Pertandingan Deklamasi Sajak Kategori Tahap 2
Tuesday, 2025
KARNIVAL GERAKAN MEMBACA DAN PELUNCURAN DEKAD MEMBACA KEBANGSAAN SEMPENA SAMBUTAN BULAN KEBANGSAAN TAHUN 2025
Sedang berlangsung : Pertandingan Deklamasi Sajak Kategori Tahap 2


- Published in Aktiviti, Aktiviti 2025, Arkib Aktiviti
No Comments
Pertandingan Mewarna Keluarga Madani Pelajar Tahap 1
Friday, 2025
Karnival Gerakan Membaca Dan Peluncuran Dekad Membaca Kebangsaan Sempena Sambutan Bulan Kebangsaan Tahun 2025
Sedang Berlangsung :
Pertandingan Mewarna Keluarga Madani bertema ” Seronok Membaca, Ceria Mewarna ” terdiri daripada Pelajar Tahap 1 seramai 50 orang peserta.


- Published in Aktiviti, Aktiviti 2025, Arkib Aktiviti
Karnival Gerakan Membaca Dan Peluncuran Dekad Membaca Kebangsaan Sempena Sambutan Bulan Kebangsaan Tahun 2025
Sedang Berlangsung :
Pertandingan Mewarna Keluarga Madani bertema ” Seronok Membaca, Ceria Mewarna ” terdiri daripada Pelajar Tabika seramai 50 orang peserta.


- Published in Aktiviti, Aktiviti 2025, Arkib Aktiviti
Pertandingan Mewarna Keluarga Madani
Friday, 2025
Karnival Gerakan Membaca Dan Peluncuran Dekad Membaca Kebangsaan Sempena Sambutan Bulan Kebangsaan Tahun 2025
Sedang Berlangsung :
Pertandingan Mewarna Keluarga Madani bertema ” Seronok Membaca, Ceria Mewarna ” terdiri daripada Pelajar Pendidikan Khas seramai 50 orang peserta.


- Published in Aktiviti, Aktiviti 2025, Arkib Aktiviti
Karnival Gerakan Membaca Dan Peluncuran Dekad Membaca Kebangsaan Sempena Sambutan Bulan Kebangsaan Tahun 2025
Sedang Berlangsung :
Pertandingan Jejak Maklumat terdiri daripada tahap belia disertai seramai 120 orang peserta.


- Published in Aktiviti, Aktiviti 2025, Arkib Aktiviti
LAWATAN DARI TADIKA SRI SETIA
Friday, 2025
LAWATAN DARI TADIKA SRI SETIA
Suasana Perpustakaan bertukar menjadi penuh warna-warni dan gelak tawa dengan kunjungan comel dari adik-adik Tadika Seri Setia. Terlihat mereka begitu teruja mahu meneroka dunia ilmu dan kreativiti bersama kami! 
Antara aktiviti yang membuatkan mereka tersenyum dari awal sampai habis ialah :
Terima kasih adik-adik, cikgu-cikgu, dan semua yang menjayakan lawatan ini. Semoga kunjungan hari ini jadi kenangan manis buat semua 
Jangan lupa datang lagi, ya! Perpustakaan Melaka sentiasa terbuka untuk anda 


- Published in Aktiviti, Aktiviti 2025, Arkib Aktiviti
LAWATAN DARI MADRASAH TAHFIZ FATHUR RAHMAN
Tuesday, 2025
LAWATAN DARI MADRASAH TAHFIZ FATHUR RAHMAN
Alhamdulillah, hari ini pelajar Madrasah Tahfiz Fathur Rahman telah berjaya menjalani satu lawatan yang sangat menyeronokkan di Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka (PERPUSTAM), Bukit Baru!
Antara aktiviti menarik yang telah menceriakan hari mereka :
Terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kami ucapkan kepada Tadika JAIM Taman Bahagia Bukit Baru Dalam atas kesudian mengadakan lawatan ke PERPUSTAM.
Semoga lawatan ini jadi kenangan manis dan pembakar semangat untuk anak-anak kecil kita cintakan ilmu sejak dari awal usia 

