PERPUSTAM berbesar hati menyertai pameran sempena Program STI MADANI: Robotech Challenge Peringkat Negeri Melaka 2025 yang menghimpunkan pelajar dari pelbagai sekolah terpilih.
Pelbagai Perkhidmatan Digital telah dipamerkan termasuk u-Pustaka : u-Library, Zon Bacaan Digital, Grolier Super Reader serta aktiviti interaktif seperti AR, VR dan permainan berasaskan robotik yang menarik minat para pelajar.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada UiTM Cawangan Melaka Kampus Jasin. Semoga pameran ini memberi pendedahan positif dan menyemai minat pelajar terhadap perpustakaan dan dunia ilmu.

- Published in Aktiviti, Aktiviti 2025, Arkib Aktiviti, Uncategorised
No Comments
My Bookmark
Monday, 2026
Sesi pagi hari ini, adik-adik kita membuat bookmark. DIY Bookmark ialah aktiviti menghasilkan penanda buku secara sendiri menggunakan kreativiti dan bahan yang mudah diperoleh, seperti kertas, kad manila, reben atau warna. Aktiviti ini adik-adik bebas mengikut idea sendiri.

- Published in Aktiviti, Aktiviti 2025, Arkib Aktiviti
Lawatan Sambil Belajar Tabika Q-Dees Krubong Jaya
Monday, 2026
Menjelang penutup tirai tahun 2025, PERPUSTAM menerima kunjungan lawatan sambil belajar daripada Tabika Q-Dees Krubong Jaya. Lawatan ini berlangsung dalam suasana ceria dan semangat kegembiraan. Para peserta diberi peluang menyertai pelbagai aktiviti menyeronokkan seperti:
Kehadiran gelak tawa dan wajah ceria anak-anak menjadikan lawatan ini satu pengalaman yang bermakna. Terima kasih atas kunjungan yang istimewa ini. Diharapkan memori indah ini dapat menyemai minat dan semangat untuk terus meneroka dunia pembelajaran.

- Published in Aktiviti, Aktiviti 2025, Arkib Aktiviti
Hot Air Ballon
Monday, 2026
Dalam aktiviti Hot Air Balloon ini, adik-adik akan menggunakan belon dan cawan kertas untuk menghasilkan sebuah model “belon udara panas” yang menarik. Adik-adik perlu mencantumkan belon dengan cawan kertas dengan kemas. Setelah siap, adik-adik bebas menghias belon udara panas masing-masing mengikut kreativiti sendiri menggunakan pelbagai warna, corak dan hiasan yang menarik. Aktiviti ini bukan sahaja menyeronokkan, malah memberi peluang kepada adik-adik untuk meneroka idea dan imaginasi mereka secara bebas.

- Published in Aktiviti, Aktiviti 2025, Arkib Aktiviti
Susun Sebelum Jatuh
Monday, 2026
Sesi pagi ini, adik-adik kita bermain “Susun sebelum jatuh”. Cara bermain aktiviti ini adik-adik perlu melambungkan belon ke udara. Semasa belon masih terapung dan belum mencecah lantai, adik-adik perlu menyusun semua cawan secara bertindih dengan pantas. Sekiranya belon jatuh dan menyentuh lantai, adik-adik mesti berhenti menyusun cawan. Peserta yang berjaya menyusun semua cawan bertindih sebelum belon jatuh akan dikira sebagai pemenang.
Aktiviti ini dapat melatih koordinasi mata dan tangan, menggalakkan fokus dan tumpuan, melatih kepantasan dan kecekapan berfikir, mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan.

- Published in Aktiviti, Aktiviti 2025, Arkib Aktiviti
Monkeyball
Monday, 2026
Untuk sesi petang hari ini, siapa pernah main bola beracun? Bola beracun ialah permainan yang sangat popular dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. Permainan ini dapat meningkatkan kecergasan fizikal kerana pemain perlu banyak bergerak, berlari, melompat dan mengelak bola. Bola beracun juga membantu melatih kepantasan, koordinasi mata, tangan, serta refleks. Dari segi sosial, permainan ini menggalakkan kerjasama dalam pasukan dan mengeratkan hubungan persahabatan. Ia membantu mengurangkan tekanan dan mengisi masa lapang.


- Published in Aktiviti, Aktiviti 2025, Arkib Aktiviti
Copy Like Me
Monday, 2026
School holiday activity this morning, the younger ones were asked to make bookmarks. Each participant has to come up with their own ideas to decorate, draw and pattern bookmarks to make them look beautiful and attractive. Through this activity, the younger ones are able to sharpen their creativity, increase their self-confidence and learn to think creatively.

- Published in Aktiviti, Aktiviti 2025, Arkib Aktiviti
PERPUSTAM berbesar hati menyertai pameran sempena Melaka Bike Week dan Karnival Rakyat DUN Kuala Linggi 2025 dengan pelbagai pengisian menarik seperti U-Pustaka, Zon Bacaan Digital, jualan buku serta pendedahan kepada bahan bacaan elektronik Grolier Super Reader dan BOOKR.
Pengunjung turut memeriahkan pameran dengan aktiviti interaktif berteknologi tinggi seperti VR, Wall@Live, Matt@Live dan aktiviti robotik yang mencuri tumpuan semua peringkat usia 

Penyertaan ini diharap dapat menyemai budaya membaca, memperkukuh literasi digital serta mendekatkan perpustakaan sebagai pusat ilmu yang mesra komuniti.
Terima kasih diucapkan kepada pihak penganjur atas jemputan dan kerjasama yang diberikan 

- Published in Aktiviti, Aktiviti 2025, Arkib Aktiviti
Musical Chair’s Game
Monday, 2026
Sesi pagi hari ini, adik-adik kita dihiburkan dengan aktiviti Musical Chair Games yang penuh keceriaan dan gelak tawa. Adik-adik perlu bergerak mengelilingi kerusi sambil menikmati alunan muzik dan segera merebut tempat duduk apabila lagu dihentikan. Aktiviti ini bukan sahaja menceriakan suasana, malah membantu melatih fokus, kepantasan bertindak, kemahiran mendengar arahan serta meningkatkan keyakinan diri. Di samping itu, permainan ini turut memupuk semangat kesukanan, kerjasama dan interaksi sosial dalam kalangan adik-adik


- Published in Aktiviti, Aktiviti 2025, Arkib Aktiviti
Cuti Sekolah Seronok: Dunia Sains Kanak-Kanak
Monday, 2026
Pada pagi ini, aktiviti bertemakan “Cuti Sekolah Seronok: Dunia Sains Kanak-Kanak” yang dipenuhi dengan pelbagai permainan interaktif seperti Teka Silang Kata, Teka Jumlah Gula-gula, Puzzle Station, Mystery Box, VR, Susun Barang, Robocilik dan Twist Your Body. Aktiviti-aktiviti ini diadakan khas untuk menarik minat kanak-kanak terhadap dunia sains dan pembelajaran secara santai melalui pengalaman bermain sambil belajar.

- Published in Aktiviti, Aktiviti 2025, Arkib Aktiviti














