BENGKEL LITERASI MAKLUMAT DAN PAMERAN PERPUSTAKAAN DI SJKC PAY CHEE, PULAU SEBANG
14 Ogos 2025 (Khamis) – Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka (PERPUSTAM) telah dijemput bagi mengadakan Bengkel Literasi Maklumat dan Pameran Perpustakaan bertempat di SJKC Pay Chee, Pulau Sebang, dengan penglibatan aktif daripada guru dan pelajar sekolah.
Salah satu komponen utama bengkel ini ialah pengenalan kepada perkhidmatan u-Pustaka : u-Library, iaitu sebuah platform digital bersepadu yang menyediakan akses kepada pelbagai sumber ilmu secara dalam talian.
Pelajar dan guru dibimbing mengenai cara-cara menggunakan u-Pustaka : u-Library dengan efektif, termasuk carian bahan digital, peminjaman e-buku, dan penyertaan dalam program literasi digital yang ditawarkan secara maya.
Usai bengkel literasi maklumat, turut berlangsung Pameran Perpustakaan yang mengetengahkan pelbagai aktiviti interaktif dan informatif yang bertujuan untuk menarik minat pelajar terhadap dunia pembacaan, teknologi dan inovasi. Antaranya :
PERPUSTAM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak SJKC Pay Chee, Pulau Sebang atas jemputan ini.



- Published in Aktiviti, Aktiviti 2025, Arkib Aktiviti
No Comments
MAJLIS PENUTUP KURSUS KE ARAH TRANSFORMASI PERKHIDMATAN PERPUSTAKAAN
13 Ogos 2025 (Rabu) – Kursus Ke Arah Transformasi Perkhidmatan Perpustakaan anjuran Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka (PERPUSTAM) yang berlangsung selama tiga hari, bermula 11 hingga 13 Ogos 2025, telah melabuhkan tirainya dengan jayanya.
Kursus ini telah menghimpunkan para peserta daripada Perpustakaan Awam Negeri dan Perpustakaan Akademik dengan objektif untuk memperkasakan kemahiran serta membina pemikiran baharu dalam menyediakan perkhidmatan perpustakaan yang lebih dinamik, mesra pelanggan dan selari dengan perkembangan teknologi semasa.
Antara pengisian utama sepanjang kursus ini termasuk:
Pihak PERPUSTAM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada barisan penceramah yang telah memberikan sumbangan ilmu dan pengalaman yang amat bermakna sepanjang kursus ini:
Majlis penutup kursus ini telah disempurnakan oleh Encik Mohamed Aizammuddy bin Mohamed Idris, Pengarah PERPUSTAM yang turut menyampaikan amanat penting berkaitan aspirasi transformasi perkhidmatan perpustakaan ke arah kecemerlangan dan kelestarian masa depan.
Adalah diharapkan agar segala ilmu dan pengalaman yang diperoleh sepanjang kursus ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh semua peserta dalam usaha meningkatkan mutu perkhidmatan di perpustakaan masing-masing.
Sekalung tahniah dan terima kasih kepada semua yang terlibat. Semoga inisiatif transformasi ini akan terus diteruskan dengan semangat yang tinggi demi kemajuan dunia perpustakaan tanah air.


- Published in Aktiviti, Aktiviti 2025, Arkib Aktiviti
KURSUS KE ARAH TRANSFORMASI PERKHIDMATAN PERPUSTAKAAN
Thursday, 2025
KURSUS KE ARAH TRANSFORMASI PERKHIDMATAN PERPUSTAKAAN
HARI KETIGA

- Published in Aktiviti, Aktiviti 2025, Arkib Aktiviti
KURSUS KE ARAH TRANSFORMASI PERKHIDMATAN PERPUSTAKAAN
Thursday, 2025
KURSUS KE ARAH TRANSFORMASI PERKHIDMATAN PERPUSTAKAAN
HARI KEDUA

- Published in Aktiviti, Aktiviti 2025, Arkib Aktiviti
KURSUS KE ARAH TRANSFORMASI PERKHIDMATAN PERPUSTAKAAN
Thursday, 2025
KURSUS KE ARAH TRANSFORMASI PERKHIDMATAN PERPUSTAKAAN
HARI PERTAMA

