11 Mac 2026 (Rabu) – Majlis Tadarus dan Khatam Al-Quran bersempena Program World Quran Hour Peringkat Negeri Melaka Tahun 1447H/ 2026M telah diadakan di Masjid Al-Azim Bukit Palah, Melaka. Tetamu kehormat TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir menyerikan majlis.
Program yang diadakan secara serentak di seluruh Negara dengan konsep membaca Al-Quran, mendalami maksud, bertadabbur dan mengamalkannya. Misi surah Al-Muzzammil telah dibaca dan diperdengarkan sebagai sokongan meningkatkan usaha mendekatkan Al-Quran di kalangan masyarakat yang bertemakan ‘membentuk manusia sebelum membina dunia’.









