PERPUSTAM berbesar hati menerima lawatan kerja daripada Jabatan Mufti Negeri Sembilan bagi melihat Perpustakaan Bergerak Melaka atau Smart Mobile Library serta mendapatkan perkongsian idea berkaitan pelaksanaannya. Rombongan lawatan turut dibawa melihat kemudahan perpustakaan digital dan permainan interaktif seperti Virtual Reality (VR) dan Augmented Reality (AR). Lawatan ini telah diketuai oleh Ustaz Angk Bolkhizan bin Ahmad Thani dan disambut oleh YBrs. Encik Mohamed Aizammuddy bin Mohamed Idris, Pengarah PERPUSTAM.
Diharapkan lawatan ini dapat menjadi platform perkongsian ilmu dan idea serta membuka ruang kerjasama antara PERPUSTAM dan Jabatan Mufti Negeri Sembilan pada masa akan datang.









