Anugerah Perkhidamatan Cemerlang (APC) 2025
Tuesday, 2026
PERPUSTAM mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 2025 sempena Majlis Penganugerahan Perkhidmatan Awam Negeri Melaka (MAPAN) 2026.
Senarai penerima :
1) Puan Salbiah Binti Saadon
2) Cik Khairunnisa Binti Maemun
3) Encik Zakariah Bin Basidon
4) Encik Muhammad Shafiq Bin Bahar
5) Encik Fikhry Izzam Bin Ab Rahman
6) Encik Mohd Fikri Bin Ahmad
7) Puan Roslinda Binti Abd Ghani
Semoga semua penerima terus cemerlang dan menjadi inspirasi kepada warga PERPUSTAM dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat serta menjunjung kecemerlangan perkhidmatan awam. 

- Published in Aktiviti, Aktiviti 2026, Arkib Aktiviti
No Comments
Program Komuniti “Akrab Dengan Ilmu, Mesra Bersama Rakyat” Sempena Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dun Serkam
Tuesday, 2026
PERPUSTAM turut menyediakan pelbagai perkhidmatan dan aktiviti pameran untuk para pengunjung, antaranya :
-Promosi Pertandingan Bercerita: Cerita Rakyat Tempatan
-Promosi Pertandingan Ruang Bacaan Keluarga
-Kuiz Santai Tentang Perpustakaan
-Pameran Smart Mobile Library
Sambutan amat menggalakkan daripada masyarakat setempat serta pelajar sekolah yang hadir.

- Published in Aktiviti, Aktiviti 2026, Arkib Aktiviti
Program Komuniti “Akrab Dengan Ilmu, Bersama Dengan Rakyat” Sempena Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dun Serkam
Tuesday, 2026
Sedikit perkongsian suasana sepanjang Program ini yang berlangsung dengan meriah hasil sambutan menggalakkan daripada masyarakat setempat dan pelajar sekolah.
Turut diadakan pameran daripada pelbagai agensi, antaranya:
* Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM)
* Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC)
* Pejabat Kesihatan Daerah Jasin
* Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka (TAPEEM)
Selain itu, , Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka (PERPUSTAM) turut menyediakan:
* Permainan Robotik
* Wall@Alive
* Realiti Maya (VR)
* Jualan Buku
* u-Pustaka : u-Library dan Zon Bacaan Digital PERPUSTAM
Bagi menambahkan lagi kemeriahan, para pengunjung turut berpeluang menyertai Cabutan Bertuah dengan pelbagai hadiah menarik.

- Published in Aktiviti, Aktiviti 2026, Arkib Aktiviti
30 JUN 2026 (SELASA) – Program Komuniti anjuran bersama Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka (PERPUSTAM) dan Institut Tun Perak (ITP), telah berlangsung dengan jayanya.
Program ini bertujuan untuk menyemarakkan budaya membaca, menggalakkan perkongsian ilmu, serta mengeratkan hubungan antara masyarakat dan pelbagai agensi melalui pelaksanaan aktiviti yang bermanfaat. Sambutan yang amat menggalakkan daripada para peserta mencerminkan komitmen semua pihak dalam menjayakan program berimpak kepada komuniti.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah memberikan kerjasama serta sokongan dalam memastikan kelancaran penganjuran program ini.

- Published in Aktiviti, Aktiviti 2026, Arkib Aktiviti
Lawatan Daripada Perbadanan Putrajaya Ke PERPUSTAM
Monday, 2026
29 JUN 2026 | ISNIN
PERPUSTAM telah menerima kunjungan daripada Pusat Pembelajaran Kejiranan (PPK) Perbadanan Putrajaya (PPj) yang melibatkan pegawai dan pelajar dari pelbagai sekolah.
Lawatan ini bertujuan memperkenalkan konsep pusat sumber digital sebagai pusat pembelajaran moden, serta meningkatkan literasi maklumat dan kemahiran teknologi maklumat dalam kalangan pelajar dan kakitangan bagi menyokong pengurusan yang lebih efisien.
Aktiviti yang diadakan:
Diharapkan lawatan ini dapat membuka minda pelajar dan pegawai tentang kepentingan perpustakaan digital dalam era kini, mendorong mereka menggunakan sumber perpustakaan secara aktif seterusnya melahirkan generasi yang celik teknologi dan berpengetahuan.

