“MARI MENEROKA KEMANISAN BERSAMA PERPUSTAM“
Serikan Cuti


Maniskan Hati


Hari Khamis adik-adik diceriakan dengan aktiviti DIY bersama Kak Shikin yang sangat kreatif dan menyeronokkan. Adik-adik diberi peluang untuk menghasilkan belon udara panas mereka sendiri menggunakan pelbagai bahan yang boleh diperolehi seperti cawan kertas, kertas warna dan belon. Masing-masing begitu teruja memilih warna, melukis corak, dan menghias cawan kertas mengikut cita rasa sendiri. Hasilnya? Belon udara panas yang unik dan penuh warna-warni, sama seperti senyuman di wajah mereka.
Sesi petang pula, suasana menjadi lebih gempak apabila tiba giliran Kak Maryam mengendalikan aktiviti yang mengeluarkan peluh dan menguji minda serta ketangkasan adik-adik. Aktiviti ini bukan sahaja mencabar minda dan fokus, tapi juga mengajar adik-adik bersaing secara sihat. Sorakan, gelak tawa dan semangat kawan-kawan menjadikan permainan ini antara yang paling menyeronokkan hari ini!
Ayuh adik-adik kita manfaatkan masa terluang sepanjang cuti sekolah ini di Perpustakaan.
Penyertaan adalah PERCUMA! Maghi Lerr…
Cuti sekolah ni nak ke mana lagi?








