LAWATAN DARI TABIKA KEMAS GERAK KHAS, SG UDANG
31 JULAI 2025 (KHAMIS)
Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka, Bukit Baru.
40 Murid, 4 Guru Pengiring & 30 Ibu bapa
Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka (PERPUSTAM) amat gembira menerima satu lagi kunjungan mesra dari Tabika KEMAS Gerak Khas Sungai Udang pada petang yang penuh keceriaan ini. Lawatan dihadiri oleh 40 murid, 4 guru pengiring, dan 30 ibu bapa yang penuh semangat memeriahkan suasana.
Pelbagai pengisian menarik disajikan hari ini, antaranya :
Persembahan Boneka Haiwan yang lucu dan mencuit hati
Sesi bercerita yang seronok bersama Abang Asri
Teka teki cerita yang buat semua ligat berfikir
Menari “Horra-Horayy” bersama Team PERPUSTAM – semua tak duduk diam!
Permainan minda interaktif guna teknologi AR & VR – wow, macam dalam dunia lain!
Lawatan ke Perpustakaan Kanak-kanak – penuh warna-warni dan buku-buku best!
Terima kasih kepada semua yang menjayakan lawatan ini. Semoga lawatan ini menjadi kenangan manis sekaligus menyemarakkan semangat membaca serta kecintaan kepada ilmu.








