Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka (PERPUSTAM) telah menganjurkan Program Pembudayaan Perkhidmatan Cemerlang sebagai inisiatif berterusan dalam memperkukuh budaya kerja cemerlang, memperkasakan nilai integriti, profesionalisme dan akauntabiliti serta menyemai semangat kerja berpasukan dalam kalangan warga PERPUSTAM.
Majlis ini bukan sahaja menjadi wadah memperkukuh komitmen terhadap penyampaian perkhidmatan awam yang berkualiti, malah turut menjadi medan menghargai jasa, pengorbanan dan kecemerlangan warga kerja yang telah memberikan sumbangan bermakna kepada organisasi.
Antara pengisian utama majlis ialah:
Semoga penganjuran program ini terus menyemarakkan budaya kecemerlangan, memperkukuh semangat kebersamaan serta meningkatkan motivasi warga PERPUSTAM untuk memberikan perkhidmatan yang berkualiti, cekap dan berintegriti demi memenuhi aspirasi organisasi dan harapan masyarakat.
“Kecemerlangan bukan sekadar pencapaian, tetapi budaya yang perlu dipupuk, diperkasa dan dikekalkan.”
Tahniah kepada semua penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2025 dan Anugerah MC Sifar Tahun 2025, serta setinggi-tinggi penghargaan kepada Encik Zakariah Bin Basidon atas segala jasa dan sumbangan sepanjang perkhidmatan beliau.









