Majlis Perasmian Program Komuniti WRUR Perpustakaan Di Hatiku, Buku Sahabatku @ PD Bertam Hulu
Monday, 2025
PERPUSTAM tampil dengan gaya baharu!
20 Mei 2025 di Majlis Perasmian Program Komuniti WRUR Perpustakaan Di Hatiku, Buku Sahabatku @ PD Bertam Hulu, sempena Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat DUN Sungai Udang, kami bawakan sesuatu yang fresh untuk komuniti!
Jom terokai Zon Interaktif Bersama PERPUSTAM – ADA Virtual Reality (VR), Augmented Reality (AR), Wall@Life, Matt@Life, CodBits Coding, Permainan Robotik – Sumo Robot, serta promosi Zon Digital PERPUSTAM dan u-Pustaka : u-Library yang pasti buat pengalaman membaca jadi lebih seronok dan penuh gaya!
Jumpa kami di lokasi seterusnya!
“Wakil Rakyat & Perpustakaan: Bersama Membina Komuniti.”

- Published in Aktiviti, Aktiviti 2025, Arkib Aktiviti
No Comments
Alhamdulillah, selesai sudah Program Komuniti WRUR: Perpustakaan Dihatiku, Buku Sahabatku di Perpustakaan Desa Bertam Hulu sempena Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) DUN Sungai Udang.
Majlis Perasmian Program disempurnakan oleh YB Datuk Rais bin Datuk Wira Yasin, Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana merangkap ADUN Paya Rumput. Turut hadir Yang Berusaha Encik Mohamed Aizammuddy bin Mohamed Idris, Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka dan Yang Berusaha Encik Mohd Zaidi bin Md Said, Pengerusi JPKK Kampung Bertam Hulu.
Suasana meriah, sambutan hangat dari komuniti setempat dan penuh dengan aktiviti yang bermanfaat. Semoga usaha kecil ini terus menyemai minat membaca dan menjadikan perpustakaan sebagai tempat yang dekat di hati semua.
Terima kasih kepada semua yang terlibat!



“Wakil Rakyat & Perpustakaan: Bersama Membina Komuniti.”

- Published in Aktiviti, Aktiviti 2025, Arkib Aktiviti
Pada 19 Mei 2025, PERPUSTAM turut menerima undangan padang SK Seri Duyong pada 19 Mei 2025 sempena Program NILAM dan Pelantikan Wartawan Cilik TVPSS
Dah turun padang tu, macam-macam aktiviti menarik kami bawa untuk pelajar-pelajar:
Terima kasih SK Seri Duyong, Melaka atas jemputan dan layanan mesra. Jumpa lagi di program akan datang!

- Published in Aktiviti, Aktiviti 2025, Arkib Aktiviti
Majlis Perpisahan Pelajar Praktikal
Thursday, 2025
Majlis Perpisahan Pelajar Praktikal iaitu Cik Nur Fatin Nuwairah binti Muhamad yang akan menamatkan Latihan Industri Di PERPUSTAM . Cik Nur Fatin Nuwairah binti Muhamad telah menjalani Latihan Industri Di PERPUSTAM dari 07 April 2025 hingga 19 Mei 2025. Warga PERPUSTAM mendoakan kesejahteraan dan kejayaan kepada Cik Nur Fatin Nuwairah binti Muhamad didalam segala bidang lapangan kerjaya yang bakal ditempuhi pada masa akan datang.

- Published in Aktiviti, Aktiviti 2025, Arkib Aktiviti
Program Nilam @ SK Sri Laksamana
Thursday, 2025
PERPUSTAM turun padang lagi, Kali ini ke SK Sri Laksamana pada 19 Mei 2025 sempena Program NILAM.
Macam-macam aktiviti menarik kami bawa untuk pelajar-pelajar:
Terima kasih SK Sri Laksamana atas jemputan dan layanan mesra. Jumpa lagi di program akan datang!

- Published in Aktiviti, Aktiviti 2025, Arkib Aktiviti
MAJLIS PERASMIAN PELANCARAN PROGRAM NILAM
Thursday, 2025
19 MEI 2025 | ISNIN
Majlis Perasmian Pelancaran Program NILAM 2025 SK Sri Laksamana telah berlangsung dengan penuh meriah.
Majlis ini telah dirasmikan oleh En. Mohamed Aizammuddy bin Mohamed Idris, Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka (PERPUSTAM), yang turut menyampaikan amanat penting berkaitan budaya membaca dan peranan bahasa dalam pembentukan jati diri pelajar.
Pelaksanaan program ini diharap dapat menyemarakkan lagi budaya ilmu dan memperkukuh jati diri pelajar selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI dan inisiatif Melaka Membaca.

- Published in Aktiviti, Aktiviti 2025, Arkib Aktiviti
Perpustakaan Digital Melaka pada Hari Wesak
Thursday, 2025
Perpustakaan Digital Melaka dibuka hari ini sempena Hari Wesak, dan sambutannya sangat menggalakkan
Ramai pengunjung hadir khususnya pelajar untuk memanfaatkan kemudahan yang disediakan dari ruang pembacaan selesa hingga akses digital

- Published in Aktiviti, Aktiviti 2025, Arkib Aktiviti
Program Nilam & Sahabat Bahasa @ SMK Paya Rumput
Thursday, 2025
PERPUSTAM berkesempatan turun padang ke SMK Paya Rumput pada 7 & 8 Mei 2025 sempena Program NILAM & Sahabat Bahasa.
Macam-macam aktiviti menarik kami bawa untuk pelajar-pelajar:
Terima kasih SMK Paya Rumput atas jemputan dan layanan mesra. Jumpa lagi di program akan datang!

- Published in Aktiviti, Aktiviti 2025, Arkib Aktiviti
MAJLIS PELUNCURAN NILAM & SAHABAT BAHASA
Thursday, 2025
7 MEI 2025 | RABU
Majlis Peluncuran Program NILAM dan Sahabat Bahasa anjuran Pusat Sumber Sekolah dan Bidang Bahasa SMK Paya Rumput telah berlangsung dengan penuh meriah di Dataran Prissma.
Majlis ini telah dirasmikan oleh En. Mohamed Aizammuddy bin Mohamed Idris, Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka (PERPUSTAM), yang turut menyampaikan amanat penting berkaitan budaya membaca dan peranan bahasa dalam pembentukan jati diri pelajar.
Pelaksanaan program ini diharap dapat menyemarakkan lagi budaya ilmu dan memperkukuh jati diri pelajar selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI dan inisiatif Melaka Membaca.

- Published in Aktiviti, Aktiviti 2025, Arkib Aktiviti
Lawatan daripada Tadika Galaksi
Thursday, 2025
7 MEI 2025 | RABU
Hari ini suasana di PERPUSTAM jadi luar biasa dan meriah dengan kehadiran adik-adik comel dari Tadika Galaksi yang datang melawat kami.

Dari awal pagi, gelak tawa dan keceriaan mereka menceriakan segenap ruang. Dengan semangat ingin tahu yang tinggi, mereka begitu teruja menyertai pelbagai aktiviti menarik yang kami sediakan.


Antara aktiviti yang paling mendapat sambutan ialah :
Seronok tengok wajah-wajah ceria mereka yang tak sabar nak belajar dan meneroka dunia sekeliling mereka.
Terima kasih yang tidak terhingga kepada para guru dan warga Tadika Galaksi atas kunjungan ini. Semoga kenangan manis hari ini menjadi inspirasi buat adik-adik terus belajar dan bercita-cita tinggi.

Jumpa lagi di lain masa! 

- Published in Aktiviti, Aktiviti 2025, Arkib Aktiviti














