LAWATAN BERSAMA DARI TABIKA KEMAS BISTARI BUKIT KATIL, TABIKA KEMAS TAMAN SAUJANA INDAH DAN TABIKA KEMAS PADANG JAMBU
Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka (PERPUSTAM) sangat mengalu-alukan kehadiran anak-anak comel dan para guru dari Tabika Kemas Bistari Bukit Katil, Tabika Kemas Taman Saujana Indah dan Tabika Kemas Padang jambu.
Lawatan ini bertujuan untuk memperkenalkan segala perkhidmatan yang disediakan di perpustakaan selain pendedahan tentang kepentingan ilmu pengetahuan melalui pembacaan serta memupuk minat membaca sejak usia muda.
Pelbagai aktiviti pendidikan yang menarik telah diatur, termasuk lah :
PERPUSTAM amat berterima kasih kepada guru-guru dan murid-murid yang telah hadir dengan semangat yang tinggi. Semoga lawatan ini dapat memberi inspirasi dan galakan kepada generasi muda untuk menjadikan membaca sebagai satu kebiasaan dalam kehidupan mereka.
Perpustakaan akan terus komited dalam menyediakan ruang ilmu yang bermanfaat bagi semua lapisan masyarakat. Semoga hubungan perpustakaan dan pihak Tabika Kemas terus erat dan memberi manfaat kepada masyarakat









