17 Julai 2025 (Khamis) – Satu sesi latihan penggunaan aplikasi baharu iaitu Grolier Super Reader telah diadakan bertempat di ruang santai. Latihan ini disertai oleh kakitangan dari Perpustakaan Negeri, Perpustakaan Cawangan dan Perpustakaan Komuniti.
Untuk makluman semua, Grolier Super Reader menampilkan tablet dengan 310 e-buku berperingkat dan 1,000 aktiviti daripada siri Sunshine Books oleh Dame Wendy Pye iaitu seorang profesional kesusasteraan dan penerbit dari New Zealand.
Pembelajaran bahasa Inggeris menjadi lebih menyeronokkan melalui cerita-cerita yang menarik dan aktiviti interaktif yang berkesan untuk membina kemahiran Fonik dan Perkataan, Kefahaman, Kefasihan dan Penulisan.
Semoga aplikasi baharu ini mampu menjadi satu alternatif untuk menarik kehadiran anak-anak muda untuk membaca buku secara digital di seluruh rangkaian Perpustakaan sekaligus melahirkan insan membaca dan celik maklumat.









