PERPUSTAM menerima kunjungan para pelajar bersama seorang pensyarah daripada jurusan Sarjana Muda Pengurusan Teknologi Perniagaan, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Bandaraya Melaka. Lawatan ini diadakan bagi memenuhi keperluan kursus Management of Digital Transformation, yang bertujuan memberi peluang bagi pelajar melihat secara langsung aplikasi teknologi terkini dan mempelajari bagaimana cabaran dalam proses transformasi digital.
Program lawatan dimulakan dengan sesi taklimat yang disampaikan oleh Ketua Bahagian Pengurusan Koleksi dan Perkhidmatan Perpustakaan yang merangkumi pengenalan kepada struktur organisasi, rangkaian perpustakaan serta pendekatan teknologi yang digunakan dalam penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat.
Seterusnya, para pelajar telah mengikuti sesi lawatan berpandu ke seluruh ruang dan fasiliti perpustakaan. Hal ini memberi peluang kepada mereka untuk melihat secara langsung operasi perkhidmatan pelanggan, ruang teknologi maklumat, serta kemudahan digital yang disediakan untuk menyokong pembelajaran kendiri dan literasi maklumat.
Lawatan diakhiri dengan sesi soal jawab yang berlangsung dalam suasana interaktif dan ilmiah. Pelajar mengambil peluang untuk bertanya mengenai aspek strategik dan operasional transformasi digital yang sedang dilaksanakan oleh perpustakaan.
Pihak PERPUSTAM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pelajar jurusan Sarjana Muda Pengurusan Teknologi Perniagaan Universiti Teknologi MARA (UiTM) Bandaraya Melaka kerana sudi berkunjung kesini.
Semoga kunjungan ini memberi manfaat serta menjadi pemangkin kepada perkongsian ilmu dan kerjasama strategik yang berterusan pada masa akan datang.








