Bengkel Kepimpinan Pengawas Pusat Sumber 2025
Friday, 2025
Pada 28 Mei 2025, seramai 70 orang Pengawas Pusat Sumber daripada SMK Tinggi Perempuan Melaka dan SMK Tun Tijah telah menyertai Bengkel Kepimpinan Pengawas Pusat Sumber.
Bengkel ini diadakan bagi memberi pendedahan kepada para pengawas tentang Pengurusan Pusat Sumber Sekolah, Asas Kepimpinan, Tanggungjawab Sebagai Pengawas, serta membina keyakinan diri dalam mengurus Pusat Sumber Sekolah.
Suasana bengkel penuh dengan semangat, kerjasama, dan keterujaan sepanjang aktiviti berlangsung! 

Terima kasih kepada semua peserta, guru pengiring dan penganjur yang menjayakan program ini. Semoga segala ilmu dan pengalaman yang diperoleh dapat dimanfaatkan di sekolah masing-masing.

- Published in Aktiviti, Aktiviti 2025, Arkib Aktiviti
No Comments
NOTIS PEMBUKAAN DAN PENUTUPAN PERKHIDMATAN PERPUSTAKAAN
Wednesday, 2025
Kepada pengguna perpustakaan yang dihormati,
Perpustakaan Negeri akan DITUTUP pada 02 Jun 2025 (Isnin) sempena Hari Keputeraan Rasmi DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong MANAKALA Perpustakaan Digital dibuka bermula jam 9.00 Pagi hingga 5.00 Petang.

- Published in Arkib Pengumuman, Pengumuman
JADUAL PENGANGKUTAN AWAM KE PERPUSTAM
Wednesday, 2025
Kini lebih mudah untuk ke Perpustakaan Awam Negeri Melaka dengan perkhidmatan Bas Laluan M11 dari Terminal Melaka Sentral ke Bukit Katil
Dari Melaka Sentral: 6:00 pagi – 9:00 malam
Dari Bukit Katil: 6:00 pagi – 9:00 malam
Jangan lepaskan peluang untuk datang membaca, belajar & santai bersama keluarga di PERPUSTAM. Naik bas pun boleh, jimat & mesra alam! 

- Published in Arkib Pengumuman, Pengumuman
KAFE UNTUK DISEWA
Tuesday, 2025
PELUANG NIAGA DI PERPUSTAKAAN DIGITAL PERPUSTAM!
PERPUSTAM kini membuka peluang kepada pengusaha kafe dan peniaga makanan yang berminat untuk menjalankan perniagaan di Perpustakaan Digital, lokasi strategik dengan pengunjung harian yang ramai!
- Published in Arkib Pengumuman, Pengumuman
KAUNTER PENASIHAT PEMBACA PERPUSTAM
Tuesday, 2025
KAUNTER PENASIHAT PEMBACA PERPUSTAM
Jangan risau!!, di Perpustakaan Negeri kini disediakan satu kaunter Penasihat Pembaca yang akan membantu anda apa jua pertanyaan mengenai perpustakaan dan perkhidmatan yang ada…Mari ler …jangan segan , jangan malu 

- Published in Arkib Pengumuman, Pengumuman
Syukur Alhamdulillah!!! Selesai sudah Majlis Perasmian Karnival Jom Ke Perpustakaan Cawangan Masjid Tanah Sempena Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat DUN Lendu anjuran Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka dengan kerjasama Jawatankuasa Tetap Pusat Sumber Persatuan Pustakawan Malaysia dan Jawatankuasa Pembangunan Perpustakaan Cawangan Masjid Tanah pada 24 Mei 2025.
Semoga dengan program ini dapat menyemai semangat membaca, menjadikan ilmu sebagai budaya dan perpustakaan sebagai tempat untuk semua lapisan masyarakat.
Terima kasih kepada semua yang terlibat!
“Wakil Rakyat & Perpustakaan: Bersama Membina Komuniti.”

