TALIAN HOTLINE : 06-282 4859
  • Soalan Lazim
  • Hubungi Kami
  • Aduan
  • Peta Laman

PERPUSTAM

  • UTAMA
  • Info Korporat
    • Perutusan Pengarah
    • Ahli Lembaga Pengarah
    • Profil Pengurusan
    • Carta Organisasi
    • Kronologi
    • MS ISO 9001:2015
      • Perutusan Pengarah
      • Dasar Kualiti & Objektif Kualiti
    • MS ISO 37001:2016
    • Enakmen PERPUSTAM 75
    • Enakmen PERPUSTAM 93
  • Perkhidmatan
    • Perkhidmatan Perpustakaan
    • Peraturan Perpustakaan
    • Waktu Perkhidmatan
    • Syarat Keahlian
    • Kadar Sewa
    • Rangkaian Perpustakaan
      • Komuniti
      • Zon Merlimau
      • Zon Masjid Tanah
      • Zon Jasin
      • Zon Melaka Tengah
      • Zon Alor Gajah
      • Bas Bergerak / E-Pustaka
  • Bahagian Koleksi
    • Bahagian Koleksi Rujukan
    • Bahagian Koleksi Terbitan
    • Bahagian Koleksi Pinjaman
    • Bahagian Koleksi Peperiksaan
    • Bahagian Koleksi Melaka
    • Bahagian Koleksi Lincoln
  • Piagam
  • Aktiviti
  • Sebut Harga
  • Berita
  • Hubungi Kami
    • Lokasi
    • Soalan Lazim
    • Maklum Balas

Pertandingan Bercerita Cerita Rakyat Tempatan Daerah Jasin

Monday, 2025 by perpustam
Pertandingan Bercerita Cerita Rakyat Tempatan Daerah Jasin
Alhamdulillah ✨
Selesai sudah Pertandingan Bercerita Cerita Rakyat Tempatan Daerah Jasin yang berlangsung di Perpustakaan Cawangan Merlimau.
Tahniah buat semua peserta yang berani tampil menunjukkan bakat bercerita dengan penuh keyakinan. Memang mantap betul! Ramai bakat baru menyerlah tahun ni.
Berikut senarai pemenang untuk kedua-dua kategori:
PEMENANG PERTANDINGAN BERCERITA
CERITA RAKYAT TEMPATAN DAERAH JASIN
TAHAP 1
Johan : Uwais Mucklis Bin Mohd Nasir
Naib Johan : Muhamad Iman Mikhail
Ketiga : Nur Arasy Sufi Binti Nurozan
Saguhati :
1. Aryan Nabhan Bin Atiff
2. Izzah Mahirah Binti Ahmad Mahir
3. Muhammad Rafiuddin Bin Roslan
4. Shanjana Srene A/P Ganesan
5. Nurdarwisyah Fasihah Binti Mohd Azli
6. Ahmad Sufi Bin Shamsudin
7. Nur Sofia Adawiyah Binti Shamsudin
TAHAP 2
Johan : Ahmad Ammar Bin Ahmad Mahir
Naib Johan : Uthman Muzakkir Bin Affandi
Ketiga : Ahmad Khalif Irfan Bin Mohamad Suffian
Saguhati :
1. Nurul Iman Maddinah
2. Muhammad Adib Amsyar Bin Khairul Azmil
3. Saasvikah A/P Vadivelan
4. Ainur Husna Binti Mohammad Taufik
5. Daniesya A/P David
6. Nur Ayra Athirah Binti Khairul Azmil
7. Hanshita A/P Indiran
Tahniah semua
Jumpa pula di peringkat final sempena Pesta Buku Melaka September nanti✌️Pertandingan Bercerita Cerita Rakyat Tempatan Daerah Jasin Pertandingan Bercerita Cerita Rakyat Tempatan Daerah Jasin Pertandingan Bercerita Cerita Rakyat Tempatan Daerah Jasin
Read more
  • Published in Aktiviti, Aktiviti 2025, Arkib Aktiviti
No Comments

