Lawatan & Temu Bual oleh PNM di PERPUSTAM
Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) melalui Bahagian Penyelidikan telah mengadakan sesi lawatan dan temu bual bersama warga PERPUSTAM sempena pelaksanaan Kajian Perpustakaan Digital di Malaysia.
Kajian ini bertujuan memahami tahap kefahaman dan pandangan pustakawan terhadap perkhidmatan perpustakaan digital di seluruh negara.
Terima kasih atas kepercayaan PNM. Semoga perkongsian daripada kami di PERPUSTAM dapat menyumbang ke arah kemajuan dunia perpustakaan digital tanah air