- Published in Aktiviti, Aktiviti 2025, Arkib Aktiviti
Karnival Jom Ke Perpustakaan Cawangan Masjid Tanah
Tuesday, 2025
Seronok habis peserta-peserta dan pengunjung-pengunjung semasa Karnival Jom Ke Perpustakaan Cawangan Masjid Tanah Sempena Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat DUN Lendu!!!
Banyak jugalah aktiviti-aktiviti yang dijalankan:
– Pertandingan mewarna (Pra Sekolah/ Tadika, Tahap 1 dan Pendidikan Khas (Belia)
– Pertandingan “Book Tunnel Creation” iaitu projek seni yang mengubah buku menjadi landskap atau pemandangan 3 dimensi
– Pertandingan membuat wayang kulit menggunakan 3D Pen
– Bijak Matematik
– Pengenalan kepada u-Pustaka : u-Library
– Zon Interaktif bersama PERPUSTAM
– Jualan Buku
– Bercerita bersama Dr. Maya
– Pameran dari Pejabat Kesihatan Daerah Alor Gajah, Pejabat Pergigian Daerah Alor Gajah dan Kolej Komuniti Selandar
– Kaunter Hari Bertemu Rakyat dan pelbagai aktiviti-aktiviti santai!!!
Terima kasih kepada semua yang terlibat dan jumpa lagi di program yang lain!!!
“Wakil Rakyat & Perpustakaan: Bersama Membina Komuniti”

- Published in Aktiviti, Aktiviti 2025, Arkib Aktiviti
Jumaat | 23 Mei 2025 telah berlangsung satu majlis penuh bermakna melibatkan Pegawai dan Kakitangan lantikan baharu PERPUSTAM yang melafazkan Ikrar Aku Janji, Ikrar Bebas Rasuah, serta menandatangani Akta Rahsia Rasmi di hadapan YBrs. Tuan Pengarah PERPUSTAM. Majlis ini turut disaksikan oleh Pegawai Integriti PERPUSTAM, menandakan komitmen penuh organisasi terhadap budaya kerja yang telus dan berintegriti.
Dalam amanatnya, YBrs. Tuan Pengarah menekankan peri pentingnya nilai-nilai integriti, tanggungjawab, akauntabiliti, komitmen terhadap tugasan serta semangat kerjasama berpasukan dalam membina kecemerlangan perkhidmatan perpustakaan kepada masyarakat.
Semoga seluruh warga PERPUSTAM yang baharu dilantik dapat menjalankan tanggungjawab dengan penuh dedikasi, amanah dan profesionalisme, demi memartabatkan peranan institusi perpustakaan di negeri Melaka.

- Published in Aktiviti, Aktiviti 2025, Arkib Aktiviti
Dari Bertam Hulu, kini ke Masjid Tanah pula. Hari ini PERPUSTAM telah menapak di SM Tahfiz Al-Quran (JAIM) Al-Abqari pada 22 Mei 2025 bersempena dengan Karnival HEM. Macam-macam aktiviti menarik kami bawakan untuk bakal-bakal ustaz ini :
Terima kasih pihak sekolah atas jemputan dan layanan mesra.

- Published in Aktiviti, Aktiviti 2025, Arkib Aktiviti
Meriah habis program di Perpustakaan Desa Bertam Hulu tadi!
Majlis Perasmian Program Komuniti WRUR: Perpustakaan Di Hatiku, Buku Sahabatku sempena Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat DUN Sungai Udang memang padu! ![]()
![]()
Macam-macam aktiviti menarik dijalankan:
dan banyak lagi slot yang bermanfaat dan menyeronokkan!
Terima kasih kepada semua yang turun padang & sokong program komuniti macam ni. Jumpa lagi di lokasi seterusnya! ![]()
![]()
“Wakil Rakyat & Perpustakaan: Bersama Membina Komuniti”

- Published in Aktiviti, Aktiviti 2025, Arkib Aktiviti