LAWATAN DARI TABIKA KEMAS TAMAN KERIS EMAS, SG. UDANG

Friday, 2025 by perpustam
LAWATAN DARI TABIKA KEMAS TAMAN KERIS EMAS, SG. UDANG
LAWATAN DARI TABIKA KEMAS TAMAN KERIS EMAS, SG. UDANG
31 JULAI 2025 (KHAMIS)
Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka, Bukit Baru.
30 Murid, 2 Guru Pengiring & 10 Ibu bapa
Suasana pagi di Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka (PERPUSTAM) menjadi ceria dan menyeronokkan dengan kehadiran istimewa daripada 30 murid comel Tabika KEMAS Taman Keris Emas, bersama 2 guru pengiring dan 10 ibu bapa.
Seawal jam 9 pagi, ruang legar PERPUSTAM dipenuhi dengan suara riang dan gelak tawa anak-anak kecil yang begitu teruja untuk menyertai pelbagai aktiviti menarik yang telah kami sediakan khas buat mereka. Bukan sekadar lawatan biasa, program hari ini penuh dengan elemen pembelajaran, hiburan dan teknologi.
Pelbagai aktiviti menarik yang mencuit hati dan mencabar minda si cilik, antaranya :
Persembahan Boneka Haiwan
‍Sesi bercerita bersama Kak Syiqin
Sesi Teka Teki Cerita
Menari Horra-Horayy bersama-sama Team PERPUSTAM
Permainan Interaktif Minda seperti AR & VR
‍Lawatan ke Perpustakaan Kanak-kanak
Anak-anak sangat teruja, guru dan ibu bapa pun turut seronok! Terima kasih atas lawatan ini semoga ia jadi kenangan manis dan menyemai minat membaca sejak kecil.
Jumpa lagi! LAWATAN DARI TABIKA KEMAS TAMAN KERIS EMAS, SG. UDANG LAWATAN DARI TABIKA KEMAS TAMAN KERIS EMAS, SG. UDANG LAWATAN DARI TABIKA KEMAS TAMAN KERIS EMAS, SG. UDANG
Read more
  • Published in Aktiviti, Aktiviti 2025, Arkib Aktiviti
No Comments

LAWATAN DARI TABIKA KEMAS GERAK KHAS, SG UDANG

Friday, 2025 by perpustam
LAWATAN DARI TABIKA KEMAS GERAK KHAS, SG UDANG

LAWATAN DARI TABIKA KEMAS GERAK KHAS, SG UDANG
31 JULAI 2025 (KHAMIS)
Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka, Bukit Baru.
40 Murid, 4 Guru Pengiring & 30 Ibu bapa
Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka (PERPUSTAM) amat gembira menerima satu lagi kunjungan mesra dari Tabika KEMAS Gerak Khas Sungai Udang pada petang yang penuh keceriaan ini. Lawatan dihadiri oleh 40 murid, 4 guru pengiring, dan 30 ibu bapa yang penuh semangat memeriahkan suasana.
Pelbagai pengisian menarik disajikan hari ini, antaranya :
Persembahan Boneka Haiwan yang lucu dan mencuit hati
Sesi bercerita yang seronok bersama Abang Asri
Teka teki cerita yang buat semua ligat berfikir
Menari “Horra-Horayy” bersama Team PERPUSTAM – semua tak duduk diam!
Permainan minda interaktif guna teknologi AR & VR – wow, macam dalam dunia lain!
Lawatan ke Perpustakaan Kanak-kanak – penuh warna-warni dan buku-buku best!
Terima kasih kepada semua yang menjayakan lawatan ini. Semoga lawatan ini menjadi kenangan manis sekaligus menyemarakkan semangat membaca serta kecintaan kepada ilmu.LAWATAN DARI TABIKA KEMAS GERAK KHAS, SG UDANG LAWATAN DARI TABIKA KEMAS GERAK KHAS, SG UDANG LAWATAN DARI TABIKA KEMAS GERAK KHAS, SG UDANG

