Alhamdulillah, selesai sudah penganjuran Majlis Tadarus dan Khatam Al-Quran Perdana sempena World Quran Hour dengan tema “Membina Manusia Sebelum Membina Dunia” peringkat Negeri Melaka Tahun 2026M/ 1447H.
Majlis telah disempurnakan oleh TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka.
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada rakan sinergi PERPUSTAM, Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) dan Rumah Ngaji Melaka atas kerjasama dalam menjayakan program ini.
Semoga usaha memartabatkan Al-Quran terus diperkasakan dalam membentuk masyarakat yang berilmu, berakhlak dan berdaya saing.










