Taklimat Penggunaan Automated External Defibrillator (AED)
Thursday, 2026
29 APRIL 2026 | RABU
PERPUSTAM telah mengadakan satu Taklimat Penggunaan Automated External Defibrillator (AED) kepada kakitangan PERPUSTAM bertempat di Dewan Lekir. Taklimat ini telah disampaikan oleh Dr Mohd Ikram bin Abdul Aziz dan Encik Muhammad Eiqbalradin Bin Salehudin dari Klinik Kesihatan Ayer Keroh.
PERPUSTAM komited memastikan semua kakitangan khususnya Bahagian Perkhidmatan mempunyai kefahaman dalam tatacara penggunaan AED yang betul. Oleh itu, PERPUSTAM telah memasang satu alat AED di ruang legar pintu masuk perpustakaan negeri. Hal ini bagi memberi kemudahan kepada orang awam untuk menggunakannya sekiranya berlaku situasi kecemasan.
Semoga pengisian kursus ini mampu memberi satu ilmu baharu kepada semua kakitangan yang terlibat sekiranya berlaku kecemasan, kakitangan mampu melaksanakan tugas sebagai penyelamat awal kepada mangsa sekaligus nyawa mangsa boleh diselamatkan.



- Published in Aktiviti, Aktiviti 2026, Arkib Aktiviti
No Comments
ISNIN | 27 APRIL 2026
Hari ini, PERPUSTAM telah dijemput ke Sekolah Menengah Kebangsaan Nyalas untuk mengadakan pameran sempena Program Pelancaran Semarak Nilam. Antara pengisian pameran yang mengembirakan adik-adik kita adalah;
Semoga kehadiran kami sempena program ini dapat mendedahkan adik-adik tentang peranan perpustakaan yang mengikuti arus perkembangan semasa dalam menyalurkan ilmu secara digital yang menghiburkan.



- Published in Aktiviti, Aktiviti 2026, Arkib Aktiviti
COLOURING COMPETITION OKU
Thursday, 2026
COLOURING COMPETITION OKU
In conjunction with the Opening Ceremony of the Jom Baca Together 10 Minutes Program & the Launch of the Malacca State Level Local Folk Story Telling Competition Year 2026, PERPUSTAM did not forget the students of Persons with Disabilities (OKU) by conducting a Colouring Competition.
Our little ones are also talented, coloring with diligence and determination. Well done and congratulations to all the winners and not forgotten to the escort teachers and all the parties who made the Colouring Competition for Students with Disabilities (OKU) a success today.



- Published in Aktiviti, Aktiviti 2026, Arkib Aktiviti
PERTANDINGAN MEWARNA
Thursday, 2026
PERTANDINGAN MEWARNA
Tidak lengkap Majlis Perasmian Program Jom Baca Bersama 10 Minit & Peluncuran Pertandingan Bercerita Cerita Rakyat Tempatan Peringkat Negeri Melaka Tahun 2026 tanpa Pertandingan Mewarna untuk kanak-kanak Pra Sekolah/ Tabika/Tadika . Seronok melihat keletah anak-anak kita mewarna. Syabas dan tahniah kepada semua pemenang. Terima kasih kepada semua guru dan ibu bapa yang telah menjayakan Pertandingan Mewarna pada hari ini.



- Published in Aktiviti, Aktiviti 2026, Arkib Aktiviti
SCIENCE EXPLORATION COMPETITION
Monday, 2026
SCIENCE EXPLORATION COMPETITION
Inauguration Ceremony of Let’s Read Together 10 Minutes Program & Launching of Local Folk Story Telling Competition Malacca State Level Year 2026 is enlivened and shaken up with the Knowledge Exploration Competition which is a program of information and knowledge search skills in a relaxed and interesting form.
Thank you to the students and also the accompanying teachers and the school for this participation. Well done and congratulations to all the winners. Hope to bring something positive in the participation of this competition.


