LAWATAN DARI TABIKA KEMAS TAMAN KERIS EMAS, SG. UDANG
Suasana pagi di Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka (PERPUSTAM) menjadi ceria dan menyeronokkan dengan kehadiran istimewa daripada 30 murid comel Tabika KEMAS Taman Keris Emas, bersama 2 guru pengiring dan 10 ibu bapa.
Seawal jam 9 pagi, ruang legar PERPUSTAM dipenuhi dengan suara riang dan gelak tawa anak-anak kecil yang begitu teruja untuk menyertai pelbagai aktiviti menarik yang telah kami sediakan khas buat mereka. Bukan sekadar lawatan biasa, program hari ini penuh dengan elemen pembelajaran, hiburan dan teknologi.
Pelbagai aktiviti menarik yang mencuit hati dan mencabar minda si cilik, antaranya :
Sesi bercerita bersama Kak Syiqin
Anak-anak sangat teruja, guru dan ibu bapa pun turut seronok! Terima kasih atas lawatan ini semoga ia jadi kenangan manis dan menyemai minat membaca sejak kecil.
Jumpa lagi! 