Read more
  • Published in Aktiviti, Aktiviti 2025, Arkib Aktiviti
No Comments

LAWATAN DARI TADIKA PASTI AN-NURIAH SG. UDANG MELAKA

Thursday, 2025 by perpustam
LAWATAN DARI TADIKA PASTI AN-NURIAH SG. UDANG MELAKA
LAWATAN DARI TADIKA PASTI AN-NURIAH SG. UDANG MELAKA
30 JULAI 2025 (RABU)
Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka, Bukit Baru.
80 Murid & 8 Guru Pengiring
Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka (PERPUSTAM) dengan sukacitanya telah menerima lawatan pendidikan daripada Tadika PASTI An-Nuriah, Sg. Udang, Melaka, melibatkan penyertaan seramai 80 orang murid bersama 8 orang guru pengiring.
Lawatan ini bukan sekadar berjalan-jalan sahaja, tapi penuh dengan aktiviti menarik dan pembelajaran kreatif yang sangat menyeronokkan buat anak-anak kecil ini.
Antara aktiviti yang berjaya mencuit hati & mencabar minda mereka ialah:
Persembahan Boneka Haiwan
‍Sesi bercerita bersama Kak Yam
Sesi Teka Teki Cerita
Menari Horra-Horayy bersama-sama Team PERPUSTAM
Permainan Interaktif Minda seperti AR & VR
‍Lawatan ke Perpustakaan Kanak-kanak dan Muzium Bas
Terima kasih kepada Tadika PASTI An-Nuriah atas kerjasama dan semangat positif sepanjang lawatan ini. Semoga ini menjadi permulaan kepada lebih banyak program pendidikan sebegini.LAWATAN DARI TADIKA PASTI AN-NURIAH SG. UDANG MELAKA LAWATAN DARI TADIKA PASTI AN-NURIAH SG. UDANG MELAKA LAWATAN DARI TADIKA PASTI AN-NURIAH SG. UDANG MELAKA
Read more
  • Published in Aktiviti, Aktiviti 2025, Arkib Aktiviti
No Comments

PERPUSTAM Terus Meluaskan Jaringan Perpustakaan Kerjasama

Wednesday, 2025 by perpustam
PERPUSTAM Terus Meluaskan Jaringan Perpustakaan Kerjasama
PERPUSTAM Terus Meluaskan Jaringan Perpustakaan Kerjasama
PERPUSTAM kini giat memperluaskan lagi inisiatif Perpustakaan Kerjasama yang telah lama dilaksanakan bersama pelbagai agensi.
Terkini, satu sesi perbincangan telah diadakan bersama Penjara Sungai Udang, Melaka bagi memperkasakan perpustakaan di dalam institusi pemulihan tersebut . Ini selaras dengan misi kami untuk menjadikan perpustakaan sebagai medium pembangunan sahsiah dan literasi untuk semua golongan masyarakat.
PERPUSTAM amat menghargai komitmen dan keterbukaan pihak Penjara Sungai Udang dalam menjayakan usaha murni ini bagi memperluaskan capaian perpustakaan kepada komuniti yang kurang mendapat aksesPERPUSTAM Terus Meluaskan Jaringan Perpustakaan Kerjasama PERPUSTAM Terus Meluaskan Jaringan Perpustakaan Kerjasama PERPUSTAM Terus Meluaskan Jaringan Perpustakaan Kerjasama
Read more
  • Published in Aktiviti, Aktiviti 2025, Arkib Aktiviti
No Comments

