SESI KUNJUNGAN HORMAT
Wednesday, 2025
SESI KUNJUNGAN HORMAT
29 Julai 2025 (Selasa) – Wakil-wakil Kesatuan Pegawai Eksekutif (KEPAK) Negeri Melaka telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Pengarah PERPUSTAM. Dalam sesi ini, KEPAK turut menyerahkan senaskah buku hasil penyelidikan sebagai simbolik sumbangan ilmu kepada institusi perpustakaan negeri.
Dalam sesi pertemuan tersebut, pihak KEPAK telah diberi taklimat ringkas mengenai perkhidmatan PERPUSTAM dan turut diberi penerangan mengenai Anugerah Melaka Membaca 2025 dan Pesta Buku Melaka 2025.
Kunjungan ini turut diakhiri dengan lawatan ke Perpustakaan Digital di mana pegawai-pegawai KEPAK berpeluang melihat sendiri pelbagai kemudahan moden dan teknologi pintar yang ditawarkan kepada pengunjung.


- Published in Aktiviti, Aktiviti 2025, Arkib Aktiviti
No Comments
SAMBUTAN HARI KESIHATAN PEKERJAAN
Wednesday, 2025
SAMBUTAN HARI KESIHATAN PEKERJAAN
Pejabat Kesihatan Daerah Melaka Tengah telah mengadakan Sambutan Hari Kesihatan Pekerjaan pada 29 Julai 2025 bertempat di Dewan Tuah, Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka (PERPUSTAM).
Pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan untuk kakitangan PERPUSTAM dan orang awam. Antara yang paling mendapat sambutan ialah:
Seronok dapat lihat ramai yang ambil peluang untuk periksa kesihatan dan pada masa yang sama menambah ilmu tentang pencegahan awal. Ramai juga yang tampil menderma darah, terima kasih atas keprihatinan anda! 
Semoga program seperti ini dapat terus menyemai kesedaran bahawa kesihatan itu adalah aset paling berharga!
Jom jaga kesihatan, mulakan dari sekarang! 



- Published in Aktiviti, Aktiviti 2025, Arkib Aktiviti
LAWATAN BERSAMA DARI TABIKA KEMAS BISTARI BUKIT KATIL, TABIKA KEMAS TAMAN SAUJANA INDAH DAN TABIKA KEMAS PADANG JAMBU
Thursday, 2025
LAWATAN BERSAMA DARI TABIKA KEMAS BISTARI BUKIT KATIL, TABIKA KEMAS TAMAN SAUJANA INDAH DAN TABIKA KEMAS PADANG JAMBU
Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka (PERPUSTAM) sangat mengalu-alukan kehadiran anak-anak comel dan para guru dari Tabika Kemas Bistari Bukit Katil, Tabika Kemas Taman Saujana Indah dan Tabika Kemas Padang jambu.
Lawatan ini bertujuan untuk memperkenalkan segala perkhidmatan yang disediakan di perpustakaan selain pendedahan tentang kepentingan ilmu pengetahuan melalui pembacaan serta memupuk minat membaca sejak usia muda.
Pelbagai aktiviti pendidikan yang menarik telah diatur, termasuk lah :
PERPUSTAM amat berterima kasih kepada guru-guru dan murid-murid yang telah hadir dengan semangat yang tinggi. Semoga lawatan ini dapat memberi inspirasi dan galakan kepada generasi muda untuk menjadikan membaca sebagai satu kebiasaan dalam kehidupan mereka.
Perpustakaan akan terus komited dalam menyediakan ruang ilmu yang bermanfaat bagi semua lapisan masyarakat. Semoga hubungan perpustakaan dan pihak Tabika Kemas terus erat dan memberi manfaat kepada masyarakat


- Published in Aktiviti, Aktiviti 2025, Arkib Aktiviti
LAWATAN DARI KOLEJ VOKASIONAL DATUK SERI MOHD ZIN
Thursday, 2025
LAWATAN DARI KOLEJ VOKASIONAL DATUK SERI MOHD ZIN
Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka (PERPUSTAM) telah menerima lawatan dari Kolej Vokasional Datuk Seri Mohd Zin, Alor Gajah Melaka. Kedatangan mereka telah disambut baik oleh kakitangan bahagian perkhidmatan PERPUSTAM.
Kehadiran mereka dimampatkan dengan pelbagai aktiviti ilmiah seperti berikut :
Lawatan ini bukan sahaja memberi pendedahan tentang kemudahan dan perkhidmatan perpustakaan, malah menggalakkan budaya membaca serta celik maklumat dalam kalangan pelajar TVET. Semoga lawatan ini memberi inspirasi dan membuka ruang kepada pembelajaran sepanjang hayat.
Terima kasih atas komitmen yang diberikan sepanjang lawatan berlangsung.


- Published in Aktiviti, Aktiviti 2025, Arkib Aktiviti
Lawatan & Temu Bual oleh PNM di PERPUSTAM
Wednesday, 2025
Lawatan & Temu Bual oleh PNM di PERPUSTAM
Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) melalui Bahagian Penyelidikan telah mengadakan sesi lawatan dan temu bual bersama warga PERPUSTAM sempena pelaksanaan Kajian Perpustakaan Digital di Malaysia.
Kajian ini bertujuan memahami tahap kefahaman dan pandangan pustakawan terhadap perkhidmatan perpustakaan digital di seluruh negara.
Terima kasih atas kepercayaan PNM. Semoga perkongsian daripada kami di PERPUSTAM dapat menyumbang ke arah kemajuan dunia perpustakaan digital tanah air


- Published in Aktiviti, Aktiviti 2025, Arkib Aktiviti
Pertandingan Bercerita Cerita Rakyat Tempatan Siri 1 Daerah Alor Gajah
Syabas dan setinggi-tinggi tahniah kepada semua peserta yang telah menyertai Pertandingan Bercerita Cerita Rakyat Tempatan Siri 1 peringkat Daerah Alor Gajah! 