- Published in Aktiviti, Aktiviti 2026, Arkib Aktiviti
Selesai merasmikan Program Jom Baca Bersama 10 Minit serta Peluncuran Pertandingan Bercerita Cerita Rakyat Tempatan Peringkat Negeri Melaka, YB Datuk Wira Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka turut meluangkan masa melawat pameran di Lobi Dewan Tuah.
Lawatan tersebut diiringi oleh YB Pengerusi PERPUSTAM bersama YBrs. Pengarah PERPUSTAM.
Antara pempamer yang terlibat dalam menjayakan program ini ialah:
• Xentral Methods Sdn. Bhd.
• Grolier (Malaysia) Sdn. Bhd.
• Fargoes Infotech Sdn. Bhd.
• EDU App (MAL) Sdn. Bhd.
• KSCIENCE Sdn. Bhd.
• Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri Melaka (JKKN)
Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat!


- Published in Aktiviti, Aktiviti 2026, Arkib Aktiviti
PELUNCURAN PERPUSTAKAAN BERGERAK
Friday, 2026
PELUNCURAN PERPUSTAKAAN BERGERAK
Peluncuran Perpustakaan Bergerak PERPUSTAM berkonsepkan Smart Mobile Library telah disempurnakan oleh YB Datuk Wira Ibrahim Bin Durum, Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka pada 23 April 2026, bersempena Majlis Perasmian Program Jom Baca Bersama 10 Minit Peringkat Negeri Melaka.
Inisiatif perkhidmatan terbaharu ini memperluas akses kepada bahan bacaan fizikal dan digital melalui kemudahan pintar, selaras dengan keperluan masyarakat masa kini.
Pendekatan Smart Mobile Library mencerminkan komitmen dalam memperkasa budaya membaca serta menyampaikan perkhidmatan perpustakaan yang lebih moden, inklusif dan berimpak tinggi kepada komuniti.


- Published in Aktiviti, Aktiviti 2026, Arkib Aktiviti
Majlis Perasmian Program Jom Baca Bersama 10 Minit Peringkat Negeri Melaka Tahun 2026 serta Peluncuran Pertandingan Bercerita Cerita Rakyat Tempatan telah disempurnakan oleh YB Datuk Wira Ibrahim Bin Durum, Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka.
Majlis berlangsung di Dewan Tuah, Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka dengan suasana yang meriah dan penuh semangat membaca 


- Published in Aktiviti, Aktiviti 2026, Arkib Aktiviti
Lawatan sambil belajar dari Tadika Little Caliphs
Friday, 2026
22 APRIL 2026 | RABU
Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka (PERPUSTAM) telah menerima lawatan sambil belajar dari Tadika Little Caliphs yang diwakili seramai 41 orang murid dan 5 orang guru pengiring. Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang sesi lawatan tersebut adalah :
Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka (PERPUSTAM) telah menerima lawatan sambil belajar dari Tadika Little Caliphs yang diwakili seramai 41 orang murid dan 5 orang guru pengiring. Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang sesi lawatan tersebut adalah :
1) Permainan Interaktif Wall@Live dan Matt@Live 
2) Membaca 10 minit
3) Pertandingan Mewarna 
4) Lawatan Berpandu 

Terima kasih daun keladi kerana sudi menjadi pengunjung yang hebat! PERPUSTAM berharap adik-adik teruja untuk terus belajar dan membaca lebih banyak buku selepas lawatan ini.
Mana Lagi, Perpustakaan Lerr..

Mana Lagi, Perpustakaan Lerr..

- Published in Aktiviti, Aktiviti 2026, Arkib Aktiviti
Syukur Alhamdulillah ! Program Komuniti Jom Santai @ Perpustakaan Desa Hutan Percha Sempena Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) DUN Machap Jaya telah berlangsung dengan begitu meriah pada 21 April 2026 (Selasa).
Program ini dirasmikan oleh YB Datuk Ngwe Hee Sem, Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan Merangkap ADUN Machap Jaya dan turut dihadiri YB Datuk Haji Rosli bin Abdullah, Pengerusi Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka dan YBrs Encik Mohamed Aizammuddy bin Mohamed Idris, Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka.
Terima kasih kepada semua yang menjayakan program pada kali ini! 
Jumpa lagi di program akan datang! Teruskan menyokong perpustakaan sebagai pusat ilmu dan komuniti. 


- Published in Aktiviti, Aktiviti 2026, Arkib Aktiviti














