MAJLIS PERHIMPUNAN DAN PERARAKAN SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT NEGERI MELAKA 1447H/2025M
Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada seluruh kontinjen PERPUSTAM atas penyertaan dalam perarakan sempena Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Melaka Tahun 2025.
Penyertaan ini bukan sahaja memperlihatkan semangat kecintaan terhadap Rasulullah SAW, malah mencerminkan komitmen tinggi warga PERPUSTAM dalam menjunjung syiar Islam serta memperkukuh peranan institusi ilmu dalam masyarakat.
Semoga semangat ini terus hidup dan menjadi inspirasi dalam memperkasa umat melalui pembacaan, pendidikan dan penghayatan ilmu.