• Ainul Mardiah binti Mohammad Reza
• Aireen Hadeeja binti Md. Rizal
• Nur Aishah Damia binti Jumahiruddin
• Bunga Keisha Al-Zahra binti Mohd Nazrul Syamir Akmal
• Bunga Qaseh Irish binti Mohd Nazrul Syamir Akmal
• Muhammad Hanzalah bin Mohd Khairul Anwar
• Nur Aisyah Aqeela binti Mansor
• Jelita Sofiya binti Saiful Khiri
• Ayu Zulaikha binti Md. Rizal
• Nur Batrisyia binti Fadzil
• Medina Sofea Sumayyah binti Muhammad Solehin
• Harith Muzayyan Asra bin Abdul Hafiz
• Nur Raudah Umairah binti Jumahiruddin
• Qaisara Imaniey binti Mohd Fauzi
Terima kasih tidak terhingga kepada barisan juri profesional yang telah meluangkan masa dan tenaga memberikan penilaian serta sokongan kepada anak-anak peserta kita. 
Jumpa lagi di siri pertandingan seterusnya. Terus semarakkan budaya cerita rakyat dalam kalangan generasi muda! 



- Published in Aktiviti, Aktiviti 2025, Arkib Aktiviti
Literasi Membentuk Generasi Cemerlang
Monday, 2025
Dari Pembaca Ke Pemimpin | Literasi Membentuk Generasi Cemerlang
Pada 16 Julai 2025, hari Rabu yang lalu, telah berlangsung dua sesi taklimat berimpak tinggi melibatkan murid dan guru dalam usaha memperkasakan budaya membaca serta literasi maklumat.
Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung. Semoga usaha kecil ini menjadi titik mula kepada perubahan besar dalam membina generasi pembaca, pemikir dan pemimpin masa depan. 



- Published in Aktiviti, Aktiviti 2025, Arkib Aktiviti
SESI LATIHAN PENGGUNAAN GROLIER SUPER READER
Thursday, 2025
17 Julai 2025 (Khamis) – Satu sesi latihan penggunaan aplikasi baharu iaitu Grolier Super Reader telah diadakan bertempat di ruang santai. Latihan ini disertai oleh kakitangan dari Perpustakaan Negeri, Perpustakaan Cawangan dan Perpustakaan Komuniti.
Untuk makluman semua, Grolier Super Reader menampilkan tablet dengan 310 e-buku berperingkat dan 1,000 aktiviti daripada siri Sunshine Books oleh Dame Wendy Pye iaitu seorang profesional kesusasteraan dan penerbit dari New Zealand.
Pembelajaran bahasa Inggeris menjadi lebih menyeronokkan melalui cerita-cerita yang menarik dan aktiviti interaktif yang berkesan untuk membina kemahiran Fonik dan Perkataan, Kefahaman, Kefasihan dan Penulisan.
Semoga aplikasi baharu ini mampu menjadi satu alternatif untuk menarik kehadiran anak-anak muda untuk membaca buku secara digital di seluruh rangkaian Perpustakaan sekaligus melahirkan insan membaca dan celik maklumat.


- Published in Aktiviti, Aktiviti 2025, Arkib Aktiviti
Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka (PERPUSTAM) telah menerima lawatan dari Tadika Pasti Mahabah Bukit Lintang. Kedatangan mereka telah disambut baik oleh kakitangan perkhidmatan PERPUSTAM.
Pengisian aktiviti lawatan adalah seperti berikut :
Terlihat mereka begitu teruja dan gembira sepanjang aktiviti lawatan berlangsung. Semoga lawatan ini mampu memberikan satu aura dan inspirasi buat semua untuk berkunjung ke perpustakaan di masa akan datang.
Terima kasih kerana sudi berkunjung kesini dan semoga bersua kembali.


- Published in Aktiviti, Aktiviti 2025, Arkib Aktiviti
KURSUS PENGURUSAN PERPUSTAKAAN
Tuesday, 2025
PERPUSTAM telah mengadakan Kursus Pengurusan Perpustakaan yang berlangsung pada 14 Julai 2025 bertempat di Bilik Kasturi. Seramai 15 orang kakitangan baharu terlibat bagi kursus pada kali ini.
Kursus ini merupakan inisiatif pembangunan kompetensi yang dirangka bagi meningkatkan kefahaman dan kemahiran asas berkaitan pengurusan perpustakaan, zon bacaan digital PERPUSTAM, u-Pustaka serta pelaksanaan program literasi maklumat di sekolah-sekolah.
Melalui sesi interaktif dan latihan amali, peserta telah diberi panduan tentang pendekatan terbaik dalam merancang, mengelola serta menyampaikan bengkel literasi maklumat yang bersesuaian dengan keperluan pelbagai kumpulan sasaran.
Syabas diucapkan kepada semua kakitangan baharu yang telah berjaya mengikuti kursus ini dengan jayanya.


- Published in Aktiviti, Aktiviti 2025, Arkib Aktiviti














