Hari Khamis adik-adik diceriakan dengan aktiviti DIY bersama Kak Nasha yang sangat kreatif dan menyeronokkan. Adik-adik diberi peluang untuk menghasilkan kipas tangan mereka sendiri menggunakan pelbagai bahan seni. Masing-masing begitu teruja memilih warna, melukis corak, dan menghias kipas mengikut cita rasa sendiri. Hasilnya? Kipas yang unik dan penuh warna-warni, sama seperti senyuman di wajah mereka.
Sesi petang pula, suasana menjadi lebih gempak apabila tiba giliran Abang Adi mengendalikan aktiviti yang mengeluarkan peluh. Aktiviti ini bukan sahaja mencabar keseimbangan dan fokus, tapi juga mengajar adik-adik bersaing secara sihat. Sorakan, gelak tawa dan semangat berkumpulan menjadikan permainan ini antara yang paling menyeronokkan hari ini!
Ayuh adik-adik kita manfaatkan masa terluang sepanjang cuti sekolah ini di Perpustakaan.
Penyertaan adalah PERCUMA! Maghi Lerr…