- Published in Aktiviti, Aktiviti 2026, Arkib Aktiviti
Kunjungan pelajar prasekolah SK Durian Daun
Friday, 2026
24 JUN 2026 | RABU
PERPUSTAM menerima kunjungan pelajar prasekolah SK Durian Daun yang berjumlah 25 orang murid, guru pengiring dan ibu bapa.
Selesai sesi membaca 10 minit di perpustakaan kanak-kanak, lawatan ini diserikan lagi dengan aktivti menarik seperti sesi bercerita oleh Abang Amir, persembahan boneka dan teka-teki, jom menari menyanyi dan permainan interaktif seperti Realiti Maya (VR) dan Realiti Terimbuh (AR).
Semoga pengisian lawatan ini mendidik adik-adik kita untuk mencintai ilmu dan menjadikan perpustakaan sebagai tempat yang menyeronokkan untuk belajar.

- Published in Aktiviti, Aktiviti 2026, Arkib Aktiviti
Program Komuniti: Minda Berilmu, Komuniti Gemilang sempena Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dun Rim
Tuesday, 2026
23 Jun 2026 | Selasa
Alhamdulillah, selesai sudah Program Komuniti: Minda Berilmu, Komuniti Gemilang sempena Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dun Rim yang berlangsung dengan jayanya di Perpustakaan Awam Cawangan Jasin.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada YB Datuk Khaidhirah Binti Datuk Seri Abu Zahar atas kesudian hadir merasmikan program ini, serta kepada semua agensi, peserta, guru-guru, pelajar dan masyarakat setempat yang bersama-sama memeriahkan majlis.
Terima kasih atas sokongan dan penyertaan yang luar biasa dalam menjayakan pelbagai aktiviti yang telah berlangsung sepanjang program. Semoga usaha ini dapat terus menyemarakkan budaya membaca, memperkukuh literasi maklumat serta menjadikan perpustakaan sebagai nadi ilmu dan pusat komuniti.
“Wakil Rakyat & Perpustakaan: Bersama Membina Komuniti Berilmu”

- Published in Aktiviti, Aktiviti 2026, Arkib Aktiviti
18/06/2026
PERPUSTAM menerima kunjungan pelajar Pendidikan Khas dari SMK Dato’ Sulaiman, Batu Pahat, Johor sempena Program Pengkayaan PDPC Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) yang berjumlah 66 orang murid dan 15 orang guru termasuk pembantu pengurusan murid.
Lawatan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para pelajar tentang pengurusan perpustakaan, memupuk budaya membaca dan memberi pengalaman berinteraksi sosial dengan masyarakat sekeliling.
PERPUSTAM menyediakan aktiviti-aktiviti menarik untuk mengisi pengalaman adik-adik kita ketika berada di perpustakaan, antaranya :
Terima kasih kerana menjadikan perpustakaan sebagai wadah untuk menimba pengalaman, memperluas pengetahuan, serta meneroka dan mengamalkan ilmu yang bermanfaat.

- Published in Aktiviti, Aktiviti 2026, Arkib Aktiviti
Lawatan Daripada Sekolah Kebangsaan Ayer Baloi
Thursday, 2026
18/06/2026
PERPUSTAM menerima kunjungan pelajar Program Pendidikan khas Integrasi (PPKI) dari SK Ayer Baloi, Pontian, Johor seramai 33 orang pelajar, 10 orang guru termasuk pembantu murid dan turut hadir ibu bapa atau penjaga.
Lawatan bertujukan untuk mendidik adik-adik kita melihat perpustakaan dengan lebih dekat, berinteraksi dengan masyarakat luar dan memberi peluang kepada mereka untuk belajar sambil berhibur.
Antara aktiviti yang dijalankan adalah :
Semoga pengisian dan pengalaman mereka kali ini sedikit sebanyak dapat memupuk dan mendidik diri adik-adik kita, membuka minda pandangan yang luas terhadap dunia yang penuh dengan ilmu yang boleh dipelajari.

- Published in Aktiviti, Aktiviti 2026, Arkib Aktiviti
Promosi Perkhidmatan U-Pustaka
Tuesday, 2026
Bersempena Program Aspirasi Ilmu Untuk Semua Sempena Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat ( WRUR) Dun Telok Mas @ Perpustakaan Pekan Telok Mas, PERPUSTAM turut menjalankan promosi perkhidmatan u-Pustaka : u-Library
Promosi tersebut meliputi Bengkel Jom Teroka Dunia Digital : Eksplorasi U-Pustaka yang memberi pendedahan tentang cara mengakses pelbagai bahan bacaan digital dengan mudah. Selain itu, reruai U-Pustaka turut dibuka untuk memperkenalkan perkhidmatan yang ditawarkan serta membantu pendaftaran ahli baharu.

- Published in Aktiviti, Aktiviti 2026, Arkib Aktiviti














