Dimaklumkan bahawa Pertandingan Bercerita Cerita Rakyat Peringkat Daerah Jasin yang dijadualkan pada 12 Julai 2025 telah dipinda ke tarikh baharu iaitu: 
Pindaan ini dibuat bagi memberi laluan kepada pelaksanaan Program WRUR DUN Duyong yang berlangsung pada tarikh asal pertandingan.
Segala kesulitan amat dikesali dan kerjasama semua pihak amat dihargai.
Sebarang pertanyaan, sila hubungi pihak urus setia pertandingan ditalian
062824859
Terima kasih atas sokongan anda!

- Published in Arkib Pengumuman, Pengumuman
No Comments
Satu Bengkel Transformasi Keterampilan dan Personaliti Diri Penjawat Awam 2025 telah diadakan pada 02 Julai 2025 bertempat di Dewan Lekir. Satu inisiatif pembangunan modal insan yang dirangka khusus bagi memperkasa imej, integriti serta profesionalisme penjawat awam dalam mendepani cabaran perkhidmatan masa kini.
Bengkel ini memberi fokus utama kepada aspek keterampilan luaran dan dalaman penjawat awam yang merangkumi penampilan profesional, komunikasi efektif, pembentukan sahsiah diri serta pengukuhan nilai etika dan integriti dalam tugasan seharian.
Bengkel ini telah disampaikan oleh Encik Mohd Noor Azmin bin Mazhuki dari Pesona Karisma Event Planner yang berpengalaman dalam bidang pembangunan personaliti, komunikasi korporat dan kepimpinan organisasi. Para peserta telah terlibat secara aktif dalam sesi latihan interaktif, simulasi, aktiviti kumpulan serta perkongsian ilmu yang memberi impak langsung kepada pembangunan peribadi dan kerjaya mereka.
Diharapkan segala ilmu, pengalaman serta nilai yang diperoleh menerusi bengkel ini dapat dimanfaatkan sebaiknya dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai penjawat awam yang berintegriti, berkredibiliti dan berorientasikan perkhidmatan kepada rakyat.

- Published in Aktiviti, Aktiviti 2025, Arkib Aktiviti
Program Pembudayaan Perkhidmatan Cemerlang
Monday, 2025
PERPUSTAM telah mengadakan Program Pembudayaan Perkhidmatan Cemerlang pada 01 Julai 2025 bertempat di Dewan Tuah, PERPUSTAM. Program ini dimulakan dengan bacaan Ikrar Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Ikrar Bebas Rasuah oleh semua kakitangan PERPUSTAM.
Pelaksanaan bacaan ikrar ini merupakan manifestasi komitmen berterusan kakitangan dalam memelihara kerahsiaan maklumat rasmi kerajaan serta menzahirkan iltizam tinggi untuk menolak sebarang bentuk rasuah dan salah guna kuasa.
Inisiatif ini juga selaras dengan usaha berterusan jabatan dalam memperkukuh nilai integriti, amanah, dan akauntabiliti dalam penyampaian perkhidmatan awam yang cemerlang dan beretika.
Program telah disempurnakan oleh YBrs Encik Mohamed Aizammuddy bin Mohamed Idris, Pengarah PERPUSTAM.
Semoga program ini mampu menjadi penghubung dan merapatkan jalinan Ukhwah seluruh warga kerja dari seluruh rangkaian perpustakaan.

- Published in Aktiviti, Aktiviti 2025, Arkib Aktiviti
Pada 26 Jun 2025 telah berlangsung Program Komuniti PERPUSTAM sempena Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bemban, bertemakan “Sentuhan Ilmu, Jalinan Komuniti”. Program ini telah diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Bemban.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Haji Rosli bin Abdullah, Timbalan Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama Negeri Melaka merangkap Pengerusi Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka (PERPUSTAM).
Turut hadir memeriahkan majlis ialah :-
Program ini dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti interaktif dan bermanfaat, disambut hangat oleh para pelajar dengan sokongan padu daripada pihak guru dan warga sekolah. Suasana ceria ini memperlihatkan komitmen semua pihak dalam menjayakan inisiatif membudayakan ilmu dan minat membaca dalam kalangan komuniti.
Semoga usaha murni ini menjadi titik tolak kepada pengukuhan budaya ilmu serta menjadikan perpustakaan sebagai tempat yang mesra, dekat di hati masyarakat dan terus relevan dalam era digital.
Terima Kasih Kepada Semua Yang Terlibat.

- Published in Aktiviti, Aktiviti 2025, Arkib Aktiviti
Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR): Sentuhan Ilmu Jalinan Komuniti @ SMK Seri Bemban
Monday, 2025
26 JUN 2025 | KHAMIS
Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka (PERPUSTAM) telah menyajikan pelbagai pengisian dan aktiviti menarik di dalam Program WRUR : Sentuhan Ilmu Jalinan Komuniti seperti :
Semoga pengisian sempena program ini dapat mempromosikan segala perkhidmatan yang disediakan di perpustakaan serta mengeratkan lagi jalinan ukhwah antara warga PERPUSTAM dengan rakyat khususnya diperingkat komuniti.

- Published in Aktiviti, Aktiviti 2025, Arkib Aktiviti









