PERPUSTAM Terima Sijil Penyertaan Inisiatif H.E.M.A.T
PERPUSTAM telah menerima Sijil Penyertaan Inisiatif H.E.M.A.T bagi Inisiatif Perpustakaan Digital Melaka sempena Majlis Amanat Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka Tahun 2026.Sijil Penyertaan Inisiatif H.E.M.A.T telah diterima oleh YBrs. Encik Mohamed Aizammuddy bin Mohamed Idris, Pengarah PERPUSTAM.
Pengiktirafan ini mencerminkan komitmen PERPUSTAM dalam memperkasa transformasi digital serta penyampaian perkhidmatan perpustakaan yang lebih cekap, inklusif dan mesra rakyat.

- Published in Aktiviti, Aktiviti 2026, Arkib Aktiviti
No Comments
Lawatan Dari Lembaga Perumahan Melaka
Monday, 2026
28 Januari 2026 – Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka (PERPUSTAM) telah menerima lawatan daripada pegawai Lembaga Perumahan Melaka, berikutan hasrat mereka untuk mewujudkan sebuah pusat sumber mini sebagai salah satu inisiatif bagi meningkatkan kemudahan pembelajaran serta rujukan dalaman organisasi.
Lawatan ini bertujuan untuk memberi pendedahan berkaitan pengenalan kepada perpustakaan dan mendapatkan khidmat nasihat daripada PERPUSTAM. Pelawat turut dibawa melawat di seluruh perkhidmatan perpustakaan bagi melihat perkhidmatan yang ditawarkan oleh PERPUSTAM kepada masyarakat

- Published in Aktiviti, Aktiviti 2026, Arkib Aktiviti
Kursus Pengukuhan MyPerformance
Monday, 2026
PERPUSTAM telah menganjurkan Kursus Pengukuhan MyPerformance yang melibatkan penyertaan pegawai dan kakitangan PERPUSTAM.
Taklimat telah disampaikan oleh En. Abidin bin Hassan dan Puan Mahnisah binti Alwi dari Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Jabatan Ketua Menteri Melaka.
Kursus ini bertujuan memperkukuh kefahaman serta pelaksanaan sistem MyPerformance dalam kalangan warga kerja PERPUSTAM.

- Published in Aktiviti, Aktiviti 2026, Arkib Aktiviti
Lawatan Dari Kolej Vokasional Perak
Monday, 2026
26 JANUARI 2026 – Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka (PERPUSTAM) telah menerima lawatan daripada 32 pelajar dan 5 tenaga pengajar Kolej Vokasional Perak. Lawatan ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar mengenai peranan perpustakaan sebagai pusat ilmu, rujukan dan pembelajaran digital.
Sepanjang lawatan, para peserta telah mengikuti beberapa pengisian menarik merangkumi Tayangan Video Korporat PERPUSTAM, penerangan berkaitan Pangkalan Data U-Pustaka & Zon Digital PERPUSTAM, serta lawatan berpandu ke seluruh Perpustakaan Awam Melaka termasuk Perpustakaan Digital.
Diharapkan lawatan ini dapat memberi manfaat serta menambah pengetahuan dan pengalaman baharu kepada para pelajar dalam memanfaatkan kemudahan perpustakaan secara optimum.
Pihak PERPUSTAM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak Kolej Vokasional Perak atas kesudian mengadakan lawatan pada hari ini.

- Published in Aktiviti, Aktiviti 2026, Arkib Aktiviti
DIY Greeting Card
Thursday, 2026
The little ones were given materials like paper, scissors, stickers, glue and colour pencils. Younger ones were asked to write speeches according to their creativity and ideas. Afterwards, the greeting card was beautifully decorated using the materials provided.

- Published in Aktiviti, Aktiviti 2026, Arkib Aktiviti
Majlis Penyerahan Kerja-Kerja Penggantian Tangki Air Menara
Thursday, 2026
Majlis Penyerahan Kerja-Kerja Penggantian Tangki Air Menara kepada Tangki Air Baharu serta kerja-kerja berkaitan di Perpustakaan Negeri, Bukit Baru telah diadakan pada 8 Januari 2026 bertempat di Perkarangan Menara Tangki Air Perpustakaan Negeri, Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka (PERPUSTAM)

- Published in Aktiviti, Aktiviti 2026, Arkib Aktiviti
Lawan Mata
Thursday, 2026
Aktiviti lawan mata ialah permainan klasik di mana dua orang saling menatap mata satu sama lain tanpa berkedip. Peraturan asasnya ringkas, siapa berkedip terlebih dahulu, akan kalah. Ini merupakan pertarungan kehendak yang menguji ketahanan fizikal dan mental. Aktiviti ini melatih tumpuan & kawalan diri, meningkatkan kesabaran, membentuk keyakinan diri dan aktiviti sosial yang menyeronokkan.
Rekod dunia paling lama tanpa berkedip dalam pertandingan rasmi ialah 40 minit 59 saat, dicatat di Australia pada 2011.

- Published in Aktiviti, Aktiviti 2026, Arkib Aktiviti
PERPUSTAM Terus Komited terhadap Kualiti dan Integriti Melalui Audit Pensijilan Semula
Thursday, 2026
PERPUSTAM Terus Komited terhadap Kualiti dan Integriti Melalui Audit Pensijilan Semula
PERPUSTAM telah menjalani Audit Pensijilan Semula secara serentak bagi MS ISO 37001:2016 (Sistem Pengurusan Anti-Rasuah) dan MS ISO 9001:2015 (Sistem Pengurusan Kualiti) yang dilaksanakan oleh SIRIM QAS International Sdn. Bhd.
Audit tersebut telah diketuai oleh Puan Kamsiah binti Mansoor selaku Ketua Juruaudit (Team Leader) bagi ABMS MS ISO 37001:2016 dan Encik Khalid bin Saleman selaku Ketua Juruaudit (Team Leader) bagi QMS MS ISO 9001:2015, dengan dibantu oleh Puan Asiyah binti Haron selaku Juruaudit bagi kedua-dua standard.
Audit Pensijilan Semula ini telah berlangsung pada 5 hingga 7 Januari 2026 bertempat di Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka.

- Published in Aktiviti, Aktiviti 2026, Arkib Aktiviti
Lantunan Ceria
Thursday, 2026
Adik-adik diminta untuk melantunkan bola (contohnya bola pingpong atau bola kecil) ke arah bekas telur sehingga bola tersebut masuk ke dalam lubang bekas telur. Aktiviti ini boleh dijalankan secara individu atau berkumpulan. Guru atau ibu bapa boleh menetapkan jarak tertentu antara kanak-kanak dan bekas telur mengikut tahap kebolehan mereka. Kanak-kanak digalakkan untuk mencuba beberapa kali sehingga berjaya.

- Published in Aktiviti, Aktiviti 2026, Arkib Aktiviti
Benda Kesukaan Saya
Thursday, 2026
Adik-adik diberikan sehelai kertas. Adik-adik perlu menggunting, melipat atau mencantumkan kertas tersebut untuk menghasilkan bentuk sesuatu barang atau benda yang adik-adik suka. Contohnya, jika adik-adik menyukai aiskrim, adik-adik boleh hasilkan bentuk aiskrim menggunakan kertas. Setelah siap, adik-adik diminta untuk menceritakan hasil ciptaan, iaitu apakah ia dan kenapa adik-adik sukakannya.

- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti














