PERPUSTAM telah mengadakan Kursus Pengurusan Perpustakaan yang berlangsung pada 14 Julai 2025 bertempat di Bilik Kasturi. Seramai 15 orang kakitangan baharu terlibat bagi kursus pada kali ini.
Kursus ini merupakan inisiatif pembangunan kompetensi yang dirangka bagi meningkatkan kefahaman dan kemahiran asas berkaitan pengurusan perpustakaan, zon bacaan digital PERPUSTAM, u-Pustaka serta pelaksanaan program literasi maklumat di sekolah-sekolah.
Melalui sesi interaktif dan latihan amali, peserta telah diberi panduan tentang pendekatan terbaik dalam merancang, mengelola serta menyampaikan bengkel literasi maklumat yang bersesuaian dengan keperluan pelbagai kumpulan sasaran.
Syabas diucapkan kepada semua kakitangan baharu yang telah berjaya mengikuti kursus ini dengan jayanya.