SESI KUNJUNGAN HORMAT

Wednesday, 2025 by perpustam
SESI KUNJUNGAN HORMAT

SESI KUNJUNGAN HORMAT

29 Julai 2025 (Selasa) – Wakil-wakil Kesatuan Pegawai Eksekutif (KEPAK) Negeri Melaka telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Pengarah PERPUSTAM. Dalam sesi ini, KEPAK turut menyerahkan senaskah buku hasil penyelidikan sebagai simbolik sumbangan ilmu kepada institusi perpustakaan negeri.
Dalam sesi pertemuan tersebut, pihak KEPAK telah diberi taklimat ringkas mengenai perkhidmatan PERPUSTAM dan turut diberi penerangan mengenai Anugerah Melaka Membaca 2025 dan Pesta Buku Melaka 2025.
Kunjungan ini turut diakhiri dengan lawatan ke Perpustakaan Digital di mana pegawai-pegawai KEPAK berpeluang melihat sendiri pelbagai kemudahan moden dan teknologi pintar yang ditawarkan kepada pengunjung.SESI KUNJUNGAN HORMAT SESI KUNJUNGAN HORMAT SESI KUNJUNGAN HORMAT
Read more
  • Published in Aktiviti, Aktiviti 2025, Arkib Aktiviti
No Comments

SAMBUTAN HARI KESIHATAN PEKERJAAN

Wednesday, 2025 by perpustam
SAMBUTAN HARI KESIHATAN PEKERJAAN
SAMBUTAN HARI KESIHATAN PEKERJAAN
Pejabat Kesihatan Daerah Melaka Tengah telah mengadakan Sambutan Hari Kesihatan Pekerjaan pada 29 Julai 2025 bertempat di Dewan Tuah, Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka (PERPUSTAM).
Pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan untuk kakitangan PERPUSTAM dan orang awam. Antara yang paling mendapat sambutan ialah:
Saringan Kesihatan
Pemeriksaan Gigi
Ujian Saringan Darah Kanser
️ Program Derma Darah
Seronok dapat lihat ramai yang ambil peluang untuk periksa kesihatan dan pada masa yang sama menambah ilmu tentang pencegahan awal. Ramai juga yang tampil menderma darah, terima kasih atas keprihatinan anda! ❤️
Semoga program seperti ini dapat terus menyemai kesedaran bahawa kesihatan itu adalah aset paling berharga!
Jom jaga kesihatan, mulakan dari sekarang! SAMBUTAN HARI KESIHATAN PEKERJAAN SAMBUTAN HARI KESIHATAN PEKERJAAN SAMBUTAN HARI KESIHATAN PEKERJAAN
Read more
  • Published in Aktiviti, Aktiviti 2025, Arkib Aktiviti
No Comments

LAWATAN BERSAMA DARI TABIKA KEMAS BISTARI BUKIT KATIL, TABIKA KEMAS TAMAN SAUJANA INDAH DAN TABIKA KEMAS PADANG JAMBU

Thursday, 2025 by perpustam
LAWATAN BERSAMA DARI TABIKA KEMAS BISTARI BUKIT KATIL, TABIKA KEMAS TAMAN SAUJANA INDAH DAN TABIKA KEMAS PADANG JAMBU
LAWATAN BERSAMA DARI TABIKA KEMAS BISTARI BUKIT KATIL, TABIKA KEMAS TAMAN SAUJANA INDAH DAN TABIKA KEMAS PADANG JAMBU
24 JULAI 2025 (KHAMIS)
Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka, Bukit Baru.
56 Murid & 6 Guru Pengiring
Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka (PERPUSTAM) sangat mengalu-alukan kehadiran anak-anak comel dan para guru dari Tabika Kemas Bistari Bukit Katil, Tabika Kemas Taman Saujana Indah dan Tabika Kemas Padang jambu.
Lawatan ini bertujuan untuk memperkenalkan segala perkhidmatan yang disediakan di perpustakaan selain pendedahan tentang kepentingan ilmu pengetahuan melalui pembacaan serta memupuk minat membaca sejak usia muda.
Pelbagai aktiviti pendidikan yang menarik telah diatur, termasuk lah :
Persembahan Boneka Haiwan
Sesi Teka Teki Cerita
Menari Horra-Horayy bersama-sama
Permainan Interaktif Minda seperti AR & VR
‍Lawatan ke Perpustakaan Kanak-kanak
PERPUSTAM amat berterima kasih kepada guru-guru dan murid-murid yang telah hadir dengan semangat yang tinggi. Semoga lawatan ini dapat memberi inspirasi dan galakan kepada generasi muda untuk menjadikan membaca sebagai satu kebiasaan dalam kehidupan mereka.
Perpustakaan akan terus komited dalam menyediakan ruang ilmu yang bermanfaat bagi semua lapisan masyarakat. Semoga hubungan perpustakaan dan pihak Tabika Kemas terus erat dan memberi manfaat kepada masyarakatLAWATAN BERSAMA DARI TABIKA KEMAS BISTARI BUKIT KATIL, TABIKA KEMAS TAMAN SAUJANA INDAH DAN TABIKA KEMAS PADANG JAMBU LAWATAN BERSAMA DARI TABIKA KEMAS BISTARI BUKIT KATIL, TABIKA KEMAS TAMAN SAUJANA INDAH DAN TABIKA KEMAS PADANG JAMBU LAWATAN BERSAMA DARI TABIKA KEMAS BISTARI BUKIT KATIL, TABIKA KEMAS TAMAN SAUJANA INDAH DAN TABIKA KEMAS PADANG JAMBU
Read more
  • Published in Aktiviti, Aktiviti 2025, Arkib Aktiviti
No Comments

