SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN 2025 PERINGKAT NEGERI MELAKA
Kontinjen PERPUSTAM telah menyertai perarakan dan perbarisan sempena Sambutan Hari Kebangsaan Ke-68 peringkat Negeri Melaka. Penyertaan ini mencerminkan komitmen warga PERPUSTAM dalam menyemarakkan semangat patriotisme dan cintakan negara.
Tahniah dan penghargaan diucapkan kepada semua ahli kontinjen atas kerjasama dan semangat yang ditunjukkan sepanjang latihan dan pelaksanaan acara.
Semoga penglibatan ini menjadi pemangkin untuk terus menghayati erti kemerdekaan serta menyokong aspirasi Malaysia Madani: Rakyat Disantuni.








