PERPUSTAM mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada peserta yang telah berjaya menjuarai Kuiz Pameran Dalam Talian sempena program Jom Baca Bersama 10 Minit pada 23 April 2025.
Anda telah membuktikan bahawa ilmu pengetahuan adalah aset paling berharga.
Terima kasih atas penyertaan yang cemerlang dan semangat ingin tahu yang tinggi!
Kami juga mengucapkan terima kasih kepada semua peserta yang telah mengambil bahagian.
Teruskan menyokong budaya membaca dan pembelajaran sepanjang hayat!

- Published in Arkib Pengumuman, Pengumuman
No Comments
Karnival STEM X Iskandar 2025 bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Iskandar Shah, Melaka
Tuesday, 2025
30 APRIL 2025 | RABU
PERPUSTAM telah dijemput bagi mengadakan pameran bersempena Karnival STEM X Iskandar 2025 bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Iskandar Shah, Melaka.
Pelbagai aktiviti menarik dijalankan antaranya :
Terima kasih kepada pihak sekolah atas jemputan ini.

- Published in Aktiviti, Aktiviti 2025, Arkib Aktiviti
Minggu Bahasa Melayu Peringkat Sekolah bertempat di Sekolah Kebangsaan Tangga Batu, Melaka
Tuesday, 2025
25 APRIL 2025 | JUMAAT
PERPUSTAM telah dijemput bagi mengadakan pameran bersempena Minggu Bahasa Melayu Peringkat Sekolah bertempat di Sekolah Kebangsaan Tangga Batu, Melaka.
Pelbagai aktiviti menarik dijalankan antaranya :
Terima kasih kepada pihak sekolah atas jemputan ini.

- Published in Aktiviti, Aktiviti 2025, Arkib Aktiviti
Peminjam Aktif Terbanyak
Tuesday, 2025
Usai Majlis Peluncuran Anugerah Melaka Membaca Sempena Program Jom Baca Bersama 10 Minit Peringkat Negeri Melaka Tahun 2025 telah diadakan sesi penyampaian hadiah kepada Pembaca Aktif Tahun 2024 bagi memberi penghargaan kepada para peminjam buku di seluruh rangkaian Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka. PERPUSTAM mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada :
Semoga penghargaan ini mampu menjadi pendorong untuk mereka istiqamah dalam menjadikan Perpustakaan sebagai pusat pencarian ilmu nombor satu berbanding yang lain.

- Published in Aktiviti, Aktiviti 2025, Arkib Aktiviti
Kursus Artificial Intelligence (AI)
Tuesday, 2025
Dalam kesibukan dan kepadatan program yang diadakan bersempena Program Jom Baca Bersama 10 Minit Peringkat Negeri Melaka Tahun 2025 telah diselitkan juga satu Kursus Artificial Intelligence (AI) bertempat di Perpustakaan Digital.
Kursus ini telah disampaikan oleh seorang pakar dalam bidang teknologi dan kecerdasan buatan iaitu Encik Muhammad Syahid bin Hasenan dari Melaka ICT Holding Sdn Bhd. Sepanjang kursus ini beliau telah berkongsi pelbagai ilmu dan pandangan bernas berkaitan AI serta peranannya dalam pembangunan kandungan pembelajaran dan budaya membaca.
Kursus ini bukan sahaja membuka mata para peserta tentang potensi besar AI, malah turut menghubungkan tema teknologi dengan dunia literasi secara kreatif dan inovatif.
Terima kasih kepada semua peserta yang hadir serta pihak urusetia yang menjayakan kursus ini. Semoga pendedahan ini menjadi titik permulaan ke arah masyarakat celik teknologi dan celik ilmu.

- Published in Aktiviti, Aktiviti 2025, Arkib Aktiviti
Bicara Bedah Buku
Tuesday, 2025
Pengisian yang menjadi satu kemestian apabila mengadakan Program Jom Baca Bersama 10 Minit ialah Bicara Bedah Buku. Ia adalah satu ruang yang mana seseorang penulis buku mengulas atau membedah buku yang ditulis untuk memberi pemahaman yang lebih lanjut dan mendalam kepada pembaca.
Sempena Majlis Peluncuran Anugerah Melaka Membaca Sempena Program Jom Baca Bersama 10 Minit Peringkat Negeri Melaka Tahun 2025, PERPUSTAM membawakan khas Mejar (B) Mohammad Qayyum A. Badaruddin penulis buku bertajuk “Memberi Makna Dalam Hidup” untuk mengupas buku tulisan beliau.
Program ini telah menyaksikan sesi soal jawab yang interaktif, membuktikan minat dan semangat tinggi dalam kalangan peserta untuk terus menyemarakkan budaya membaca dalam komuniti.
Terima kasih kepada semua yang telah menjayakan program ini. Semoga program ini menjadi pemangkin kepada minat membaca yang berterusan.

- Published in Aktiviti, Aktiviti 2025, Arkib Aktiviti
Terima kasih yang tidak terhingga kepada YAB Datuk Seri Utama atas sokongan dalam menjayakan Program Jom Baca Bersama 10 Minit Peringkat Negeri Melaka Tahun 2025

- Published in Aktiviti, Aktiviti 2025, Arkib Aktiviti
Pertandingan Jejak Maklumat
Tuesday, 2025
Majlis Peluncuran Anugerah Melaka Membaca sempena Program Jom Baca Bersama 10 Minit Peringkat Negeri Melaka Tahun 2025 dimeriahkan dan digegarkan dengan Pertandingan Jejak Maklumat iaitu satu program kemahiran pencarian maklumat dan ilmu dalam bentuk santai dan menarik.
Terima kasih kepada para pelajar dan juga guru pengiring serta sekolah atas penyertaan ini. Syabas dan tahniah kepada semua pemenang. Semoga membawa sesuatu yang positif dalam penyertaan pertandingan ini.

- Published in Aktiviti, Aktiviti 2025, Arkib Aktiviti
PERTANDINGAN MEWARNA OKU
Tuesday, 2025
Bersempena dengan Majlis Peluncuran Anugerah Melaka Membaca sempena Program Jom Baca Bersama 10 Minit Peringkat Negeri Melaka Tahun 2025, PERPUSTAM tidak melupakan pelajar Orang Kelainan Upaya (OKU) dengan mengadakan Pertandingan Mewarna.
Berbakat juga adik-adik kita mewarna dengan penuh ketekunan dan kesungguhan. Syabas dan tahniah kepada semua pemenang dan tidak dilupakan kepada guru-guru pengiring serta terima semua pihak yang telah menjayakan Pertandingan Mewarna bagi Pelajar Orang Kelainan Upaya (OKU) pada hari ini.

- Published in Aktiviti, Aktiviti 2025, Arkib Aktiviti
Pertandingan Mewarna
Tuesday, 2025
Tidak lengkap Majlis Peluncuran Anugerah Melaka Membaca sempena Program Jom Baca Bersama 10 Minit Peringkat Negeri Melaka Tahun 2025 tanpa Pertandingan Mewarna untuk kanak-kanak Pra Sekolah/ Tabika/Tadika . Seronok melihat keletah anak-anak kita mewarna. Syabas dan tahniah kepada semua pemenang. Terima kasih kepada semua guru dan ibu bapa yang telah menjayakan Pertandingan Mewarna pada hari ini.

- Published in Aktiviti, Aktiviti 2025, Arkib Aktiviti














