13 Februari 2026 (Jumaat) – Satu Majlis Perpisahan telah dianjurkan bagi menghargai para pelajar praktikal yang telah menamatkan tempoh Latihan Industri mereka di PERPUSTAM dengan jayanya. Majlis ini diadakan sebagai simbol penghargaan serta tanda terima kasih atas komitmen, kesungguhan dan sumbangan berharga yang telah diberikan sepanjang tempoh latihan mereka di PERPUSTAM.
Pelajar-pelajar yang diraikan dalam majlis tersebut adalah seperti berikut:
Sehubungan dengan itu, seluruh warga PERPUSTAM dengan penuh keikhlasan ingin merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih atas segala sumbangan yang telah diberikan.
Semoga pengalaman serta pengetahuan yang diraih sepanjang menjalani latihan di PERPUSTAM dapat menjadi bekalan yang bernilai dalam meneruskan pengajian dan melangkah ke alam kerjaya pada masa hadapan.








