MAJLIS PENYERAHAN WATIKAH PELANTIKAN PEMIMPIN MUDA 2026
SK TANJUNG MINYAK 2
YBrs Encik Mohamed Aizammuddy Bin Mohamed Idris, Pengarah PERPUSTAM telah diberi penghormatan untuk merasmikan dan seterusnya menyempurnakan Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Pemimpin Muda 2026 yang berlangsung di SK Tanjung Minyak 2.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua murid yang telah dilantik sebagai Pemimpin Muda 2026. Semoga amanah yang diberikan dapat dilaksanakan dengan penuh dedikasi, berintegriti serta menjadi contoh teladan kepada rakan sebaya.











