Aktiviti cuti sekolah pada minggu ini dimulakan dengan aktiviti santai dan penuh gelak ketawa bersama Abang Lokman dan Izzwan. Suasana pagi adik-adik disinari dengan permainan boling padang, yang bukan sahaja mencabar kemahiran fizikal dan koordinasi mata serta tangan, malah turut menguji daya fokus adik-adik ketika melontar bola ke arah sasaran.
Suasana petang pula menjadi lebih terhibur dan mencuit hati dengan permainan makan biskut di atas dahi tanpa menggunakan tangan. Walaupun kelihatan mudah, permainan ini memerlukan fokus, kesabaran, dan ketangkasan wajah. Gelak tawa tidak putus sepanjang aktiviti berlangsung, menandakan betapa semua peserta benar-benar menikmati masa bersama.
Aktiviti seperti ini bukan sahaja mengisi masa cuti adik-adik dengan cara yang sihat dan menyeronokkan, tetapi juga mengeratkan hubungan silaturahim sesama rakan-rakan baru.
Ayuh adik-adik kita manfaatkan masa terluang sepanjang cuti sekolah ini di Perpustakaan.
Penyertaan adalah PERCUMA! Maghi Lerr…