LAWATAN DARI KOLEJ VOKASIONAL DATUK SERI MOHD ZIN

Thursday, 2025 by perpustam
LAWATAN DARI KOLEJ VOKASIONAL DATUK SERI MOHD ZIN
LAWATAN DARI KOLEJ VOKASIONAL DATUK SERI MOHD ZIN
24 JULAI 2025 (KHAMIS)
Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka, Bukit Baru.
20 Pelajar & 7 Guru Pengiring
Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka (PERPUSTAM) telah menerima lawatan dari Kolej Vokasional Datuk Seri Mohd Zin, Alor Gajah Melaka. Kedatangan mereka telah disambut baik oleh kakitangan bahagian perkhidmatan PERPUSTAM.
Kehadiran mereka dimampatkan dengan pelbagai aktiviti ilmiah seperti berikut :
Sesi Taklimat Perpustakaan
Lawatan berpandu ke Perpustakaan Negeri & Digital
Permainan Interaktif (AR & VR)
Taklimat Zon Digital & u-Pustaka : u-Library
Lawatan ini bukan sahaja memberi pendedahan tentang kemudahan dan perkhidmatan perpustakaan, malah menggalakkan budaya membaca serta celik maklumat dalam kalangan pelajar TVET. Semoga lawatan ini memberi inspirasi dan membuka ruang kepada pembelajaran sepanjang hayat.
Terima kasih atas komitmen yang diberikan sepanjang lawatan berlangsung.LAWATAN DARI KOLEJ VOKASIONAL DATUK SERI MOHD ZIN LAWATAN DARI KOLEJ VOKASIONAL DATUK SERI MOHD ZIN LAWATAN DARI KOLEJ VOKASIONAL DATUK SERI MOHD ZIN
Read more
  • Published in Aktiviti, Aktiviti 2025, Arkib Aktiviti
No Comments

Lawatan & Temu Bual oleh PNM di PERPUSTAM

Wednesday, 2025 by perpustam
Lawatan & Temu Bual oleh PNM di PERPUSTAM
Lawatan & Temu Bual oleh PNM di PERPUSTAM
Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) melalui Bahagian Penyelidikan telah mengadakan sesi lawatan dan temu bual bersama warga PERPUSTAM sempena pelaksanaan Kajian Perpustakaan Digital di Malaysia.
Kajian ini bertujuan memahami tahap kefahaman dan pandangan pustakawan terhadap perkhidmatan perpustakaan digital di seluruh negara.
Terima kasih atas kepercayaan PNM. Semoga perkongsian daripada kami di PERPUSTAM dapat menyumbang ke arah kemajuan dunia perpustakaan digital tanah airLawatan & Temu Bual oleh PNM di PERPUSTAM Lawatan & Temu Bual oleh PNM di PERPUSTAM Lawatan & Temu Bual oleh PNM di PERPUSTAM
Read more
  • Published in Aktiviti, Aktiviti 2025, Arkib Aktiviti
No Comments
  • 16
  • 17
  • 18
  • 19
  • 20