- Published in Aktiviti, Aktiviti 2025, Arkib Aktiviti
MAJLIS PERPISAHAN PELAJAR PRAKTIKAL
Monday, 2025
MAJLIS PERPISAHAN PELAJAR PRAKTIKAL
15 Ogos 2025 (Jumaat) – Satu Majlis Perpisahan telah diadakan bagi meraikan para pelajar praktikal yang telah berjaya menamatkan tempoh Latihan Industri mereka di PERPUSTAM. Majlis ini diadakan sebagai tanda penghargaan dan ucapan terima kasih kepada para pelajar yang telah menunjukkan komitmen, dedikasi, serta sumbangan yang amat bermakna sepanjang menjalani latihan mereka di PERPUSTAM.
Pelajar-pelajar yang diraikan dalam majlis tersebut adalah seperti berikut:
Untuk makluman, kesemua pelajar ini telah menjalani Latihan Industri di PERPUSTAM bermula pada 3 Mac 2025 dan menamatkan latihan mereka pada 15 Ogos 2025. Pihak pengurusan PERPUSTAM amat menghargai kesungguhan dan etika kerja yang telah ditunjukkan oleh para pelajar sepanjang tempoh latihan.
Sehubungan itu, seluruh warga kerja PERPUSTAM dengan penuh tulus ikhlas ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan serta ucapan Selamat Maju Jaya kepada semua pelajar praktikal. Semoga segala ilmu dan pengalaman yang diperoleh sepanjang berada di PERPUSTAM menjadi asas yang kukuh dalam meneruskan perjuangan akademik dan menempuh dunia pekerjaan pada masa akan datang.


- Published in Aktiviti, Aktiviti 2025, Arkib Aktiviti
BENGKEL LITERASI MAKLUMAT DAN PAMERAN PERPUSTAKAAN DI SJKC PAY CHEE, PULAU SEBANG
14 Ogos 2025 (Khamis) – Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka (PERPUSTAM) telah dijemput bagi mengadakan Bengkel Literasi Maklumat dan Pameran Perpustakaan bertempat di SJKC Pay Chee, Pulau Sebang, dengan penglibatan aktif daripada guru dan pelajar sekolah.
Salah satu komponen utama bengkel ini ialah pengenalan kepada perkhidmatan u-Pustaka : u-Library, iaitu sebuah platform digital bersepadu yang menyediakan akses kepada pelbagai sumber ilmu secara dalam talian.
Pelajar dan guru dibimbing mengenai cara-cara menggunakan u-Pustaka : u-Library dengan efektif, termasuk carian bahan digital, peminjaman e-buku, dan penyertaan dalam program literasi digital yang ditawarkan secara maya.
Usai bengkel literasi maklumat, turut berlangsung Pameran Perpustakaan yang mengetengahkan pelbagai aktiviti interaktif dan informatif yang bertujuan untuk menarik minat pelajar terhadap dunia pembacaan, teknologi dan inovasi. Antaranya :
PERPUSTAM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak SJKC Pay Chee, Pulau Sebang atas jemputan ini.



- Published in Aktiviti, Aktiviti 2025, Arkib Aktiviti
MAJLIS PENUTUP KURSUS KE ARAH TRANSFORMASI PERKHIDMATAN PERPUSTAKAAN
13 Ogos 2025 (Rabu) – Kursus Ke Arah Transformasi Perkhidmatan Perpustakaan anjuran Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka (PERPUSTAM) yang berlangsung selama tiga hari, bermula 11 hingga 13 Ogos 2025, telah melabuhkan tirainya dengan jayanya.
Kursus ini telah menghimpunkan para peserta daripada Perpustakaan Awam Negeri dan Perpustakaan Akademik dengan objektif untuk memperkasakan kemahiran serta membina pemikiran baharu dalam menyediakan perkhidmatan perpustakaan yang lebih dinamik, mesra pelanggan dan selari dengan perkembangan teknologi semasa.
Antara pengisian utama sepanjang kursus ini termasuk:
Pihak PERPUSTAM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada barisan penceramah yang telah memberikan sumbangan ilmu dan pengalaman yang amat bermakna sepanjang kursus ini:
Majlis penutup kursus ini telah disempurnakan oleh Encik Mohamed Aizammuddy bin Mohamed Idris, Pengarah PERPUSTAM yang turut menyampaikan amanat penting berkaitan aspirasi transformasi perkhidmatan perpustakaan ke arah kecemerlangan dan kelestarian masa depan.
Adalah diharapkan agar segala ilmu dan pengalaman yang diperoleh sepanjang kursus ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh semua peserta dalam usaha meningkatkan mutu perkhidmatan di perpustakaan masing-masing.
Sekalung tahniah dan terima kasih kepada semua yang terlibat. Semoga inisiatif transformasi ini akan terus diteruskan dengan semangat yang tinggi demi kemajuan dunia perpustakaan tanah air.


- Published in Aktiviti, Aktiviti 2025, Arkib Aktiviti














