KARNIVAL SEMARAK CINTA RASUL SEMPENA MAULIDUR RASUL 1447H PERINGKAT NEGERI MELAKA TAHUN 2025
Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka (PERPUSTAM) telah mengambil bahagian dalam Karnival Semarak Cinta Rasul sempena sambutan Maulidur Rasul 1447H Peringkat Negeri Melaka Tahun 2025 bertempat di Dataran Pusat Islam yang berlangsung bermula 04 hingga 07 September 2025.
Sepanjang karnival ini, PERPUSTAM telah membawakan pelbagai aktiviti menarik untuk semua peringkat umur, antaranya Pameran Perpustakaan, Permainan Interaktif, Jualan Buku dan banyak lagi.
Penyertaan ini adalah sebahagian daripada usaha PERPUSTAM dalam menyemarakkan budaya ilmu dan kecintaan terhadap Rasulullah SAW dalam kalangan masyarakat.
Terima kasih kepada semua pengunjung yang sudi memeriahkan booth PERPUSTAM. Jumpa lagi di program akan datang!









