PESTA BUKU MELAKA 2025
Friday, 2025
PESTA BUKU MELAKA 2025
Sedang Berlansung : Bengkel & Pertandingan Robotik Kategori Sekolah Rendah dan Menengah.

- Published in Aktiviti, Aktiviti 2025, Arkib Aktiviti
No Comments
PESTA BUKU MELAKA 2025
Friday, 2025
PESTA BUKU MELAKA 2025
KEPUTUSAN PERTANDINGAN KALAM JAMAI’E | SEKOLAH RENDAH (TAHAP 2)
• Annur (SK Kampong Gelam)
• Mursyidah Roses (SRITI Al-Fatah)

- Published in Aktiviti, Aktiviti 2025, Arkib Aktiviti
PESTA BUKU MELAKA 2025
Friday, 2025
PESTA BUKU MELAKA 2025
PERTANDINGAN KALAM JAMAI’E | SEKOLAH RENDAH (TAHAP 2)
Seramai 5 kumpulan berentap mempersembahkan kebolehan mereka dalam seni Kalam Jamai’e.

- Published in Aktiviti, Aktiviti 2025, Arkib Aktiviti
PESTA BUKU MELAKA 2025
Friday, 2025
PESTA BUKU MELAKA 2025
SESI PERKONGSIAN : “REMAJA, JALAN GELAP DAN SINAR HARAPAN”

- Published in Aktiviti, Aktiviti 2025, Arkib Aktiviti
PROGRAM SEMARAK PENDIDIKAN DAERAH JASIN TAHUN 2025
Friday, 2025
PROGRAM SEMARAK PENDIDIKAN DAERAH JASIN TAHUN 2025
PERPUSTAM telah dijemput bagi mengadakan pameran di PPD Jasin yang telah berlangsung dengan jayanya selama 3 hari bermula 9 hingga 11 September 2025.
Pameran ini bukan sahaja bertujuan untuk memperkaya pengalaman membaca dalam kalangan pelajar, tetapi juga membuka pintu kepada inovasi pendidikan melalui teknologi terkini.
Beberapa aktiviti utama yang telah dijalankan sepanjang pameran ini adalah:
Pihak PERPUSTAM ingin mengucapkan terima kasih kepada PPD Jasin dan semua pengunjung yang hadir.
Semoga usaha ini dapat diteruskan demi mencipta generasi yang celik maklumat dan teknologi untuk masa depan yang lebih cemerlang.


- Published in Aktiviti, Aktiviti 2025, Arkib Aktiviti
AKTIVITI CUTI SEKOLAH
Friday, 2025
“MARI MENEROKA KEMANISAN BERSAMA PERPUSTAM“
Serikan Cuti


Maniskan Hati


Hari Khamis adik-adik diceriakan dengan aktiviti DIY bersama Kak Shikin yang sangat kreatif dan menyeronokkan. Adik-adik diberi peluang untuk menghasilkan belon udara panas mereka sendiri menggunakan pelbagai bahan yang boleh diperolehi seperti cawan kertas, kertas warna dan belon. Masing-masing begitu teruja memilih warna, melukis corak, dan menghias cawan kertas mengikut cita rasa sendiri. Hasilnya? Belon udara panas yang unik dan penuh warna-warni, sama seperti senyuman di wajah mereka.
Sesi petang pula, suasana menjadi lebih gempak apabila tiba giliran Kak Maryam mengendalikan aktiviti yang mengeluarkan peluh dan menguji minda serta ketangkasan adik-adik. Aktiviti ini bukan sahaja mencabar minda dan fokus, tapi juga mengajar adik-adik bersaing secara sihat. Sorakan, gelak tawa dan semangat kawan-kawan menjadikan permainan ini antara yang paling menyeronokkan hari ini!
Ayuh adik-adik kita manfaatkan masa terluang sepanjang cuti sekolah ini di Perpustakaan.
Penyertaan adalah PERCUMA! Maghi Lerr…
Cuti sekolah ni nak ke mana lagi?

