SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN 2025
29 Ogos 2025 (Jumaat) – Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka (PERPUSTAM) telah menyertai raptai penuh perbarisan sempena Majlis Sambutan Hari Kebangsaan 2025 Peringkat Negeri Melaka yang akan berlangsung pada 31 Ogos nanti.
Raptai ini diadakan sebagai persiapan akhir bagi memastikan kelancaran perbarisan dan susun atur kontinjen yang terlibat. Kontinjen PERPUSTAM telah menunjukkan komitmen tinggi serta semangat patriotisme yang membanggakan sepanjang sesi raptai berlangsung.
Terima kasih kepada semua ahli kontinjen yang telah memberikan kerjasama sepenuhnya.
Mari kita terus semarakkan sambutan Hari Kebangsaan dengan penuh rasa cinta dan bangga terhadap tanah air tercinta! 
Jumpa di hari perbarisan, 31 Ogos 2025!









