Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR): Sentuhan Ilmu Jalinan Komuniti @ SMK Seri Bemban
Monday, 2025
26 JUN 2025 | KHAMIS
Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka (PERPUSTAM) telah menyajikan pelbagai pengisian dan aktiviti menarik di dalam Program WRUR : Sentuhan Ilmu Jalinan Komuniti seperti :
Semoga pengisian sempena program ini dapat mempromosikan segala perkhidmatan yang disediakan di perpustakaan serta mengeratkan lagi jalinan ukhwah antara warga PERPUSTAM dengan rakyat khususnya diperingkat komuniti.

- Published in Aktiviti, Aktiviti 2025, Arkib Aktiviti
No Comments
Notis Penutupan Perkhidmatan Perpustakaan
Thursday, 2025
Kepada pengguna yang dihormati, perkhidmatan Perpustakaan Negeri dan Perpustakaan Digital akan DITUTUP pada 27 Jun 2025 (Jumaat) bersempena Cuti Umum Awal Muharam. Perpustakaan akan kembali beroperasi pada 28 Jun 2025 (Sabtu).
Sekian, terima kasih.

- Published in Arkib Pengumuman, Pengumuman
Bengkel Bercerita
Thursday, 2025
Pada 23 dan 24 Jun 2025, satu Bengkel Bercerita telah berjaya dianjurkan dengan jayanya bertempat di Dewan Tuah, Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka (PERPUSTAM). Bengkel selama dua hari ini telah menghimpunkan penyertaan daripada kakitangan perpustakaan seluruh negeri Melaka, termasuk wakil dari Perpustakaan Negeri, Perpustakaan Cawangan, Perpustakaan Komuniti dan Perpustakaan Desa.
Bengkel ini dikendalikan oleh Puan Suraya binti Ariffin dari Perbadanan Perpustakaan Awam Perak. Program ini bertujuan untuk memperkasakan kemahiran bercerita kakitangan pembantu pustakawan sebagai satu medium penyampaian ilmu yang berkesan, khususnya dalam menarik minat kanak-kanak dan golongan muda untuk mendekati bahan bacaan dan budaya membaca.
Sepanjang bengkel ini, para peserta telah didedahkan kepada teknik-teknik bercerita yang interaktif, penggunaan intonasi suara, bahasa tubuh, serta kreativiti dalam menyampaikan cerita secara berkesan dan menghiburkan.
Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada semua peserta yang telah memberikan komitmen sepenuhnya sepanjang program berlangsung. Semoga ilmu dan pengalaman yang diperoleh dapat dimanfaatkan dalam pelaksanaan aktiviti-aktiviti bercerita di perpustakaan masing-masing, demi menyemarakkan budaya membaca dalam kalangan masyarakat.

- Published in Aktiviti, Aktiviti 2025, Arkib Aktiviti
Lawatan Dari Tadika JAIM Al-Hira
Thursday, 2025
Hari yang penuh warna-warni dan keceriaan di perpustakaan hari ini. PERPUSTAM menerima lawatan istimewa daripada adik-adik comel dari Tadika JAIM yang sudi membuat lawatan sambil belajar. Dengan perasaan ingin tahu dan senyuman yang tidak lekang di bibir, mereka meneroka dunia buku, mendengar cerita menarik, serta berkenalan dengan pelbagai bahan bacaan yang menyeronokkan

Adik-adik disajikan dengan pelbagai aktiviti yang merangsang minda antaranya :
.
Persembahan Boneka bertajuk ‘Monyet yang Nakal’
Seronok tengok wajah-wajah ceria mereka yang tak sabar nak belajar dan meneroka dunia sekeliling mereka.
Semoga lawatan ini menanamkan minat membaca dan cintakan ilmu sejak dari kecil lagi. Terima kasih kepada guru-guru dan pihak tadika atas kerjasama dan sokongan. Jumpa lagi di lawatan akan datang

- Published in Aktiviti, Aktiviti 2025, Arkib Aktiviti
13 JUN 2025 | JUMAAT
PERPUSTAM telah menyertai pameran bersempena sambutan Hari Pustakawan dan Hari Arkib Antarabangsa peringkat UiTM Cawangan Melaka bertempat di UiTM Lendu Alor Gajah, Melaka.
Pelbagai pengisian menarik dijalankan antaranya :
Terima kasih kepada rakan kerjasama PTAR UiTM Cawangan Melaka atas jalinan kerjasama ini

