PERPUSTAM Terus Meluaskan Jaringan Perpustakaan Kerjasama
PERPUSTAM kini giat memperluaskan lagi inisiatif Perpustakaan Kerjasama yang telah lama dilaksanakan bersama pelbagai agensi.
Terkini, satu sesi perbincangan telah diadakan bersama Penjara Sungai Udang, Melaka bagi memperkasakan perpustakaan di dalam institusi pemulihan tersebut . Ini selaras dengan misi kami untuk menjadikan perpustakaan sebagai medium pembangunan sahsiah dan literasi untuk semua golongan masyarakat.
PERPUSTAM amat menghargai komitmen dan keterbukaan pihak Penjara Sungai Udang dalam menjayakan usaha murni ini bagi memperluaskan capaian perpustakaan kepada komuniti yang kurang mendapat akses









