Literasi Membentuk Generasi Cemerlang
Monday, 2025
Dari Pembaca Ke Pemimpin | Literasi Membentuk Generasi Cemerlang
Pada 16 Julai 2025, hari Rabu yang lalu, telah berlangsung dua sesi taklimat berimpak tinggi melibatkan murid dan guru dalam usaha memperkasakan budaya membaca serta literasi maklumat.
Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung. Semoga usaha kecil ini menjadi titik mula kepada perubahan besar dalam membina generasi pembaca, pemikir dan pemimpin masa depan. 



- Published in Aktiviti, Aktiviti 2025, Arkib Aktiviti
No Comments
SESI LATIHAN PENGGUNAAN GROLIER SUPER READER
Thursday, 2025
17 Julai 2025 (Khamis) – Satu sesi latihan penggunaan aplikasi baharu iaitu Grolier Super Reader telah diadakan bertempat di ruang santai. Latihan ini disertai oleh kakitangan dari Perpustakaan Negeri, Perpustakaan Cawangan dan Perpustakaan Komuniti.
Untuk makluman semua, Grolier Super Reader menampilkan tablet dengan 310 e-buku berperingkat dan 1,000 aktiviti daripada siri Sunshine Books oleh Dame Wendy Pye iaitu seorang profesional kesusasteraan dan penerbit dari New Zealand.
Pembelajaran bahasa Inggeris menjadi lebih menyeronokkan melalui cerita-cerita yang menarik dan aktiviti interaktif yang berkesan untuk membina kemahiran Fonik dan Perkataan, Kefahaman, Kefasihan dan Penulisan.
Semoga aplikasi baharu ini mampu menjadi satu alternatif untuk menarik kehadiran anak-anak muda untuk membaca buku secara digital di seluruh rangkaian Perpustakaan sekaligus melahirkan insan membaca dan celik maklumat.


- Published in Aktiviti, Aktiviti 2025, Arkib Aktiviti
Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka (PERPUSTAM) telah menerima lawatan dari Tadika Pasti Mahabah Bukit Lintang. Kedatangan mereka telah disambut baik oleh kakitangan perkhidmatan PERPUSTAM.
Pengisian aktiviti lawatan adalah seperti berikut :
Terlihat mereka begitu teruja dan gembira sepanjang aktiviti lawatan berlangsung. Semoga lawatan ini mampu memberikan satu aura dan inspirasi buat semua untuk berkunjung ke perpustakaan di masa akan datang.
Terima kasih kerana sudi berkunjung kesini dan semoga bersua kembali.


- Published in Aktiviti, Aktiviti 2025, Arkib Aktiviti
PERTANDINGAN PIDATO RUKUN NEGARA PERINGKAT KEBANGSAAN
Wednesday, 2025
PERTANDINGAN PIDATO RUKUN NEGARA PERINGKAT KEBANGSAAN PIALA PUSINGAN TUAN YANG TERUTAMA YANG DI-PERTUA NEGERI MELAKA 2025
Sebarang Pertanyaan, Boleh Hubungi Encik Muhammad Nazri Di talian : 06 – 3175324/6224

- Published in Arkib Pengumuman, Pengumuman
KURSUS PENGURUSAN PERPUSTAKAAN
Tuesday, 2025
PERPUSTAM telah mengadakan Kursus Pengurusan Perpustakaan yang berlangsung pada 14 Julai 2025 bertempat di Bilik Kasturi. Seramai 15 orang kakitangan baharu terlibat bagi kursus pada kali ini.
Kursus ini merupakan inisiatif pembangunan kompetensi yang dirangka bagi meningkatkan kefahaman dan kemahiran asas berkaitan pengurusan perpustakaan, zon bacaan digital PERPUSTAM, u-Pustaka serta pelaksanaan program literasi maklumat di sekolah-sekolah.
Melalui sesi interaktif dan latihan amali, peserta telah diberi panduan tentang pendekatan terbaik dalam merancang, mengelola serta menyampaikan bengkel literasi maklumat yang bersesuaian dengan keperluan pelbagai kumpulan sasaran.
Syabas diucapkan kepada semua kakitangan baharu yang telah berjaya mengikuti kursus ini dengan jayanya.


- Published in Aktiviti, Aktiviti 2025, Arkib Aktiviti
Program Komuniti Cakna Sains Bersama Perpustakaan sempena Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) DUN Duyong berlangsung dengan penuh warna-warni dan sambutan hangat daripada komuniti setempat!
Paling best, YB Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman, EXCO Pelancongan, Warisan, Seni & Budaya Negeri Melaka turut menceriakan suasana dengan mencuba sendiri pelbagai aktiviti menarik yang disediakan! 

Antara pengisian program :-


- Published in Aktiviti, Aktiviti 2025, Arkib Aktiviti
Program Cakna Sains Bersama Perpustakaan
Tuesday, 2025
Sempena Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) DUN #DUYONGkita yang berlangsung pada 13 Julai 2025. Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka (PERPUSTAM) turut serta membawa pelbagai aktiviti menarik dan inovatif untuk komuniti setempat!
…dan pelbagai lagi!


- Published in Aktiviti, Aktiviti 2025, Arkib Aktiviti
Lawatan Sambil Belajar Daripada Tadika Sri Prisma
Friday, 2025
Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka (PERPUSTAM) diserikan dengan kehadiran adik-adik ceria dari Tadika Sri Prisma. Seawal pagi, ruang bacaan yang biasanya tenang bertukar menjadi meriah dengan gelak tawa dan wajah-wajah penuh keterujaan adik-adik.
Pelbagai aktiviti minda diadakan khas untuk adik-adik. antaranya ialah :
Kami percaya pengalaman seperti ini mampu menanamkan minat membaca sejak kecil dan mencetus rasa cinta terhadap ilmu. Semoga kunjungan ini menjadi kenangan manis dan titik permulaan kepada perjalanan ilmu yang penuh warna dan keceriaan.
Terima kasih kepada guru-guru Tadika Sri Prisma yang sentiasa menyokong pendidikan luar bilik darjah.

- Published in Aktiviti, Aktiviti 2025, Arkib Aktiviti
Anugerah Melaka Membaca 2025
Thursday, 2025
- Published in Arkib Pengumuman, Pengumuman
Hari ini, Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka telah menerima kunjungan istimewa daripada 80 orang pelajar dan 8 orang guru pengiring dari SMK Dato’ Bendahara C.M Yusuf, Perak. Lawatan ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar mengenai kemudahan perpustakaan moden serta kepentingan budaya membaca dalam era digital.
Sepanjang lawatan, para pelajar berpeluang mengikuti sesi taklimat, lawatan berpandu, serta aktiviti interaktif yang menyeronokkan. Diharapkan lawatan ini memberi inspirasi kepada semua pelajar untuk terus menjadikan ilmu pengetahuan sebagai asas kejayaan.
Terima kasih atas kunjungan – semoga berjumpa lagi!

- Published in Aktiviti, Aktiviti 2025, Arkib Aktiviti
















