Tingkat 1, Pentas 2, The Shore Shopping Gallery, Melaka
SESI PERKONGSIAN : “REMAJA, JALAN GELAP DAN SINAR HARAPAN”
Bersama: Puan Hayati Masni binti Datuk Hj Abdul Azis (Pegawai, Sekolah Henry Gurney Telok Mas, Jabatan Penjara Malaysia)
Sesi yang penuh makna ini telah membuka ruang untuk para peserta memahami realiti kehidupan remaja yang terjebak dalam kancah gelap namun masih punya peluang untuk berubah dan bangkit dengan harapan baharu.
Terima kasih atas perkongsian yang menyentuh hati dan sarat dengan pengajaran. Moga menjadi titik tolak kepada perubahan positif dalam kalangan generasi muda.