- Published in Aktiviti, Aktiviti 2025, Arkib Aktiviti
Lawatan Penanda Aras Dari UiTM Bandaraya Melaka
Friday, 2025
PERPUSTAM menerima kunjungan para pelajar bersama seorang pensyarah daripada jurusan Sarjana Muda Pengurusan Teknologi Perniagaan, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Bandaraya Melaka. Lawatan ini diadakan bagi memenuhi keperluan kursus Management of Digital Transformation, yang bertujuan memberi peluang bagi pelajar melihat secara langsung aplikasi teknologi terkini dan mempelajari bagaimana cabaran dalam proses transformasi digital.
Program lawatan dimulakan dengan sesi taklimat yang disampaikan oleh Ketua Bahagian Pengurusan Koleksi dan Perkhidmatan Perpustakaan yang merangkumi pengenalan kepada struktur organisasi, rangkaian perpustakaan serta pendekatan teknologi yang digunakan dalam penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat.
Seterusnya, para pelajar telah mengikuti sesi lawatan berpandu ke seluruh ruang dan fasiliti perpustakaan. Hal ini memberi peluang kepada mereka untuk melihat secara langsung operasi perkhidmatan pelanggan, ruang teknologi maklumat, serta kemudahan digital yang disediakan untuk menyokong pembelajaran kendiri dan literasi maklumat.
Lawatan diakhiri dengan sesi soal jawab yang berlangsung dalam suasana interaktif dan ilmiah. Pelajar mengambil peluang untuk bertanya mengenai aspek strategik dan operasional transformasi digital yang sedang dilaksanakan oleh perpustakaan.
Pihak PERPUSTAM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pelajar jurusan Sarjana Muda Pengurusan Teknologi Perniagaan Universiti Teknologi MARA (UiTM) Bandaraya Melaka kerana sudi berkunjung kesini.
Semoga kunjungan ini memberi manfaat serta menjadi pemangkin kepada perkongsian ilmu dan kerjasama strategik yang berterusan pada masa akan datang.

- Published in Aktiviti, Aktiviti 2025, Arkib Aktiviti
Khas untuk anak-anak sekolah rendah dari Daerah Alor Gajah! 

- Published in Arkib Pengumuman, Pengumuman
DUNIA KHAYALAN DUNIA IMPIAN #6
Thursday, 2025
09 JUN 2025 (ISNIN)
Masa cemburui kita, apakan daya masa berlalu begitu pantas. Aktiviti cuti sekolah telah melabuhkan tirainya harini dengan penuh keceriaan, pembelajaran dan kenangan manis.
Sebagai penutup yang istimewa, sesi pagi dimulakan dengan aktiviti menarik bertajuk “Jom Rasa Cornflakes Madu” yang dikendalikan dengan penuh semangat oleh Miss Ling Ling dan Kak Nanad.
Kanak-kanak bukan sahaja berpeluang mencuba resipi mudah dan lazat yang menggunakan cornflakes dan madu, malah mereka juga dapat merasai hasilnya. Sungguh sedap kan. Haa..Lepasni boleh buat sendiri di rumah ya.
Aktiviti sesi petang bertambah meriah dengan kehadiran Team Perkhidmatan yang membawakan aktiviti yang penuh gelak tawa dan keseronokan.
Terima kasih yang tidak terhingga kepada adik-adik dan juga ibubapa yang sudi hadir dan memeriahkan setiap aktiviti dengan semangat dan senyuman manis anda. Kehadiran anda adalah hadiah paling berharga buat kami.
Jumpa lagi pada cuti sekolah akan datang.

- Published in Aktiviti, Aktiviti 2025, Arkib Aktiviti
Nyanyian Lagu Negaraku dan Lagu Melaka Maju Jaya
Thursday, 2025
Warga PERPUSTAM dan pengunjung perpustakaan berdiri tegak bagi menghormati nyanyian Lagu Negaraku dan Lagu Melaka Maju Jaya yang dikumandangkan pada setiap hari Isnin jam 10.00 pagi. Hal ini bagi menyemarakkan semangat patriotisme dikalangan warga penjawat awam seiring dengan aspirasi YAB Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, Ketua Menteri Melaka.
Ab Rauf Yusoh
Kerajaan Negeri Melaka

- Published in Aktiviti, Aktiviti 2025, Arkib Aktiviti
DUNIA KHAYALAN DUNIA IMPIAN #5
Wednesday, 2025
Hari Khamis adik-adik diceriakan dengan aktiviti DIY bersama Kak Nasha yang sangat kreatif dan menyeronokkan. Adik-adik diberi peluang untuk menghasilkan kipas tangan mereka sendiri menggunakan pelbagai bahan seni. Masing-masing begitu teruja memilih warna, melukis corak, dan menghias kipas mengikut cita rasa sendiri. Hasilnya? Kipas yang unik dan penuh warna-warni, sama seperti senyuman di wajah mereka.
Sesi petang pula, suasana menjadi lebih gempak apabila tiba giliran Abang Adi mengendalikan aktiviti yang mengeluarkan peluh. Aktiviti ini bukan sahaja mencabar keseimbangan dan fokus, tapi juga mengajar adik-adik bersaing secara sihat. Sorakan, gelak tawa dan semangat berkumpulan menjadikan permainan ini antara yang paling menyeronokkan hari ini!
Ayuh adik-adik kita manfaatkan masa terluang sepanjang cuti sekolah ini di Perpustakaan.
Penyertaan adalah PERCUMA! Maghi Lerr…

- Published in Aktiviti, Aktiviti 2025, Arkib Aktiviti














