LAWATAN SAMBIL BELAJAR
Thursday, 2025
LAWATAN SAMBIL BELAJAR
Alhamdulillah, setelah menerima lawatan penuh bermakna dari Pulau Pinang, kini PERPUSTAM menyambut lawatan dari Sekolah Menengan Kebangsaan Tambun, Perak.
Pelbagai aktiviti berinformasi telah disusun bagi memperkaya pengalaman para pelajar. Antaranya :
Kami berharap lawatan ini dapat memberi inspirasi kepada generasi muda untuk terus berkembang dalam dunia pembelajaran, sekaligus memupuk kecintaan terhadap ilmu dan maklumat yang berguna.
Terima kasih kepada semua yang telah menjayakan lawatan ini, serta kepada pihak sekolah yang sudi berkunjung ke sini. Semoga ini lawatan ini menjadi langkah pertama dalam memperkukuh budaya ilmu dalam kalangan pelajar sekolah.


- Published in Aktiviti, Aktiviti 2025, Arkib Aktiviti
No Comments
LAWATAN SAMBIL BELAJAR
Thursday, 2025
LAWATAN SAMBIL BELAJAR
Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka (PERPUSTAM) berbesar hati menerima kunjungan istimewa daripada warga Sekolah Kebangsaan Taman Senangan, Butterworth, Pulau Pinang yang sanggup merentas perjalanan jauh dari utara ke selatan Semenanjung Malaysia semata-mata demi memperkaya ilmu dan pengalaman para pelajar.
Lawatan ini bukan sekadar kunjungan, tetapi satu pengembaraan ilmu yang sarat dengan aktiviti menarik dan bermanfaat. Sepanjang sesi, para pelajar disajikan dengan pelbagai pengalaman baharu melalui:
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan. Semoga perjalanan ilmu ini menjadi kenangan terindah dan mencetuskan inspirasi untuk terus mencintai dunia pembacaan dan pengetahuan.


- Published in Aktiviti, Aktiviti 2025, Arkib Aktiviti
SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN 2025 PERINGKAT NEGERI MELAKA
Wednesday, 2025
SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN 2025 PERINGKAT NEGERI MELAKA
Kontinjen PERPUSTAM telah menyertai perarakan dan perbarisan sempena Sambutan Hari Kebangsaan Ke-68 peringkat Negeri Melaka. Penyertaan ini mencerminkan komitmen warga PERPUSTAM dalam menyemarakkan semangat patriotisme dan cintakan negara.
Tahniah dan penghargaan diucapkan kepada semua ahli kontinjen atas kerjasama dan semangat yang ditunjukkan sepanjang latihan dan pelaksanaan acara.
Semoga penglibatan ini menjadi pemangkin untuk terus menghayati erti kemerdekaan serta menyokong aspirasi Malaysia Madani: Rakyat Disantuni.

- Published in Aktiviti, Aktiviti 2025, Arkib Aktiviti
SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN 2025
Wednesday, 2025
SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN 2025
29 Ogos 2025 (Jumaat) – Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka (PERPUSTAM) telah menyertai raptai penuh perbarisan sempena Majlis Sambutan Hari Kebangsaan 2025 Peringkat Negeri Melaka yang akan berlangsung pada 31 Ogos nanti.
Raptai ini diadakan sebagai persiapan akhir bagi memastikan kelancaran perbarisan dan susun atur kontinjen yang terlibat. Kontinjen PERPUSTAM telah menunjukkan komitmen tinggi serta semangat patriotisme yang membanggakan sepanjang sesi raptai berlangsung.
Terima kasih kepada semua ahli kontinjen yang telah memberikan kerjasama sepenuhnya.
Mari kita terus semarakkan sambutan Hari Kebangsaan dengan penuh rasa cinta dan bangga terhadap tanah air tercinta! 
Jumpa di hari perbarisan, 31 Ogos 2025!


- Published in Aktiviti, Aktiviti 2025, Arkib Aktiviti








