PERPUSTAM berbesar hati menjalinkan kerjasama dengan Kolej Vokasional Perdagangan, Johor Bahru bagi pelaksanaan Program Menyemai Ilmu, Menabur Bakti: Khidmat Komuniti di PERPUSTAM.
Program yang melibatkan pelajar kursus MPU2412 Khidmat Komuniti ini bertujuan memupuk semangat kesukarelawanan, tanggungjawab sosial serta kerjasama dalam kalangan pelajar di samping memberi sokongan kepada operasi perpustakaan.
Antara aktiviti yang akan dilaksanakan ialah:
PERPUSTAM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Kolej Vokasional Perdagangan atas kepercayaan dan kesudian menjalin kerjasama dalam menjayakan program khidmat komuniti ini. Semoga jalinan kerjasama ini dapat diteruskan demi menyemai budaya ilmu dan semangat kesukarelawanan dalam kalangan masyarakat.








