SESI KUNJUNGAN HORMAT
29 Julai 2025 (Selasa) – Wakil-wakil Kesatuan Pegawai Eksekutif (KEPAK) Negeri Melaka telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Pengarah PERPUSTAM. Dalam sesi ini, KEPAK turut menyerahkan senaskah buku hasil penyelidikan sebagai simbolik sumbangan ilmu kepada institusi perpustakaan negeri.
Dalam sesi pertemuan tersebut, pihak KEPAK telah diberi taklimat ringkas mengenai perkhidmatan PERPUSTAM dan turut diberi penerangan mengenai Anugerah Melaka Membaca 2025 dan Pesta Buku Melaka 2025.
Kunjungan ini turut diakhiri dengan lawatan ke Perpustakaan Digital di mana pegawai-pegawai KEPAK berpeluang melihat sendiri pelbagai kemudahan moden dan teknologi pintar yang ditawarkan kepada pengunjung.