- Published in Aktiviti, Aktiviti 2025, Arkib Aktiviti
AKTIVITI CUTI SEKOLAH
Friday, 2025
AKTIVITI CUTI SEKOLAH
Serikan Cuti

Maniskan Hati 

Sempena Cuti Sekolah ini…
Cuti sekolah ni nak ke mana lagi?

- Published in Aktiviti, Aktiviti 2025, Arkib Aktiviti
MAJLIS PERPISAHAN PELAJAR PRAKTIKAL
Friday, 2025
MAJLIS PERPISAHAN PELAJAR PRAKTIKAL
11 September 2025 (Khamis) – Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka (PERPUSTAM) dengan rasa penuh penghargaan mengucapkan terima kasih kepada pelajar praktikal yang telah menjalani latihan di PERPUSTAM.
Pelajar-pelajar yang diraikan dalam majlis tersebut adalah seperti berikut: :
1) Zul Iskandar Bin Mohd Tahir
2) Iman Qistina binti Mohd Ismail
3) Nur Zhafirah Binti Rahim
Segala pengalaman dan dedikasi yang ditunjukkan sepanjang tempoh latihan amat dihargai. Kami doakan kejayaan berterusan dalam setiap langkah perjalanan anda!
Semoga segala ilmu yang diperoleh di sini menjadi bekalan untuk masa depan yang cemerlang. Terima kasih atas komitmen dan sumbangan anda. Selamat maju jaya!


- Published in Aktiviti, Aktiviti 2025, Arkib Aktiviti
KARNIVAL SEMARAK CINTA RASUL SEMPENA MAULIDUR RASUL 1447H PERINGKAT NEGERI MELAKA TAHUN 2025
Tuesday, 2025
KARNIVAL SEMARAK CINTA RASUL SEMPENA MAULIDUR RASUL 1447H PERINGKAT NEGERI MELAKA TAHUN 2025
Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka (PERPUSTAM) telah mengambil bahagian dalam Karnival Semarak Cinta Rasul sempena sambutan Maulidur Rasul 1447H Peringkat Negeri Melaka Tahun 2025 bertempat di Dataran Pusat Islam yang berlangsung bermula 04 hingga 07 September 2025.
Sepanjang karnival ini, PERPUSTAM telah membawakan pelbagai aktiviti menarik untuk semua peringkat umur, antaranya Pameran Perpustakaan, Permainan Interaktif, Jualan Buku dan banyak lagi.
Penyertaan ini adalah sebahagian daripada usaha PERPUSTAM dalam menyemarakkan budaya ilmu dan kecintaan terhadap Rasulullah SAW dalam kalangan masyarakat.
Terima kasih kepada semua pengunjung yang sudi memeriahkan booth PERPUSTAM. Jumpa lagi di program akan datang!


- Published in Aktiviti, Aktiviti 2025, Arkib Aktiviti
MAJLIS PERHIMPUNAN DAN PERARAKAN SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT NEGERI MELAKA 1447H/2025M
Tuesday, 2025
MAJLIS PERHIMPUNAN DAN PERARAKAN SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT NEGERI MELAKA 1447H/2025M
Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada seluruh kontinjen PERPUSTAM atas penyertaan dalam perarakan sempena Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Melaka Tahun 2025.
Penyertaan ini bukan sahaja memperlihatkan semangat kecintaan terhadap Rasulullah SAW, malah mencerminkan komitmen tinggi warga PERPUSTAM dalam menjunjung syiar Islam serta memperkukuh peranan institusi ilmu dalam masyarakat.
Semoga semangat ini terus hidup dan menjadi inspirasi dalam memperkasa umat melalui pembacaan, pendidikan dan penghayatan ilmu.


- Published in Aktiviti, Aktiviti 2025, Arkib Aktiviti














