersama pengurusan Masjid An-Nasuha, Rembia, Melaka.
Perpustakaan yang diberi nama Pustaka Mini Masjid An-Nasuha ini disediakan bagi membantu jemaah mendapatkan bahan bacaan, dengan harapan dapat menyemai minat membaca dan budaya ilmu dalam kalangan masyarakat setempat.
Jom singgah, baca, dan seronokkan minda! 

- Published in Aktiviti, Aktiviti 2025, Arkib Aktiviti
Lawatan SMK Dato Haji Talib Karim
Friday, 2025
PERPUSTAM menerima kunjungan mesra pelajar-pelajar dan guru-guru dari SMK Dato Haji Talib Karim (Pendidikan Khas). Kunjungan ini memberi ruang untuk menyerlahkan kemampuan serta potensi anak-anak Pendidikan Khas melalui aktiviti yang direka khusus mengikut keperluan dan gaya pembelajaran mereka.
Antara aktiviti yang dijalankan ialah :
Lawatan ini bukan sekadar pengisian akademik, tetapi turut menjadi platform untuk membina keyakinan, meningkatkan interaksi sosial, dan menggalakkan penerokaan ilmu secara menyeronokkan.
Terima kasih kepada pihak sekolah atas kesudian berkunjung disini. Semoga peluang ini terus memperkukuh perkembangan holistik anak-anak Pendidikan Khas.

- Published in Aktiviti, Aktiviti 2025, Arkib Aktiviti
HARI KEUSAHAWANAN SUPRIMS SK SUNGAI UDANG 2025
Monday, 2025
PERPUSTAM berbesar hati turut serta sebagai pempamer dalam Hari Keusahawanan SUPrims SK Sungai Udang—membawa pengalaman pembelajaran yang lebih interaktif, seronok dan penuh inspirasi! 

Antara pengisian menarik di reruai PERPUSTAM:
Terima kasih SK Sungai Udang atas jemputan dan kerjasama dalam menjayakan program penuh keceriaan ini! 

- Published in Aktiviti, Aktiviti 2025, Arkib Aktiviti
Syukur Alhamdulillah ! Program Komuniti Membaca Komuniti Berjaya DUN Ayer Limau Tahun 2025 telah berlangsung dengan penuh warna-warni dan semangat komuniti pada 22 November 2025 (Sabtu).
Program ini dirasmikan oleh YB Datuk Haji Hameed bin Mytheen Kunju Basheer, EXCO Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan Merangkap ADUN Ayer Limau dan turut dihadiri YB Datuk Haji Rosli bin Abdullah, Pengerusi PERPUSTAM dan YBrs Encik Mohamed Aizammuddy bin Mohamed Idris, Pengarah PERPUSTAM.
Terima kasih kepada semua yang menjayakan program pada kali ini! 
Jumpa lagi di program akan datang! Teruskan menyokong perpustakaan sebagai pusat ilmu dan komuniti. 

- Published in Aktiviti, Aktiviti 2025, Arkib Aktiviti
Ramai sungguh hari ini yang hadir ke Program Komuniti Membaca Komuniti Berjaya DUN Ayer Limau Tahun 2025 pada 22 November 2025 (Sabtu) di Balairaya Kampung Ayer Limau !!!
Pelbagai aktiviti menarik disediakan:
– Pertandingan Imlak
– Pertandingan Tulisan Cantik
– Pertandingan Resensi Buku Cerita
– Pertandingan Nyanyian Solo
– Pertandingan Deklamasi Sajak
– Pertandingan Mewarna
– Pertandingan Kerusi Berirama
– Pertandingan Cube Face
– Teka Berat Buku
– Teka Susunan Warna
– Teka Kotak Misteri
– Kuiz Roda Impian
– Pengunjung Bertuah
– Jualan Buku & Majalah serta Zon Interaktif PERPUSTAM
– Pemeriksaan dan Pameran Klinik Kesihatan Masjid Tanah
– Saringan Pap Smear
– Pameran Angkatan Pertahanan Awam (APM) Unit Masjid Tanah
– Pemeriksaan Mata Percuma


- Published in Aktiviti, Aktiviti 2025, Arkib Aktiviti
HARI KANAK-KANAK SK TANGGA BATU 2025
Monday, 2025
PERPUSTAM turun padang memeriahkan sambutan dengan Persembahan Boneka yang mencuit hati dan Pameran Perpustakaan yang penuh info menarik!
Anak-anak SK Tangga Batu paling seronok bila kami bawakan:
Program ini bukan sekadar hiburan—ia adalah platform untuk menyemai budaya membaca, membuka minda, dan memperkenalkan dunia perpustakaan yang serba moden kepada generasi muda.
Semoga usaha ini terus memberi inspirasi kepada anak-anak untuk terus membaca dan meneroka dunia ilmu tanpa batas. 


- Published in Aktiviti, Aktiviti 2025, Arkib Aktiviti
PERPUSTAKKAN DIGITAL MELAKA JADI TUMPUAN
Thursday, 2025
Suasana malam di Perpustakaan Digital Melaka semakin meriah sempena musim peperiksaan, terutamanya dengan kehadiran majoriti calon SPM 2025 yang hadir bagi melakukan persediaan rapi.
Dapat dilihat para pelajar menumpukan sepenuh perhatian terhadap ulang kaji sambil memanfaatkan fasiliti yang disediakan di sini, termasuk akses digital, ruang pembelajaran yang selesa serta persekitaran yang kondusif.
Kesungguhan mereka belajar bersama rakan bukan sahaja mencerminkan semangat kerjasama, malah menunjukkan komitmen yang tinggi menuju kecemerlangan.
Semoga segala usaha gigih ini menjadi landasan kukuh untuk mencapai kejayaan dalam peperiksaan yang bakal ditempuhi.

- Published in Aktiviti, Aktiviti 2025, Arkib Aktiviti
- 1
- 2