PERPUSTAM

Recent Posts

  • LAWATAN TADIKA JAIM TAMAN SERI RAMBAI KE PERPUSTAM

    LAWATAN TADIKA JAIM TAMAN SERI RAMBAI KE PERPUSTAM

    14 MEI 2026| KHAMIS LAWATAN TADIKA JAIM TAMAN S...
  • BENGKEL KEPIMPINAN PENGAWAS PUSAT SUMBER IBNU SINA

    BENGKEL KEPIMPINAN PENGAWAS PUSAT SUMBER IBNU SINA

    BENGKEL KEPIMPINAN PENGAWAS PUSAT SUMBER IBNU S...
  • PAMERAN SEKOLAH KEBANGSAAN SERI DUYONG

    PAMERAN SEKOLAH KEBANGSAAN SERI DUYONG

    PAMERAN SEKOLAH KEBANGSAAN SERI DUYONG 06.05.20...
  • Aktiviti Bersama Team Bas Bergerak Hari Ini!

    Aktiviti Bersama Team Bas Bergerak Hari Ini!

    🚍📚 Aktiviti Bersama Team Bas Be...
  • Majlis Perasmian Perpustakaan Komunity Sri Kandang

    Majlis Perasmian Perpustakaan Komunity Sri Kandang

    04/05/2026 | ISNIN Majlis Perasmian Perpustakaa...

Recent Comments

    Archives

    • May 2026
    • April 2026
    • March 2026
    • February 2026
    • January 2026
    • December 2025
    • November 2025
    • October 2025
    • September 2025
    • August 2025
    • July 2025
    • June 2025
    • May 2025
    • April 2025
    • March 2025
    • February 2025
    • January 2025
    • December 2024
    • November 2024
    • October 2024
    • September 2024
    • August 2024
    • July 2024
    • June 2024
    • May 2024
    • April 2024
    • March 2024
    • February 2024
    • January 2024
    • December 2023
    • November 2023
    • October 2023
    • September 2023
    • August 2023
    • July 2023
    • June 2023
    • May 2023
    • April 2023
    • March 2023
    • January 2023
    • October 2022
    • September 2022
    • August 2022
    • July 2022
    • June 2022
    • May 2022
    • April 2022
    • March 2022
    • January 2022
    • December 2021
    • November 2021
    • September 2021
    • June 2021
    • April 2021
    • March 2021
    • January 2021
    • December 2020
    • September 2020
    • June 2020
    • May 2020
    • April 2020
    • March 2020
    • December 2019
    • October 2019
    • May 2019
    • April 2019
    • March 2019
    • February 2019
    • January 2019
    • July 2018
    • June 2018
    • May 2018
    • April 2018
    • January 2018
    • December 2017
    • November 2017

    Categories

    • Aktiviti
    • Aktiviti 2017
    • Aktiviti 2019
    • Aktiviti 2020
    • Aktiviti 2021
    • Aktiviti 2022
    • Aktiviti 2023
    • Aktiviti 2024
    • Aktiviti 2025
    • Aktiviti 2026
    • aktivti 2018
    • Arkib Aktiviti
    • Arkib Pengumuman
    • Berita
    • Pengumuman
    • Uncategorised

    PERPUSTAM

    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org

    (T)06-282 4859

    PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM MELAKA
    (PERPUSTAM)
    242-1 Jalan Bukit Baru
    75150 Melaka

    Visitor Counter

    4945028
    Users Today : 13
    Users Yesterday : 188
    Users This Month : 695
    Users This Year : 10311
    Total Users : 4945028

    Total Visitor 2025: 1,765,800 Hits

    Total Visitor 2024: 1,534,614 Hits

    Total Visitor 2023: 961,000 Hits

    • Privasi Polisi
    • MyGovPenawaran Unit Kediaman Mengikut Jenis Di MelakaMelakaPay
    • GET SOCIAL

    © 2019 All rights reserved. Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka.

    TOP