- Published in Aktiviti, Aktiviti 2025, Arkib Aktiviti
LAWATAN DARI TADIKA JAIM TAMAN BAHAGIA BUKIT BARU DALAM
Thursday, 2025
LAWATAN DARI TADIKA JAIM TAMAN BAHAGIA BUKIT BARU DALAM
Alhamdulillah, hari ini murid-murid Tadika JAIM Taman Bahagia Bukit Baru Dalam telah berjaya menjalani satu lawatan yang sangat menyeronokkan di Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka (PERPUSTAM), Bukit Baru!
Antara aktiviti menarik yang telah menceriakan hari mereka :
Terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kami ucapkan kepada Tadika JAIM Taman Bahagia Bukit Baru Dalam atas kesudian mengadakan lawatan ke PERPUSTAM.
Semoga lawatan ini jadi kenangan manis dan pembakar semangat untuk anak-anak kecil kita cintakan ilmu sejak dari awal usia 



- Published in Aktiviti, Aktiviti 2025, Arkib Aktiviti
Mesyuarat Penutup berkenaan Penyata Kewangan Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka (PERPUSTAM)
Wednesday, 2025
12 Ogos 2025 (Selasa) – Mesyuarat Penutup berkenaan Penyata Kewangan Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka (PERPUSTAM) bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024 telah diadakan dengan jayanya.
Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh En. Mohamed Aizammuddy Bin Mohamed Idris, Pengarah PERPUSTAM, dan turut dihadiri oleh En. Khairul Azrin Bin Mod Rifat, Pengarah Audit Negeri Melaka, bersama pegawai-pegawai dari Jabatan Audit Negeri serta semua pegawai kanan PERPUSTAM.
Mesyuarat ini bertujuan untuk membentangkan serta membincangkan hasil dapatan audit ke atas penyata kewangan PERPUSTAM, selain memastikan pematuhan terhadap piawaian pelaporan kewangan sektor awam dan tatakelola kewangan yang berintegriti.
Pihak PERPUSTAM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Jabatan Audit Negeri Melaka atas kerjasama dan panduan profesional yang diberikan sepanjang proses pengauditan dijalankan.


- Published in Aktiviti, Aktiviti 2025, Arkib Aktiviti
Kita kembali dengan Karnival Gerakan Membaca sempena Sambutan Bulan Kebangsaan Tahun 2025 

- Published in Arkib Pengumuman, Pengumuman
Syukur Alhamdulillah ! Program Komuniti Jom Ke Perpustakaan Cawangan Alor Gajah Sempena Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dun Rembia telah berlangsung dengan penuh warna-warni dan semangat komuniti pada 9 Ogos 2025 (Sabtu).
Program ini dirasmikan oleh YB Datuk Fairul Nizam bin Roslan, Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital Merangkap Penyelaras Dun Rembia dan turut dihadiri YB Datuk Haji Rosli bin Abdullah, Pengerusi Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka.
Terima kasih kepada semua yang menjayakan program pada kali ini! 
Jumpa lagi di program akan datang! Teruskan menyokong perpustakaan sebagai pusat ilmu dan komuniti. 


- Published in Aktiviti, Aktiviti 2025, Arkib Aktiviti
Program Komuniti Jom Ke Perpustakaan Cawangan Alor Gajah Sempena Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dun Rembia
Monday, 2025
Bukan sekadar buku – ada aktiviti menarik, ilmu bermanfaat dan peluang eratkan komuniti!
Ramai sungguh hari ini yang hadir ke Program Komuniti Jom Ke Perpustakaan Cawangan Alor Gajah Sempena Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dun Rembia pada 9 Ogos 2025 (Sabtu).
Pelbagai aktiviti disediakan:
– Pertandingan Mewarna (Pra/ Tadika, Tahap 1, Tahap 2, Pendidikan Khas)
– Pertandingan Pakaian Beragam (Pra/ Tadika)
– Payung Berhias (Tahap 1)
– Buku Skrap Kemerdekaan (Tahap 2)
– Arca Kemerdekaan (Dewasa)
– Teka Berat Buku (Terbuka)
– Teka Jumlah Kacang (Terbuka)
– Pengunjung Bertuah (Terbuka)
– Jualan Buku & Zon Interaktif PERPUSTAM
– Kuiz bersama Perpustakaan Desa PNM
– Pameran Kesihatan
– Pameran Kolej Vokasional Datuk Seri Mohd Zin
– Pameran Kolej Komuniti Selandar
– Pameran Hanizah Optometri
– Farm Fresh


- Published in Aktiviti, Aktiviti 2025, Arkib Aktiviti














